Sunday, March 21, 2010

Hanya pada...

Takdir
Album : Semesta Bertasbih
Munsyid : Opick Feat Melly Goeslaw
http://liriknasyid.com

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Terkisah bersedih bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencanaNya

semua berjalan dalam kehendakNya
nafas hidup cinta dan segalaNya

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati merindukan Dia
karena hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Hanya padaMu ya robbi


Semester terakhir bergelar pelajar di dalam bilik ditemani kerusi, meja dan skrin LCD. Tempat seterusnya, setahun bertemu 'pelajaran yang sebenar'... Pesakit dan ubat-ubatan di klinik kesihatan dan hospital. Bukan hanya mampu menterjemahkan segala pelajaran yang disuap di dalam kelas ke atas kertas peperiksaan, namun sejauh mana ia mampu dipraktikkan dalam erti kata 'bakal dietician UIA'.. Ye, UIA... Satu nilai tersembunyi di situ... Moga manusia sekelian alam mampu merasai nilai yang bakal dipraktikkan itu... Ameeeen~

Marilah kita berserah padaNya dengan sebenar-benar penyerahan~ =) Sungguh manis rasanya... Ibu dan ayah.. Iringi perjalanan anak-anak ini dengan doamu yang tiada hijab di sisiNya..


Tuesday, March 9, 2010

Syair rindu~ ^_^

Saya baru je lepas habiskan sebungkus nasi. Berlaukkan ayam masak merah dan sayur kubis goreng. PERCUMA tau=) Dapat masa sesi dengan Abbott tadi. Abbott ni adalah satu syarikat terkemuka yang mengeluarkan produk nutrisi. Jadi, kami sebagai 'Bakal-bakal Pakar Pemakanan' [ ameen;) ] perlulah mencerna dan mengahadam setiap produk yang berkenaan. Kerana?? Kebanyakan produk ni adalah untuk pesakit-pesakit yang memerlukan nutrisi tanpa menggunakan oral. Maksudnya, tak boleh nak makan macam orang biasa. Tapi, tenaga masih perlu dibekalkan. Jadi, caranya ialah melalui tiub [ tube feeding ]. Eh panjang pulak bercerita pasal enteral product ni. Sebenarnya nak bagitahu nasi yang saya makan tadi PERCUMA je. Heeee. Lewat kan saya makan?? Tak sempat nak makan tadi, lepas Maghrib ada kuliyah Tazkiyatun Nafs. Sempat berbuka dengan Air Oren dan Pisang Goreng je dulu=) Mata dah mengantuk, tapi kena tunggu kejap sementara mereka [ para makanan ini ] dapat masuk ke dalam tempat yang sepatutnya. Kerja memang banyak, tapi..... Nak tidur dulu=) Heeee

Jadi, inilah tempat untuk menenangkan mata saya supaya bertahan sebentar=) Hari ni saja, 3 kali saya telefon Mama Tersayang. Sebab??? Adalah... Heeee.. Nak cari kekuatan. Biasanya sekali sehari je. Tapi, bila hati dah gundah gulana [ walau apa pun sebabnya ], tiada suara insan lain yang mampu mengubat hati saya setanding suara buah hati yang satu ini. Rasa macam nak je telefon lagi, tapi Ma mesti dah lena. Tak apalah, insyaAllah pagi esok saya dapat mendengar kembali suara merdu itu...

Kurangkapkan syair rindu buatmu...
Dan kujadikan sebuah lagu...
Buat kudendangkan untukmu ibu...
Tanda kasihku tetap satu...

Semerdunya buluh perindu...
Tidak semerdu suara kasihmu...
Yang pernah dulu mendodoikan daku...
Dalam dakapan hikmahmu...

Tiba-tiba teringat betapa seronoknya waktu malam zaman kecil-kecil dulu. Sebabnya?? Kalau masuk je masa untuk tidur, saya tak akan melelapkan mata selagi Akak tak bersedia untuk tidur. Maknanya, kalau Akak kena siapkan kerja sekolah, saya akan tunggu sampai Akak siap untuk tidur sama-sama=) Saya masa tu 5 tahun. Tak ada kerja sekolah sebab saya tak bersekolah. Heeee... Saya tak dihantar ke Tadika. Jangan salah anggap tau. Ayah memang nak hantar, tapi masa tu pendaftaran dah penuh. Jadi kalau nak masuk tadika jugak, Ayah kena hantar saya ke Tadika yang agak jauh. Lepas Akak setuju nak jadi 'Cikgu Sakira' untuk Sakini, Ayah pun buat keputusan untuk saya bertadika di rumah sahaja=) Saya akui, Akak memang garang.. Huuu... Tapi tak apa. Sebab garang dia lah saya dapat membaca dengan lancar sebelum memasuki sekolah yang sebenarnya. Terima kasih, kak!!^_^

Berbalik kepada kisah waktu tidur. Akak memang akan ajar sesuatu [ apa sahaja ] untuk adiknya sebelum tidur [ dalam gelap dengan badan dah berselimut ].. Antaranya, lagu ' Kereta Kecil Warna Merah'.. Saya tahu lagu tu walau tak ke tadika=) Yang saya paling tak lupa, sebelum lelapkan mata Akak akan baca Ayat Qursi. Dan saya akan disuruh mengikut bacaannya. Setiap malam. Sehinggalah akhirnya, bacaan itu fasih di bibir saya sebelum saya mengenali Al-Quran [ masa tu baru Muqaddam ].. Sekali lagi, Terima kasih, kak!!^_^

Kalau Ayah kena out-station, kami akan tidur dengan Ma. Semestinya saya berada di tengah-tengah. Sebab saya nak peluk dua-dua [ Ma & Akak ]... Heeee.. Kalau dengan Ma, Ma mesti berzanji atau bersyair. Bait-bait kata yang merintih hati. Antara yang saya tak lupa:

Duduk menangis di pintu kubur...
Sesal dunia, tak berguna...

Ma cakap, arwah nenek yang selalu ungkapkan semua tu. Oh rindunya saya padanya. Macam manalah muka nenek saya tu. Saya memang tak sempat nak tatap wajahnya. InsyaAllah dapat jumpa kat syurga [ Ameeeenn Ya Allah ].. Itulah bekalan yang Ma bagi sebelum kami melelapkan mata. Banyak lagi sebenarnya. Tapi, kena tanya Ma balik semua-semua tu. Banyak dah lupa sebab tak pandai nak bersyair macam Ma. Heee... Rasanya cukup setakat ni dulu. Saya dah mampu untuk tidur dengan penuh senyuman membayangkan waktu indah itu^_^

~Teringin sangat nak kecapi lagi saat tu [ Saya tidur di tengah diapit Ma & Akak ].. Sekurang-kurangnya sekali sebelum saya melangkah ke alam rumahtangga. InsyaAllah saya akan buat 'permintaan istimewa' itu kepada mereka.. Heeeee

Tuesday, March 2, 2010

Mengerti


Hanya satu kupinta...



MENGERTILAH...

Heee... Nak meminta-minta kat orang kan untuk mengerti kita.. Siapalah kita ni kan?? Walau berbuih-buih ungkapan kita keluarkan, sampai salivary gland pun dah 'angkat bendera putih', masih tak henti mengharap agar diri ini cuba untuk dimengerti. Susah sangat ke nak cuba fahami apa yang dirasai oleh insan lain? Apa yang cuba disampaikan?? SUSAH... Sangat SUSAH... Yeke? SUSAH kalau tak nak usaha.... Ye.. USAHA!! Cubalah belajar memahami jika mahukan diri difahami. Belajar untuk mengerti jika diri ingin dimengerti. Tapi, semuanya bukan semudah dikata....

Jadi, lebih baik kita berusaha memahamiNYA.. Merasai setiap Kasih Sayang yang dilimpahkan dariNYA.. Ya, ada TEMPAT yang sentiasa MENGERTI isi hati ini...

Pulang ke Daerah KETENANGAN HAKIKI...~ =D




Hanya diriku,