Tuesday, December 22, 2009

Memang macam tu ke???


Betul ke muka saya selalu nampak macam orang nak nanges?? (terpinga-pinga)

*****

From : [Saya lupa nama samaran dia]
To : Pembahas ke-2 SESTER
Wish : Jangan la buat muka macam nak nanges macam tu. Dah habis dah tisu saya nak bagi...

Ni ucapan yang saya terima dalam buletin Hari Kecemerlangan SBP (HK SBP) peringkat kebangsaan di SM Sains Muar (SAMURA). Seingat saya, hari sebelum saya terima ucapan tu, SESTER bertemu SAMURA dalam debat BM dan kami tewas. Tapi, saya tak ada lah nangis. Biasalah, adat pertandingan. Siapalah pemenang tanpa mereka yang tewas... Heeee.. [ayat pujuk diri]. Dah berlalu 6 tahun lamanya. Sampai sekarang, kalau teringat semua ni, saya akan ke depan cermin?? Untuk? Telek muka saya.. Yang setepatnya, raut wajah saya. BETUL KE????
Ingat je kenangan Bahas BM, tak ada insan lain yang saya rindui melainkan Cg Fauzi. Cikgu yang amat saya hormati, kagumi dan senangi. Cikgu yang mengajar saya betapa pentingnya untuk kita ketengahkan fakta kalau nak dapat markah yang tinggi dalam BM Penulisan. Dua tahun berturut-turut ilmu Bahasa Melayu untuk SPM dicurahkan untuk kami. Nak dijadikan penyebab saya sentiasa banyak meluangkan masa dengannya, dia adalah Penasihat Persatuan Munsyi (Persatuan BM) dan sudah semestinya menjadi persatuan pilihan saya. Cg Fauzi tak pernah tinggikan suara sepanjang tempoh latihan. Tersangat bermotivasi saat saya melihat raut wajahnya. Saat keputusan diumumkan, dan kami tewas, tak pernah ada suram di wajahnya. Kekuatan itulah yang dibekalkan untuk kami mengharungi medan perang yang bertubi-tubi menanti.

"Tak apa, kita teruskan untuk petang ni pulak. Kena semangat!"

Semangatnya membuatkan saya takkan dapat untuk mengeluh keletihan.
Namun, satu ketika, saya takkan mampu menahan air mata ini daripada terus mengalir laju. Saat kami tewas tika Pertandingan Forum Remaja peringkat negeri Terengganu 2004, dengan alasan yang diberikan pengadil, kami lari daripada tajuk yang diberikan. Padahal persediaan sudah dibuat berbulan sebelumnya. Semuanya hasil idea yang lahir dari Cg Fauzi, guru yang sangat hebat untuk diletakkan kesalahan. Namun, kami memang tak pandai nak membantah keputusan hakim [sepertimana yang dilakukan oleh sebuah sekolah lain yang tak puas hati dengan keputusan]. Lagipun, dari awal pertandingan lagi semua sudah sedia maklum 'KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD'... Jadi, terimalah dengan redha. Heeee

Kekalahan kami bukanalah satu-satunya penyebab air nata saya tak mampu dikawal. Andai hanya itu yang saya harus terima, sudah semestinya saya mampu bertahan seperti sebelum-sebelumnya. Bagai dicincang hati ini pabila mendengar ucapan dari Cg Fauzi..

"Cikgu mintak maaf. Cikgu yang buatkan kita kalah."

Nada suara cikgu benar-benar menzahirkan yang dirinya begitu sebak. Masa tu, cikgu sedang memandu, dan saya di tempat duduk belakang, di tepi tingkap. Saya hanya mampu mengesat air mata tanpa sepatah kata pun. Hanya kawan seperjuangan lain yang menidakkan kata-kata Cg Fauzi...

Oh guru... [dah tak mampu berkata apa-apa. Terbayang segala kenangan bersama insan yang banyak memberi saya dorongan, perangsang dan nasihat buat diri ini..T_T]

TERIMA KASIH, CIKGU.. T_T

~Tiba-tiba teringat cita-cita pertama yang muncul dalam benak saya waktu kecil dulu...
'Nak jadi ustazah.' huuuuu

Wednesday, December 16, 2009

Ayuh!!!


Mampu atau tidak fikirmu, bertahanlah...
Jangan dibuai gundah itu...
Kerna ia takkan hadir tanpa menemui kegagahan di HATIMU...
Kelak ia akan akur...
Berlalu menjalar pulang ke tempat asal...
Namun jangan sekali hilang nilai Melayumu ..
Hargailah ia..
Secebis pengalaman yg dicicir...
Jangan dibiar ditiup angin semilir...


~Tiba-tiba teringatkan kenangan Khemah Remaja Pelbagai Kaum anjuran DBP & UKM di Bangi lewat usia saya 16 tahun.. Jungle tracking sambil menyiapkan tugasan kumpulan menghasilkan sebuah puisi. [Ohh... Sudah 6 tahun berlalu]

Namun ini bukanlah puisi tersebut. Yang saya ingat, satu perkataan je... TUGU... Tu je. Permulaan puisi itu. Disebabkan panel penilai tidak sama sekali mengembalikannya, maka mana mungkin memori saya yang sangat lemah ini mampu mengingati apa yang saya tulis. Huuuuu.. Alhamdulillah, tanpa saya sangka [benar-benar tidak menyangka] Peserta Wanita Terbaik dimiliki. Sungguh pelik bukan? Sehingga kini saya masih terasa bagai bermimpi... Tapi, selalu je saya dengar perkataan ni... REZEKI=) Maka, tiada ungkapan lain... Bersyukurlah..

Tapi, [banyak betul tapi..huuu] apa yang menyebabkan hati ini sedikit terkilan... Saya tak mengembangkan ilmu yang sangat saya minati ini. InsyaAllah, andai dikurniakan kesempatan, ingin sekali saya menyertai bengkel-bengkel penulisan. Ya, menulis... Salah satu cara berdakwah bukan? DAKWAH.. Ada yang 'gerun' mendengar perkataan ini. Sama sekali tidak saya menyalahkan mereka... Jadi, inilah masa untuk kita sama-sama mengurangkan 'kegerunan' itu. Berhikmahlah^_^ AYUH!!!

Thursday, December 10, 2009

Hadiah yang bermakna :)


"Kak Kini...Ni Iz bagi hadiaah kat Kak Kini."

Lantas kotak itu bertukar tangan. Kotak kecil. Pabila dibuka, di dalamnya ada anak patung kecil. Daripada pengamatan saya, ini pasti daripada kedai yang menjual 'jajan' yang mengandungi hadiah di dalamnya.

"Patutlah mintak duit dari Mak hari tu. Dia nak beli hadiah kat Kak Kini dia rupanya."

Maksu mencelah. Muiz hanya tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi. Saya hanya mampu memandangnya.

"Terima kasih.."

Hanya itu mampu saya luahkan. Saya tersenyum. Gembira. Sebak kerana terharu yang lebih tepat. Hadiah yang diberi sehari sebelum menjelangnya 5 Disember 2009. Tidak saya sangka pertanyaannya seawal saya pulang bercuti mempunyai misi yang tersendiri.

Petang 5 Disember, saya berjalan ke rumahnya. Sungguh.. Saya sangat tidak berkesempatan untuk kerap berlama-lama di rumah Maksu pada cuti kali ini. Sibuk dengan persediaan 'Reunion SMKDI' sejak sebelum menjelang raya (sejak bermula cuti sebetulnya), hinggalah ke hari menjelangnya program itu (29 November). 4 Disember pula, saya ke Terengganu menghadiri Majlis Hari Bahagia rakan seperjuangan di SESTER dahulu. Alhamdulillah, sebuah lagi masjid dibina untuk kehidupan yang lebih diberkatiNya. Ain & Asroll =) Dapat juga saya berjumpa teman-teman lama yang sudah membawa haluan masing-masing. Ohh, kembali kepada cerita di rumah Maksu. Saya pun berjalanlah dengan sedikit terkilan menuju ke rumah Maksu (sebab pagi esoknya dah nak balik UIA, jadi inilah kali terakhir saya dapat berkunjung ke rumah Maksu pada cuti kali ini). Melihat Muiz sedang seronok bermain badminton dengan kawannya, saya lantas memilih untuk duduk di muka pintu. Alam kanak-kanak. Alam keriangan. Terleka sebentar saya dalam kenangan zaman yang telah lama ditinggalkan. Sambil berborak dengan Maksu, saya mula mengalih perhatian kepada peti televisyen. Hanya mata yang melekat di situ. Sedar tak sedar, jam mula bergerak ke angka 7. Sejenak saya berpaling, Muiz sudah di sisi saya dengan segelas minuman di tangannya.


Muiz yang sentiasa ceria

"Iz buat air kat Kak Kini. Air Horlicks. Minumlah.. Sedap ni.."

"Special nya.. Untuk Hari Jadi Kak Kini ke, Iz?" Maksu bertanya sambil tersenyum.

"Hooo.." (Maksudnye 'Iya'). Jawabnya sambil berlalu ke bilik mengambil tuala untuk mandi.

Saya terdiam. Satu lagi hadiah yang paling bermakna buat saya menjelang usia 22 tahun ini. Hadiah yang mengalir kasih sayangnya tanpa perlu diluahkan. Memberi erti yang sangat mendalam. Muiz baru melewati usia 7 tahun. Kehilangan ayah seawal umur 4 tahun menjadikan dirinya sangat matang. InsyaAllah, saya akan bercerita tentangnya di kesempatan yang akan datang.

Untuk semua insan-insan yang mengingati Tarikh Saya Mengenal Dunia (tidak kira yang wish awal @ lewat), Terima Kasih, serimbun pohonan hijau di rimba saya tujukan khas buat anda semua. DOA tulus yang kalian berikan tak mampu saya balas. HADIAH itu terlalu berharga buat saya. Cukuplah ingatan itu buat saya. Terlalu cukup... Sebak atas setiap bait kata-kata yang saya terima. KELUARGA TERSAYANG : Ma, Akak, Abang Min, Abang Mat, Emy (anak buah), Shikin (anak buah), Muiz, Maksu, Abg Chik (sepupu), Abg Ngah (sepupu), Kakak (anak buah)... SAHABAT: Sanah, Wawa, Cha, Jaja, Fariza, Ekay, Jea, Jijah, Along, Zaty, Raja, Ckin, Angah, Pkah, Onie, Izani, Pali, Nabil, Tahirah, Along, Kak Wardah, Erni, Idah, Nadiah, Mihah, Atie, Aini, Epah, Sofia, Aifaa, Jepah, Sob, Rosmaniza, Shidah, Lyla, Pjah, Mar (adik bucuk;p), Fana (adik comot;p), Ainaa, Sarah, Nuyu, Ernie, semua adik2 SESTER & UIA serta kawan-kawan ramai sangat lagi yang bagi ucapan kat facebook, ingatan kalian amatlah saya hargai..

Buat Sanah, Wawa & Cha, MAMA KINIEY sangat berbangga mempunyai anak-anak seperti kalian;p Sesi shooting yang memakan masa lebih lama daripada makan amatlah memberi seribu kenangan untuk dijadikan penghias memori kehidupan akan datang. Jauh di sudut hati ini, terselit rasa sebak mengenangkan waktu sebegini tentunya sukar untuk diulang lagi (lebih-lebih lagi tiba waktu semua dah berkeluarga...uhuuuu...tak nak kahwin;p) T_T


Kek yang sangat sedap!


Hijau kan??=)


Buat Cik Zaty, amatlah terharu diri ini atas coretan anda...T_T

Buat Ma tersayang, loket pemberianmu ini tiada tandingan kecantikannya di hati ini. Teman yang takkan sekali-kali kubiarkan berjauhan dari diri ini..Terima Kasih, ibuku. T_T

~Usiaku makin bertambah. Ajalku makin hampir menjengah. Tapi AMAL BEKALANku?? Muhasabahlah dirimu, wahai akalku, jiwaku, hatiku dan nafsuku...

Wednesday, November 11, 2009

Oat

Kenal tak bijirin oat? Ala, yang rasanya kurang menyelerakan bagi kebanyakan orang tu... Yang plastik warna merah dan biru. Ada 2 jenis. Yang kena masak dan yang segera.

"Tak sedap benda tu. Macam kunyah kertas!"

Saya lupa daripada siapa pernah saya dengar dialog itu, tapi yang pastinya serta-merta saya terbayangkan rupa bentuk oat yang sebenar-benarnya.

'Macam betul jugak apa yang dia cakap tu. Huuuu'

******

'Kak Ya kena makan banyak protein. Makan banyak ikan, ayam, daging... Nasik pun kena makan banyak. Yang paling penting Kak Ya tak boleh skali-kali minum nescafe & kopi. Adik tengah baca pasal penyakit Kak Ya ni.'

Semangat betul adik nan sorang. Nak menyumbang untuk kesihatan si kakak.

'Kak Ya susah sikit la nak makan ikan, dik. Tapi Kak Ya cuba. Nasik tu mmg macam tak boleh nak makan banyak. Nescafe Kak Ya jarang beli. Kopi memang Kak Ya tak minum. Tu memang favourite Abang Lan je.'

'Oooh. Kalau macam tu bagusla. Kak Ya boleh je makan ayam & daging kalau susah nak makan ikan. Tapi Kak Ya buanglah lemak-lemak & kulit tu. Kalau tak boleh nak makan banyak nasi, Kak Ya makan roti ke, ubi kentang, biskut, oat, nestum.. Semua tu sama dengan nasi khasiat dia.'

'Biskut, nestum, oat... Tu semua Kak Ya suka makan. Nanti Kak Ya makan ye. Dr ada cakap suruh stop dulu makan ubat sebelum scan bulan 12 ni. Kena scan kat HKL sebab kat situ ada alat scan yang terbesar kat Asia tau, dik. Adik jangan risau. Kak Ya tak de pape pun, InsyaAllah..'


Berikut merupakan sebahagian dialog (mesej) antara saya dan Kak Ya. [ayat skema..heee] Seminggu yang lepas, saat diri saya bersuka-ria di rumah Syamil (tak sedar diri nak exam), Abang E sibuk menelefon kami berdua (saya & akak) menceritakan kisah Kak Ya yang disuspect menghidap cancer pada tiroid. jadi, penyelesaiannya adalah BELAH & BUANG! Dan saya pun kelam kabut lah. Telefon kakak (anak sulung Kak Ya: dah bekerja di PERKESO, KL), telefon Abang Lan (abang ipar), mesej lagi la banyak... Bertanyakan macam-macam soalan. Sudah pastilah saya takkan tanya Kak Ya. Alasannya, takut emosi Kak Ya tak stabil. Rupa-rupanya Kak Ya yang paling tenang... KAGUM saya dibuatnya. Yelah, saya punyelah pergi mesej Abang Lan (walaupun saya sangat jarang mesej sebelum ni). Tup-tup... Kak Ya yang reply... Huuuuu... Siap dengan penjelasan panjang lebar lagi cerita apa yang doktor bagitahu dia.

Begitulah insan yang dah melahirkan 3 putera & 3 puteri yang dah besar panjang=) Kak Ya sekarang meneruskan perjuangan berbekalkan hanya satu buah pinggang. Mungkin itulah penyebab kegagahan Kak Ya. Ujian yang lebih getir sudah diharungi dengan penuh tabah, berbekalkan kasih sayang si suami yang tiada tandingan....


Haaaa... Sebut pasal oat, saya mula mengenali oat sejak umur saya... Emmm... Kalau tak silap, 6 tahun rasanya. Bagus betul kan? Kecil-kecil lagi dah terdedah dengan makanan yang cukup berkhasiat itu=) Puncanya? Arwah ayah. Beliau lah yang memperkenalkan oat untuk kami sekeluarga. Sejak disahkan menghidap lemah jantung, oat adalah makanan wajib ayah setiap pagi. Biasanya, kalau untuk ayah, ayah minum dengan susu. Tapi untuk kami yang masih muda (heee.. Saya dan akak), kami disediakan oat+milo... Nyum-nyum.. Sedap. Sudah tentulah air tangan Ma tersayang yang menambahkan kesedapannya=) Nekad saya, saya akan hidangkan pulak buat Ma semua yang Ma hidangkan buat saya dengan susah payah sejak saya kecil (Kabulkan doaku, Ya Allah)....



---> Dah 4 hari saya gagal menghubungi Ma=( Petang tadi, nama Ma terpapar di telefon saya. Rupa-rupanya telefon Ma buat hal. Tapi boleh cakap kejap je sebab terputus. Jadi, malam tadi saya bergayut dengan Ma sampai tak sedar kredit habis. Tak puas punye pasal, saya turun ke Kiosk, topup balik dan bergayut puas-puas. Telinga yang panas rasa sejuk je dengar suara Ma. Nanti nak sambung borak puas-puas masa cuti ni^_^ [pesanan penaja: jangan lupa menitip khabar ibu ayah kita... Mereka rindukan kita=)]

---> Ma cakap dia tak lalu nak makan petang tadi. Sebab? Teringat kat saya bila masuk dapur... Sedih kan? Kadang-kadang saya makan kat sini, terabai ingatan apa yang Ma makan kat rumah. Tapi Ma tak pernah berhenti memikirkan setiap perilaku anaknya.. Maafkan anakmu, ibu..=( Jadi, kena pujuk ma dengan timbulkan isu 'saya' juga. "Kalau ma tak nak makan, adik kat sini pun tak lalu nak makan." Terus ma beria nak makan lepas letak telefon nanti... Huuu..


I misss u, mum... T_T

Wednesday, November 4, 2009

Cukuplah





Saat-saat yang memerlukan 'extra' kegagahan seperti sekarang, cukuplah dengan meminjam semangat daripada dua wanita cekal dalam hidup saya ini. MA dan AKAK... Walau mereka tidak membaca coretan ini, saya tak pernah sekali-kali silap.... Doa mereka sentiasa mengiringi perjuangan saya...=)

Untuk semua rakan-rakan seperjuangan (dan saya sendiri juga), cukupkan bekalan kita. Yakin itu paling utuh, ubat yang diberi untuk kita yang bergelar HAMBA... Ayuh kita teruskan kembara ilmu ini!!^_^

"Inna fatahna laka fathan mubiinaa."

~Hari pertama peperiksaan akhir semester baru berlalu~ Tinggal 6 kertas lagi. Berusaha!=)


(Terimalah...Khas buat semua pencinta ilmu^_^)