p/s: Beliau dikurniakan kemampuan doa yang sangat dahsyat! Begitu juga dengan ibu anda. Jangan lupa untuk meminta secebis doa harian untuk ketenangan hidup anda daripada mereka :)
Friday, January 20, 2012
Sweetheart :)
Malam ni saya akan memandu pulang bertemu cinta hati saya dunia akhirat :) Rindu tak mampu ditahan lagi. Banyak rasa disimpan untuk dikongsi dengan insan yang melahirkan saya ini..
Tuesday, January 10, 2012
BB 2: Bab 1
Benar. Allah Maha Adil. Maka dengan sebab itulah siapa kita untuk menghukum siapa salah dan siapa benar. Betul atau tidak letak duduk setiap tindakan yang diambil.
Terasa baru sahaja tercoret kisah BB dalam hidup. Buktinya, entri yang lepas adalah BB: Bab 1. (sebenarnya tak adil untuk perkataan 'baru' itu sebab dah lama tak kemaskini blog -_-) Namun, kali ini yang sepatutnya saya coretkan BB: Bab 2, telah melompat kepada BB 2. Walaupun sedikit draf tentang BB: Bab 2 telah lama saya siapkan, namun kepentingan yang lebih utama buat masa ini, adalah lebih baik saya menceritakan fasa 'ter'baru dalam hidup ni.
Beralih kerjaya.
Ya.
Kepada? --> bidang pendidikan/kajian
Kenapa? --> gerak hati
Berapa lama masa untuk buat keputusan? --> 2 hari
Puas hati? --> masih mencari keyakinan mutlak dengan ya, ya dan ya
Gerak hati.
Someone did something because of something.
Saya pula? Banyak sebenarnya 'something' yang ada dalam hati ni. Tapi kali ni, biarlah saya katakan yang saya lakukan penghijrahan ini dengan hanya berpandukan gerak hati. Dengan itu, saya amat berharap (merintih), moga gerak hati ini adalah petunjukNya. Walau tidak baik pada pandangan insan, moga Dia pandang saya dengan redha. Redha, itu je yang saya harapkan.
Entah kenapa, untuk proses penyesuaian di sini, hati saya sering dijengah rasa sayu. Ya, sayu.. Untuk apa dan untuk siapa? Saya masih juga tak punya jawapan yang panjang berjela. Mungkin kerana banyak perkara yang datang dengan tiba-tiba. Mungkin juga fikiran mudah hilang fokus. Dan mungkin juga kurang bersangka baik dengan kehidupan. Astaghfirullahal 'azim. Segalanya hanyalah MUNGKIN. Namun yang paling pasti, andai terbit rasa gundah gulana, syukur itu patut disertakan. Itu adalah panggilan rindu. Rindu Pencipta insan yang kerdil ini.
Merintihlah padaNya. Nescaya hati akan mula tenang.
Adakah lagi harta yang terbanding dengan sebuah ketenangan?
Adakah lagi harta yang terbanding dengan sebuah ketenangan?
Budi.
Satu perkara yang saya tak mampu gambarkan kesyukuran di hati ini, Dia tak pernah berhenti untuk temukan saya dengan insan yang sangat baik hati. Ya, sangat baik hati. Sejak dari kecil, sesudah ayah pergi dijemput Ilahi, saya tak pernah surut dengan curahan kasih sayang. Dan sekali lagi, Alhamdulillah di sini, insan yang sangat baik hati itu bertambah dalam menyerikan hidup saya. Mungkin ini salah satu sebab kenapa rasa sayu itu kerap bertandang.
Ya Allah, rahmatilah insan-insan ini. Kurniakanlah mereka keluasan rezeki di dunia ini dan di alamMu yang kekal abadi. Andai secebis doa ini mampu membuatkan rahmatMu turun ke bumi, Kau rahmatilah hidup mereka dengan kasih-sayang yang abadi, agar TENANG sentiasa megiringi. Hanya doa ini yang mampu kuberi Ya Allah, buat mereka yang terlalu banyak memberi budi..
InsyaAllah, akan-akan datang, saya akan titipkan pengenalan insan-insan baik hati yang hadir dalam hidup saya ini :) Cukuplah dulu saya meluah rasa. Andai umur yang panjang itu masih menjadi milik saya, masih banyak yang ingin dikongsi. InsyaAllah~
Subscribe to:
Posts (Atom)