Monday, May 11, 2009

Berita Terkini

"Berita terkini
Hiburan sensasi
Naik bas mini
minum air pepsi"


Berulang kali serangkap lagu ciptaan MEREKA sendiri itu didendangkan di sebelah saya. Tanpa henti. Lama-kelamaan, kolam air mata saya pecah jua. Hati yang ditahan-tahan sejak tadi untuk menjadi kuat sudah tak mampu mempertahankan benteng pertahanannya...

Lantas... Saya sembamkan muka ke meja. Menangis tanpa henti....

"Haa.. Tak tahu.. Kini dah nangis.. Nanti lepas ni Cg Sayuti masuk... Siap korang!" Su bersuara.

Saya masih tidak mengangkat muka.

'Letihnya nangis. Takpe, tahan skit lagi. Biar Cg masuk. Baru padan muka diorang.' Saya berbicara sendirian.

"I am sorry
Emak masak kari
Adik goyang kaki
Abang cari bini
Bini abang cantik
Macam bulu itik.."


Nyanyian berbaur pujukan itu tidak sama sekali dapat meruntuhkan pendirian saya untuk terus menangis. Hati saya sudah teramat sakit. Ditertawakan. Dan ini bukanlah kali pertama mereka melakukannya..

"Maafkan kami...
Maafkan kami...
Maafkan kami...
Maafkan kami...
Maaf kan kami...
Maaf kan kami...."

Lagu dalam Filem Pendekar Bujang Lapuk itu pula didendangkan.

'Huh, jangan harap aku nak bagi muka. Siaplah korang lepas ni!!' gumam saya dengan muka yang masih dibenamkan di meja. Dah basah lencun meja tu dengan air mata saya.

Akhirnya sakit hati saya terubat. Masuk sahaja Cg Sayuti, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(HEM) merangkap cikgu Bahasa Melayu untuk kelas kami, mereka menerima habuan masing-masing. Berdiri di atas kerusi sepanjang kelas berlangsung.

'Padan muka!' Pandangan sinis ke wajah mereka benar-benar menandakan hati saya puas.

*******

Huuuuu.. Tiba-tiba hati ini menusuk rindu akan zaman sekolah rendah. Detik-detik awal kepulangan saya ke Kelantan. Bersekolah bersama teman-teman baru yang beraneka kerenah, hati saya sering sakit tika itu. Dan trio yang menggelarkan diri mereka DO RE MI sering menjadikan saya sebagai bahan ejekan pemuas hati mereka. Dianggotai oleh 3 orang budak lelaki, Areyzul, Asrul dan Alifee. Saya sendiri sudah lupa yang mana satu DO, RE dan MI. Masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri. Areyzul sekarang bergelar Tentera Darat dan bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi=), Asrul yang juga merupakan dua pupu saya (sebelah rumah je..heeee) pula sedang mengikuti kursus Tentera Laut dan Alifee bakal bergelar jurutera tidak lama lagi. Alhamdulillah, semuanya sudah mempunyai kehidupan yang baik walau nakal mereka tetap saya kenang;p Yang pasti, kini saya sedar...


Mereka telah memberikan kenangan manis buat saya=) Menyumbang sebahagian jasa dalam menjadikan saya seorang SAKINI yang tak mudah menangis di depan insan-insan yang bergelar pembuli.. Kalau nak tahu, cuba lah buli saya. Nescaya, ANDA AKAN DIBULI SEMULA!!!Heeee..^_^



Wednesday, May 6, 2009

Cukupkah syukurku??

"Adik nama ape ye?"

"Su.."

"Owh... Umur?"

"17.."

"Baru lepas SPM la ni ye?" Saya bertanya walaupun dalam hati terdetik sedikit kepelikan.

"Tak."

"Eh, kiranye belum ambil SPM la?"

Dia tersenyum dan mengangguk. Saya membalas senyumannya, walau saya sedar ada cacat pada senyum itu. Lama saya terdiam. Hanya bunyi di sekeliling kami yang menghiasi. Lalu, pabila hati ini makin dipaksa-paksa untuk bertanya lebih lanjut.

"Su ambil SPM bulan berapa?"

Dia menggeleng. Hairan di hati ini makin bertambah.

"Kenapa tak ambil? SU dah tak sekolah la kiranya ni?"

"Tak. Tak ada rezki lagi, kak nak ambil SPM tahun ni. Tak cukup duit..."

Terasa seperti ada batu yang tersekat di kerongkong saya. Namun, saya tahu. Saya punyai tanggungjawab untuk memberi walau sepatah kata penguat semangat buatnya. Jauh di sudut hati saya, saya sedar yang dia punyai semangat jauh sebelum saya mengenalinya. Jika tidak, masakan dia berada di sini, bekerja seawal umur yang paling manis buat si gadis.

"Sekarang boleh lagi kan ambil SPM lepas umur 17 kan?"

Dia sekali lagi mengangguk.

"InsyaAllah, akak doakan Su boleh ambil tahun depan. Rezeki tu Allah akan bagi untuk orang yang sabar macam Su=)"

Saya cuba memujuk hatinya. Hati saya sebenarnya yang dipujuk. Bukan lagi hatinya. Dan saya dapat lihat raut wajah yang penuh dengan ketabahan itu tersenyum. Senyuman insan yang sangat tabah. Di saat insan lain sibuk mengatur hala tuju selepas SPM, sibuk membelek laman web institut pengajian terkemuka luar negara, masih ada insan yang terpaksa mendaki tangga memerah keringat semata-mata untuk mendapatkan peluang untuk merebut peluang yang seterusnya....

INSAF saya tika saat itu juga. Benarlah, kita jarang untuk sedar tentang kehadiran insan yang punyai UJIAN sebegini jika kita asyik dibuai kesibukan mengejar tuntutan hidup yang kita rasa milik kita. Bukan tak pernah berfikir akan nasib insan lain, namun pabila minda kita semakin jauh mengejar arus kemodenan, untuk sentiasa tidak ketinggalan di belakang insan-insan yang terkehadapan, kita terlepas pandang kita punyai nikmat yang telah jauh kita tinggalkan.

YA ALLAH, ampunilah hambaMu ini atas kelalaianku untuk menyerahkan sebenar-benar kesyukuranku padaMu, YA RABBI....T_T