Thursday, October 8, 2009

Tulus


"Nanti masa zaman anak-anak kita, berapa agaknya harga infant milk kan??" Bisik Cha ke telinga saya saat Dr. Nik (Assoc. Prof), Dekan kami sedang asyik membandingkan harga susu tepung yang sedaya upaya diusahakan untuk dapat menggantikan 'susu cap gantung' pada masa dahulu dan sekarang. (Ini adalah subjek Medical Nutrition Diseases 1) ;D

" Imagine that... During my time, the price was only about ten to twelve ringgit per kilo. But now, it goes up to how much? Thirty ringgit at least."

Isu ni timbul pabila topik anemia dibincangkan. Ada sesetengah kes melibatkan bayi-bayi yang baru lahir ni diberi minum sweetened condensed milk? Mengapa? Sebab tak cukup duit nak beli infant formula. Memang teruk untuk dibayangkan. Kesian kan.... Saya tak pernak terfikir pun ada kes macam ni. Tapi, realitinya ia wujud.

Teringat la serta merta pengalaman membeli-belah dengan Abang Min. Bukan shooping sakan untuk saya, tapi untuk budak kecik 2 orang tu. Haziq Danish(1 setengah tahun) dan Hazim Darwisy (lahir 5 Syawal yang lepas). Oh, terlupa. Saya baru sahaja menambah bilangan anak buah yang ke-21. Huuuu... Meriah betul kan?;)

Susu dan Pampers semua habis kat bandar Terengganu(kakak ipar saya orang Ganu) tu. MYDIN Mall, Hock Kee Seng, Giant, semua tempat Abang Min dah jelajah. Habis!!! Jadi, hari Ahad yang lepas, saya pun jadi co-driver Abang Min ke Parkson Kota Bharu (baru je bukak masa beberapa bulan kalau tak silap). Alhamdulillah, jumpa la jugak.

"Bukan tak nak beli yang lain. Tapi, Haziq tak boleh pakai pampers lain. Nanti ruam teruk. Kena Mami Poko jugak."

Abang Min bersuara sambil tangannya mencapai 2 beg pampers. Kemudian kami beralih ke Giant di tingkat bawah. Susu pulak. Alhamdulillah, ada rezeki jugak=)

Dalam perjalanan pulang, sambil menunggu pesanan Pizza kami disiapkan, Abang Min mematikan lamunan saya.

"Ni sekarang zaman Abang Min dah macam ni. Nanti 5 tahun lagi masa anak adik tak tahu lah macam mana demand untuk barang-barang macam ni."

"Aah la kan... Tak tahulah berapa mahal lagi harga semua ni kan."

Terkenang saya cerita Ma. Ayah dulu buat semua kerja masa Ma berpantang. Yela, tinggal jauh dari kampung. Tak ada siapa yang nak diharapkan. Kerja-kerja rumah takkan la nak dibiarkan pada isteri yang masih lemah lagi kan. Tapi, apa yang saya amat-amat kagum pabila ma bercerita...

"Akak dengan adik semua lahir masa musim bah. Ayah dulu keringkan sendiri lampin-lampin ni. Ayah kibas kuat-kuat lepas basuh, lepas tu jemur bawah kipas."

Ma tersenyum pabila jawapan "Ye ke Ma??!!" keluar dari mulut saya yang disertai dengan muka sungguh kagum.

Masa tu, kami tengah mengemas barang-barang lama. Terjumpa lah satu plastik yang penuh dengan lampin-lampin lama. Kalau tak silap saya, jenama Johnsons(betul ke tak eja ni..huuu). Betapa cermatnya Ma menyimpan barang-barang kenangan itu. Masih elok walau sudah lebih 20 tahun usianya (semua tu lampin saya..heee). Pakaian arwah Ayah pun masih elok berbungkus. Ma memang sudah nak buang barang-barang lama (walaupun kadang-kadang ada yang memang betul-betul perlu dibuang..uhuuuu).

Saya sangat terkesan dengan cerita Ma. Walau cukup pendek, saya dapat merasai kasih sayang yang Ayah alirkan pada pakaian waktu saya masih bayi tu. Amat tulus dan luhur... Moga anak-anaknya dan menantu-menantunya dapat mengambil sekurang-kurangnya secebis sifat penyayang dirinya. Takkan hilang sikit pun sifat gentleman tu. Malah, makin bertambah-tambah sahamnya ;D Betul kan??;)

~Diri ini takkan pernah mengenal erti jemu untuk merinduimu, duhai Ayah....




Haziq Danish(masa ni tak boleh jalan lagi,sekarang dah besar..heeee)





Hazim Darwisy (ni ms usia dia 2 hari)

2 comments:

passerby said...

bila kita dah meningkat dewasa, bila dah mula mula mampu berfikir, barulah kita serba sedikit sedar, betapa besarnya pengorbanan mak ayah kita kepada kita kan.camnapun kita takkan dapat rasa macam mana kasih dan sayangnya ibu bapa kat anak-anak dieorang selagi kita sendiri belum menjadi mak ataupun ayah...setakat rasa sikit-sikit tu..insyaAllah adala kan...bila difikirkan..macam manalah dieorang bleh besarkan kita walaupun dlm keadaan yg agak terdesak...hanya Allah yang maha mengetahui..Ya ALLAH, kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa keci...amin..

~candlesky~ said...

Betul2....saya selalu borak dengan akak pasal ni. Akak cakap, lepas rasa sakit bersalin tu, Allah je tahu... Rasa nak terus pegi cium tangan Ma puas-puas.. Tu tak masuk kesabaran melayan kerenah anak yang macam-macam tu.. Moga Allah kurniakan kita ketabahan sebagaimana yang dikurniakan untuk mak ayah kita..Ameeen=)