Saturday, October 24, 2009

Sesuci kasihmu

"Adik buat apa tu?"


"Tengah meeting, kak. Akak tak tido lagi?" Biasa jam 10.oo malam, akak dah lena.


"Belum. Tapi Syamil dah tidur. Adik ada duit blanje tak?"


Waaaah.. Soalan cepu mas. Heee. Saya memang sangat jarang meminta duit belanja sama ada daripada abang (Abang Min yang paling saya biasa, tapi kalau terdesak sangat dah..heee), akak, apatah lagi Ma. Kalau dihulur, siapa yang akan menolak rezeki kan? Tak baik..^_^


"Adalah lagi kak. Jimat-jimat.. Maklumlah, dah akhir sem kan=)"


Heeee.. Kena bijak mengatur kata. Kita tunggu apa jawapannye...



Tut.. Tut.. (bunyi mesej)


"Nanti akak masukkan, akak mesej adik yek."


Yeaaa!!! (Sorak saya dalam hati). Sambil tersenyum-senyum sendiri. (Janganlah orang salah anggap kalau ternampak senyuman saya).. Heeee.


"Maceh, akak. Ni adik makin sayang kat akak ni=)"


"Sama-sama. Kita kan adik-bradik. Akak memang tak sabar nak tengok kejayaan adik kesayangan akak ni."


Waaaaah... SATU MOTIVASI di ambang final exam ni.


' You have to make sure they proud of you, Kini!!'

Menjadi seorang anak bongsu, hati ini sering meronta-ronta untuk mempunyai adik. Sejak dari arwah ayah masih ada, saya sering membuat permintaan istimewa.


“Ayah, boleh tak adik nak ADIK?” Dan permintaan itu hanya disambut dengan senyumannya yang takkan pernah dapat saya lupakan hingga hari ini…(al-Fatihah buat arwah ayah.. Moga ayah tenang di alam sana..)


Berbicara tentang seorang kakak, hati saya pasti terkenangkan akak… Kakak saya. SAKIRA SALLEH… Kakak yang terlalu baik buat seorang adik. Saya masih ingat bagaimana saya menangis teresak-esak pabila sedar dari mimpi saya kehilangannya. Lalu, nombor telefonnya terus saya dail. Tak dapat saya ungkapkan rasa syukur saat mendengar suaranya.


“Adik doakan akak panjang umur ya. Jangan risau. Akak sihat..,” jawapan yang cukup melegakan saya.


Rupa-rupanya akak sembunyikan sesuatu. Sudah hampir sebulan akak menanggung kesakitan. Mujurlah saya mengambil keputusan untuk mengambil lesen di Shah Alam pada cuti penggal ketika itu (atas nasihat ma). Berada di sisi akak, barulah saya tahu yang akak sering sakit di bahagian kanan abdomen. Dari satu klinik ke satu klinik si suami membawa isteri tercinta. Namun, keadaan akak tetap sama. Jalan terakhir, akak ke SJMC untuk melakukan full medical check-up. Terbukti, hasil keputusan daripada CT scan akak, terdapat 2 biji batu yang agak besar di dalam hempedu. Atau dalam bahasa perubatannya gallstones. Atas nasihat doktor, kata sepakat dibuat. Pembedahan perlu dilakukan dalam masa yang terdekat.


17 Mei 2008… Tarikh akak akan dibedah. Ma sampai dari Kelantan. Syamil yang baru memasuki 7 bulan seolah-olah sangat memahami kesakitan yang ditanggung umi nya. Tak banyak kerenah dan keletahnya sentiasa membuat kami tergelak. Benarlah kata orang, anak merupakan kurniaanNya yang tak ternilai. Abg Mat tak putus-putus memberi kata semangat untuk akak(akak memang penakut…heeee). Disebabkan ma memang tak boleh bersendirian di hospital(ma masih tak dapat lupakan saat-saat bersama ayah di wad ICU HKL 13 tahun lalu), saya dengan sukarela menawarkan diri untuk menemani akak di SJMC. Ma menjaga Syamil di rumah. Manakala Abg Mat menjadi driver yang sentiasa menunggu untuk berkhidmat 24jam.


Pagi 17 Mei, telefon akak dihujani panggilan daripada adik-beradik yang lain. Ucapan selamat penguat hati moga semuanya berjalan lancar. Kak Ya di Perak tak henti-henti meluahkan kekesalan tak dapat bersama-sama menemani akak. Kak Ya sememangnya manja(walau dah menjadi ibu kepada 6 cahaya mata..huuuuu). Saya sempat bertemu akak sebelum dia dimasukkan ke bilik pembedahan. Ketika itu, hanya seorang yang dibenarkan menemui pesakit untuk satu masa. Saya memberi laluan untuk Abg Mat bertemu akak terkebih dahulu. Ma berada di bilik menunggu bersama cucunya. Sebaik sahaja Abg Mat keluar, saya masuk menemui akak. Wayar yang memenuhi tangannya membuatkan hati saya sebak. Ada air mata yang mengalir di pipinya.


“Adik, akak takut…” Lalu, saya kesat air matanya. Kalau diturutkan kemanjaan saya, hujan air mata akan melimpahi bilik itu. Namun, saya kuatkan hati semata-mata untuk mengalirkan semangat buat akak. Saya nekad untuk tidak sekali-kali menangis.


“InsyaAllah, tak ada apa-apa kak. Sikit je. Doktor akan buang batu tu, lepas ni OK lah. Lepas ni akak bolehlah jadi chubby, tak cekeding dah. Baru lah boleh lawan Syamil, “ pujuk saya sambil menyapu air mata di pipi akak. Walau hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu, saya hadiahkan akak senyuman yang paling manis. Akak tersenyum…


“Adik keluar dulu ye. Good luck, kak. Adik tunggu akak dengan Syamil masa akak keluar nanti tau.” Dahi akak saya kucup.


Detik yang berlalu terasa amat lambat. Syamil saya layan dengan penuh rasa sebak. Saya bisikkan padanya,


"Syamil tak booleh nakal-nakal. Kita sama-sama doa Umi cepat keluar dengan selamat ye." Dan dia seakan mengerti tiap bait kata-kata saya.


Di bilik menunggu, kami bersembang dengan sebuah keluarga yang anaknya berada di wad ICU. Mengalami demam yang teruk di PLKN. Hati saya terdetik....


'Allah duga setiap hambaNya dengan dugaan yang berbeza. Namun, itu semua tak pernah menunjukkan kebencianNya melainkan hanya KASIH SAYANG daripada yang bernama PENCIPTA.'


Alhamdulillah, setelah menunggu beberapa jam, akak keluar dari bilik pembedahan. Seperti yang dijanjikan, Syamil saya rapatkan ke muka akak untuk dicium. Saya faham betapa rindunya akak pada zuriat yang dikendongnya ke mana sahaja selama 9 bulan itu. Syamil ketawa. Menzahirkan rasa yang sama pada ibunya=) Syukur padaMu, Ya Allah…


Kami berkongsi segala-galanya. Saya merupakan satu-satunya adik buat dirinya.


“Akak tak pernah rasa adik dah dewasa. Akak sentiasa rasa adik akak ni adik yang kecik-kecik dulu…”


“Kalau macam tu, sampai bila-bila lah adik tak boleh kahwin. Macam mana kalau sekarang ni ada orang yang nak pinang adik??” Saya memang gemar menyakat akak.


“Janganlah cakap macam tu. Akak dah rasa sedih ni. Macam terlalu awal untuk akak lepaskan adik.” Dapat saya lihat perubahan riak di wajahnya. Rasa bersalah pula saya.


“Heee… Gurau jela. Macam budak kecik akak ni. Malu dekat Syamil tau..” Akak tersenyum mendengar kata-kata saya.


Teristimewa buat akak….. ADIK SAYANG SANGAT AKAK!!!!



~Buat kalian yang tidak mempunyai kakak… Tak apa. Nanti dapat ‘kakak ipar’ yek.. heeee

Thursday, October 8, 2009

Tulus


"Nanti masa zaman anak-anak kita, berapa agaknya harga infant milk kan??" Bisik Cha ke telinga saya saat Dr. Nik (Assoc. Prof), Dekan kami sedang asyik membandingkan harga susu tepung yang sedaya upaya diusahakan untuk dapat menggantikan 'susu cap gantung' pada masa dahulu dan sekarang. (Ini adalah subjek Medical Nutrition Diseases 1) ;D

" Imagine that... During my time, the price was only about ten to twelve ringgit per kilo. But now, it goes up to how much? Thirty ringgit at least."

Isu ni timbul pabila topik anemia dibincangkan. Ada sesetengah kes melibatkan bayi-bayi yang baru lahir ni diberi minum sweetened condensed milk? Mengapa? Sebab tak cukup duit nak beli infant formula. Memang teruk untuk dibayangkan. Kesian kan.... Saya tak pernak terfikir pun ada kes macam ni. Tapi, realitinya ia wujud.

Teringat la serta merta pengalaman membeli-belah dengan Abang Min. Bukan shooping sakan untuk saya, tapi untuk budak kecik 2 orang tu. Haziq Danish(1 setengah tahun) dan Hazim Darwisy (lahir 5 Syawal yang lepas). Oh, terlupa. Saya baru sahaja menambah bilangan anak buah yang ke-21. Huuuu... Meriah betul kan?;)

Susu dan Pampers semua habis kat bandar Terengganu(kakak ipar saya orang Ganu) tu. MYDIN Mall, Hock Kee Seng, Giant, semua tempat Abang Min dah jelajah. Habis!!! Jadi, hari Ahad yang lepas, saya pun jadi co-driver Abang Min ke Parkson Kota Bharu (baru je bukak masa beberapa bulan kalau tak silap). Alhamdulillah, jumpa la jugak.

"Bukan tak nak beli yang lain. Tapi, Haziq tak boleh pakai pampers lain. Nanti ruam teruk. Kena Mami Poko jugak."

Abang Min bersuara sambil tangannya mencapai 2 beg pampers. Kemudian kami beralih ke Giant di tingkat bawah. Susu pulak. Alhamdulillah, ada rezeki jugak=)

Dalam perjalanan pulang, sambil menunggu pesanan Pizza kami disiapkan, Abang Min mematikan lamunan saya.

"Ni sekarang zaman Abang Min dah macam ni. Nanti 5 tahun lagi masa anak adik tak tahu lah macam mana demand untuk barang-barang macam ni."

"Aah la kan... Tak tahulah berapa mahal lagi harga semua ni kan."

Terkenang saya cerita Ma. Ayah dulu buat semua kerja masa Ma berpantang. Yela, tinggal jauh dari kampung. Tak ada siapa yang nak diharapkan. Kerja-kerja rumah takkan la nak dibiarkan pada isteri yang masih lemah lagi kan. Tapi, apa yang saya amat-amat kagum pabila ma bercerita...

"Akak dengan adik semua lahir masa musim bah. Ayah dulu keringkan sendiri lampin-lampin ni. Ayah kibas kuat-kuat lepas basuh, lepas tu jemur bawah kipas."

Ma tersenyum pabila jawapan "Ye ke Ma??!!" keluar dari mulut saya yang disertai dengan muka sungguh kagum.

Masa tu, kami tengah mengemas barang-barang lama. Terjumpa lah satu plastik yang penuh dengan lampin-lampin lama. Kalau tak silap saya, jenama Johnsons(betul ke tak eja ni..huuu). Betapa cermatnya Ma menyimpan barang-barang kenangan itu. Masih elok walau sudah lebih 20 tahun usianya (semua tu lampin saya..heee). Pakaian arwah Ayah pun masih elok berbungkus. Ma memang sudah nak buang barang-barang lama (walaupun kadang-kadang ada yang memang betul-betul perlu dibuang..uhuuuu).

Saya sangat terkesan dengan cerita Ma. Walau cukup pendek, saya dapat merasai kasih sayang yang Ayah alirkan pada pakaian waktu saya masih bayi tu. Amat tulus dan luhur... Moga anak-anaknya dan menantu-menantunya dapat mengambil sekurang-kurangnya secebis sifat penyayang dirinya. Takkan hilang sikit pun sifat gentleman tu. Malah, makin bertambah-tambah sahamnya ;D Betul kan??;)

~Diri ini takkan pernah mengenal erti jemu untuk merinduimu, duhai Ayah....




Haziq Danish(masa ni tak boleh jalan lagi,sekarang dah besar..heeee)





Hazim Darwisy (ni ms usia dia 2 hari)