Wednesday, March 28, 2012

Tahun baru 2012

Sambutan Tahun Baru. Di kota metropolitan ni, meraikan berlalunya 365 hari disambut dengan pelbagai ragam. Lebih-lebih lagi bagi saya yang bekerja di Bukit Bintang (ketika itu) atau nama lainnya 'segitiga emas', sememangnya jalan raya sangat lah sesak. Tambahan lagi, kami di Prudential perlu stay sampai tengah malam untuk year-end closing, lagi-lagi lah dapat saksikan pelbagai ragam muda-mudi zaman moden ni. Saya sebagai gadis kampung mestilah sangat jakun melihat kemodenan mereka. Kalau Ma saya tengok, agaknya mesti Ma berat hati nak lepaskan anak dia kerja kat bandar gergasi ni, walaupun Kuala Lumpur bukanlah sebesar mana jika dibandingkan kota-kota negara lain. Tapi, sayangnya saya tak dapat lihat macam mana meriahnya keadaan menjelang detik 12 tengah malam. Sebabnya? Bos saya bagi balik awal! [Hoooorayy] Saya yang memang sangat-sangat perlukan balik awal tu, Alhamdulillah tak melompat depan Bok! Bok ni bos saya. Ketua untuk bahagian saya. Ramai lagi bos-bos besar yang terus berjaga di pejabat kesayangan mereka itu.

Sebenarnya saya perlu bergegas ke Ipoh. Akak hanya menunggu saya pulang sahaja untuk bertolak dari Shah Alam. Dan sudah pastilah bukan dia yang menjadi pemandu, tetapi si abang ipar yang terus-terusan memegang jawatan itu. Akak saya tak ada lesen. Apatah lagi lesen, belajar memandu pun sempat belajar sampai Gear 3 SAHAJA. Alasan 'cikgu garang' sentiasa diberi walaupun dia sedar tanpa cikgu itu siapalah dia nak pergi ke mana-mana. Alamatnya kalau nak pergi klinik ambil MC pun, naik bas lah jawabnya ;)


Oh ya, pasal nak pergi ke Ipoh. Penting sangat untuk terus bertolak malam tu kerana keesokan harinya atau pada tanggal 1 Januari 2012, kami nak pergi memetik bunga di taman. Anak buah saya akan bertunang! Anak buah yang sama baya dengan saya, opps silap! Saya lebih muda beberapa bulan daripada dia. Tapi salam tetap cium tangan ok. Pangkat tu penting! [Kak Ya yang cakap, bukan saya. heee] InsyaAllah, kata Kak Ya, paling lama setahun tempoh pertunangan tu. Seronok menjadi ahli rombongan yang diberi layanan cukup mesra. Terima kasih, pihak keluarga bunga yang telah dipetik :)))


Buat Piji--> Jangan kahwin awal sangat. Tunggu Ciksu dan Kakak dulu! heeeee


Dari kiri: Abg Mat & Akak, Piji (dah jadi tunang orang), C'su, Nor, Ajim & Syamil



p/s: Saya sentiasa harap insan-insan yang terdekat dengan saya cepat-cepat naik pelamin ^^

Monday, March 26, 2012

Duhai hati

"Belahlah dada, lihatlah hatiku."

Andai semudah ini untuk memberi jawapan kepada soalan yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata..

p/s: Meniti frasa hidup yang dirasakan agak mencabar; kerana banyak tindakan yang memerlukan proses 'pemilihan besar'.

Thursday, March 15, 2012

Win!

Brian Mcknight is one of my favourite singers :) 


 This song is about overcoming all obstacles and never giving up in life. As long as we keep pushing, keep persisting, we'll definitely achieve whatever we set out to achieve.

The part I adore so much:

And if I fall
I'll never fail
I'll just get up and try again




and I dedicate this lovely song to:

YOU :)

Tuesday, March 13, 2012

Lebih gagah

Bismillah walhamdulillah :)

Kali ni saya nak terus bercerita tentang cerita yang baru sahaja saya dengari pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke tempat mencari rezeki. Bimbang terlupa. Salah satu kelemahan saya, agak pelupa.. Maka, ini adalah salah satu caranya; terus mencatat :) Begini kisah yang saya dengar itu:
Di sebuah kampung, ada seorang pemuda yang bekerja sebagai pemecah batu-batuan. Setiap hari dia berpanas dan bermandikan peluh bagi mencari sesuap nasi. Di tengah panas yang terik itu, dia terfikir:
"Alangkah hebatnya si matahari ini. Mampu membuatkan manusia berpeluh dan kepanasan dengan bahangnya. Andai aku menjadi seperti matahari itu, ohh gagahnya aku."
Namun, tidak lama selepas itu, pemuda itu melihat ada sesuatu melitupi si matahari. Awan. Wah, awan itu dapat memebri teduh yang mendamaikan. Sungguh hebat si awan. Maka pemuda itu merasa sungguh betuah andai dia ditakdirkan menjadi awan.
Sedang asyik memerhatikan si awan, tiba-tiba si pemuda melihat ada sesuatu yang membelah awan itu. Ya, gunung. Nampaknya, ada yang lebih hebat jika dibandingkan dengan si awan. Jadi, pada fikirannya adalah lebih baik andai dirinya dapat menjadi si gunung yang hebat itu, mampu membelah awan. 
Namun, pemuda itu tiba-tiba tersentak. Dia terlihat seseorang yang sedang memecahkan batu-batu gunung tersebut! Sungguh gagah insan itu! 

Nak tahu tak siapa manusia yang gagah perkasa itu? Tak lain dan tak bukan, DIRINYA sendiri. Ya, bukankah dia si pemecah batu-batuan? Dia takkan mampu menjadi matahari, awan, mahupun gunung. Kerna dia diciptakan sebagai manusia :))

Oleh yang demikian,


| BE PROUD OF YOURSELF |

p/s: Kadangkala tanpa sedar, kita menafikan hak diri sendiri untuk merasa syukur dengan apa yang ada. Hanya dengan cuba menjadi seperti insan yang kita kagumi.

Monday, March 12, 2012

Nak senyum :)


Hari ni saya nak senyum je :)) Terima kasih buat insan yang mendatangkan rasa bahagia dalam hidup saya. Terima kasih Allah, terima kasih! :)))

p/s: Kepenatan itu mampu terbayar dengan hati yang dilapangkan dan jiwa yang ditenteramkan daripada gundah gulana. Redhalah dengan seikhlas hati :)
[sambung senyum]

Thursday, March 8, 2012

Susu tidak tumpah

Bismillah.

Hari ni saya nak berkongsi cerita. Cerita ni saya dengar tika menuju ke tempat kerja, di IKIMfm. Ustaz memang akan bagi cerita-cerita motivasi pagi untuk setiap pendengar jadikan semangat meneruskan rutin harian. Ceritanya lebih kurang begini:

Di sebuah tempat, ada seorang pemuda yang begitu bertuah hidupnya, terutama rezeki di bidang kerjaya. Boleh dikatakan semua rakan di tempat kerja mengaguminya, dia disayangi bos, mudah mendapat kenaikan pangkat, kerja-kerja yang dilakukan sangat disukai majikannya. 
Kemudian, hartanya menjadi berlimpah ruah. Dia mempunyai ibu, isteri dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata. Hidupnya lengkap. Namun, tak lama selepas itu, isterinya mula merungut yang dia semakin tidak mempunyai masa untuk anak-anak apatah lagi buat diri si isteri. Adik-beradik dan ibu pemuda ini mula merasakan dia sombong kerana sudah lama tidak pulang menjenguk mereka. Malah, kadangkala pemuda ini merasakan peluang untuk memanjakan dirinya sendiri pun hampir tidak wujud, dek kesibukan tugas-tugasnya.
Lalu, dia mula mencari seseorang untuk menceritakan masalah dan mendapatkan nasihat yang sebaik-baiknya. Akhirnya, dia mendengar bahawa di sebuah kampung, ada seorang ahli cendekiawan. Tidak berlengah, pemuda ini terus pergi ke rumah cendekiawan itu. Sesampainya di hadapan rumah, pemuda itu terpegun melihat sebuah rumah yang tersergam indah. Halamannya bersih dan cantik dihiasi taman. Sungguh indah. Lalu tidak berlengah, dia memberi salam dan mohon untuk bertemu dengan si cendekiawan tersebut. Rupa-rupanya orang yang menyambutnya di depan pintu adalah orang yang dihajatkannya. Tanpa berlengah, terus dinyatakan tujuan kedatangannya. Tidak seperti kebiasaan adab tuan rumah menyambut tetamu dengan menjemputnya masuk, cendekiawan itu meminta pemuda ini melakukan sesuatu terlebih dahulu. Semangkuk susu diberi kepada pemuda itu.
"Nak, ambillah susu ini dan pakcik minta kamu untuk mengelilingi rumah pakcik ini. Tapi ada satu permintaan pakcik, janganlah sesekali susu ini tertumpah sepanjang perjalanan kamu." 
Setelah pemuda itu faham akan segala arahan cendekiawan itu, maka dia mula lah membawa susu itu dengan berhati-hati. Sepenuh tumpuan diberikan untuk susu itu supaya tidak tumpah. Selesai tugas yang diamanahkan, pemuda itu kembali bertemu dengan si cendekiawan. Hebat! Tak setitik pun susu itu tumpah. 
"Syabas, nak. Nampaknya kamu berjaya melaksanakan permintaan pakcik. Jadi, bagaimana kamu rasa pabila melihat halaman rumah pakcik? Burung merak yang pakcik pelihara sekian lama tu hadiah daripada kawan pakcik, burung nuri yang di tepi kolam tu adalah burung kesayangan pakcik, bunga bakawali yang di sebelah sangkar burung merak itu sangat susah untuk ditanam. Bagaimana? Cantik tak haiwan dan bungaan yang kamu lihat itu?" 
Pemuda itu terdiam lalu berkata, "Maafkan saya pakcik. Saya tidak perasan akan semua yang pakcik nyatakan itu tadi. Saya hanya ingin memastikan susu itu tidak tumpah."
Ahli cendekiawan itu menjawab, "Tak apalah. Kalau begitu, kamu bawalah susu ini dan pergilah menikmati keindahan itu. Tapi pastikan apa yang pakcik pesan sebelum ini masih ditunaikan, jangan tumpahkan susu itu."
Pemuda itu mengangguk dan meneruskan perjalanannya. Kali ini, dia menggunakan sepenuh peluang untuk melihat segala keindahan yang dinyatakan cendekiawan itu tadi. Barulah dia sedar, rupa-rupanya halaman rumah itu jauh lebih cantik daripada apa yang dilihatnya sewaktu mula-mula sampai di pintu pagar tadi. Setelah habis mengelilingi rumah itu, dia kembali kepada cendekiawan tersebut.
Alangkah terkejutnya si pemuda sewaktu menyerahkan susu  tersebut. Susu itu telah tumpah!
"Anakku, begitulah hidup ini. Kamu takkan mampu untuk hidup dengan aman jika kamu mengabaikan hak lain yang sepatutnya kamu tunaikan, sedangkan kamu mampu melakukan yang terbaik dalam memberikan hak yang kamu fokuskan. Hidup ini penuh dengan tanggungjawab, pikullah ia dengan sebaik-baiknya, jangan terlalu mengejar sesuatu sehingga kamu lupa yang kamu sudah melepaskan apa yang ada dalam genggaman. Kesilapan itu adalah lumrah dalam kehidupan, namun manusia yang berguna takkan mengulangi kesilapan yang sama beruaang-ulang."
Lantas, pemuda itu mula faham akan nilai hidupnya yang sedikit tersasar, menjadikan dirinya sering tidak tenang dan gundah. 

Dalam kesesakan lalulintas di Lebuhraya DUKE itu, saya mendapat sesuatu. Syukran, ustaz :)

balance it! (image from here)

After all, moral of the story is:

- Don't be too workaholic! Especially for a woman, the ultimate full time job is as a wife and mum, no matter how good your position in the workplace :) and of course the 'servant of HIM' is still and will forever remain as number 1 :)
- Learn to say 'NO' to the things you cannot afford to. It's OK to show you have your own limit, and I really mean it :)
- Nothing is perfect. Come on dear, we are human. Just do your best, okeh!
- Last but not least, balance your life. We need each other :))) [kahwin lah]

Panjatkanlah hamdallah kerana Allah masih sudi kurniakan 'roh sementara' dan 'jasad tak kekal' yang kadangkala kita anaktirikan mereka untuk disyukuri. 


p/s: Andai pemuda itu boleh balance kan hidupnya, tidak mustahil susu itu takkan tumpah walau dibawa dalam keadaan dirinya menikmati keindahan rumah cendekiawan itu kan? 

Tuesday, March 6, 2012

Adik tersayang :))

Bismillahirrahmanirrahim.

Misi hari ini:

Mencari buku dan mengepos buku-buku itu buat adik kesayangan saya, Muiz :))


Masih dengan gaya yang sama


Rindunya kat anak teruna nan sorang ni. Muiz suka sangat ke pantai atau air terjun. Tiap-tiap kali saya pulang, walau macam mana penuh pun jadual saya, tetap akan cuba sedaya upaya saya penuhi permintaannya yang satu itu :)) 

Dia kanak-kanak lelaki yang hebat. Pemergian ayah kesayangan seawal usia 4 tahun benar-benar mematangkan. Tahun ni dah melangkah ke usia 10 tahun. Dah boleh jadi bodyguard saya. Kalau pergi ke mana-mana, dia boleh jadi peneman berani. Tiap kali kami keluar berdua, dia memang peka kat keadaan sekeliling. Sedar-sedar je, dia dah mengomen sendiri. 

"Bakpo Iz kelih oghe laki tu keliiiiih jah ko Kak Kini dok kelip?" Ni memang siap dengan nada tak puas hati tau.

[baiklah, kena alih bahasa nampaknya]

Lebih kurang macam ni maksudnya:

"Kenapa Iz nampak tadi orang laki tu tengoook je kat Kak Kini tak berkelip-kelip?" [panjang ye 'tengoook' tu]

Haa.. Memang dia sangat peka. Saya tak perasan pun siapa yang lalu kat sebelah. Almaklumlah, pergi pasar nak cari lauk kan? Bukan nak cari orang. Heeee.. :D

Saya pun menjawab sekadar untuk mententeramkan perasaan gentleman nan sorang ini:

"Kawan sekolah Kak Kini dulu kot. Kak Kini tak perasan tadi." Sambil tangannya terus saya pimpin untuk mempercepatkan langkah. Saya tahu, dia masih tak berpuas hati, tapi hanya mampu berdiam diri.

Sampai kat rumah, mula lah dia bukak cerita kat maknya. Dan seperti kebiasaan, seorang emak akan tak jemu melayan anaknya. Sebab tu jugaklah Muiz ni memang kalau dia bercakap, ada gaya 'orang dewasa' sikit. Yelah, membesar dengan dikelilingi wanita-wanita dewasa. Maksu, Ma, Akak dan saya. :) Ibunya, Maksu saya. Adik bongsu ma merangkap ibu kedua saya :)) Juga wanita yang sangat cekal menjadi ayah dan ibu buat Muiz.

Bergaya dengan cermin mata arwah ayahnya

Kesimpulannya: Hidup saya dikelilingi dengan kehadiran ramai insan yang cekal, gagah lagi perkasa hati dan jiwanya :))) Maka, relakah saya menjadi manusia yang 'buta akalnya' dalam memotivasikan diri sendiri? Isk.

Thursday, March 1, 2012

Kelayakan: pandai masak

Salam yaumul الخميس 

kredit kepada tupatrocinio.com :)


Boleh tak saya nak wujudkan kriteria macam ni?

Mencari:
--> Lelaki bujang yang PANDAI MEMASAK (bukan mahir, tapi cukup sekurang-kurangnya dapat menguasai teknik masak tomyam/ singgang ikan). 
Jika berminat, bolehlah menghantar emel kepada saya untuk mengetahui syarat-syarat yang selebihnya. Calon yang layak akan disenaraipendek bagi menghadiri temuduga tertutup :)

Ini berikutan telah menjadi hampir satu keperluan pada zaman metropolitan ini untuk wanita turun ke medan kerjaya, tidak lain dan tidak bukan bagi memenuhi tuntutan hidup yang seribu macam.  

Oleh kerana saya seorang pelajar lepasan institusi dalam negara yang menuntut satu cabang ilmu yang melayakkan graduannya menjadi seorang dietitian atau dalam BM nya 'pegawai pemakanan,' maka mana mungkin untuk saya merelakan suami dan saya sendiri makan makanan 'cap kedai' setiap hari. Ohhh sungguh tinggi kandungan minyak, garam, perasa dan sebagainya. 

Kalau rasa tak mampu nak wujudkan kriteria ni, bekerjalah dengan bersungguh-sungguh agar si isteri dapat menjalankan tugas memasak sepenuh masa :))

[bajet hot!]

p/s: Ini hanyalah alasan yang boleh dicipta oleh sesiapa sahaja. Kalau isteri nak sediakan bahan-bahan untuk masak tu pagi-pagi sebelum pergi kerja, dan lepas balik kerja terus masak, mustahilkah? Hendak seribu daya, tak hendak boleh buat seribu gaya. Renung-renungkan ;)