"Su.."
"Owh... Umur?"
"17.."
"Baru lepas SPM la ni ye?" Saya bertanya walaupun dalam hati terdetik sedikit kepelikan.
"Tak."
"Eh, kiranye belum ambil SPM la?"
Dia tersenyum dan mengangguk. Saya membalas senyumannya, walau saya sedar ada cacat pada senyum itu. Lama saya terdiam. Hanya bunyi di sekeliling kami yang menghiasi. Lalu, pabila hati ini makin dipaksa-paksa untuk bertanya lebih lanjut.
"Su ambil SPM bulan berapa?"
Dia menggeleng. Hairan di hati ini makin bertambah.
"Kenapa tak ambil? SU dah tak sekolah la kiranya ni?"
"Tak. Tak ada rezki lagi, kak nak ambil SPM tahun ni. Tak cukup duit..."
Terasa seperti ada batu yang tersekat di kerongkong saya. Namun, saya tahu. Saya punyai tanggungjawab untuk memberi walau sepatah kata penguat semangat buatnya. Jauh di sudut hati saya, saya sedar yang dia punyai semangat jauh sebelum saya mengenalinya. Jika tidak, masakan dia berada di sini, bekerja seawal umur yang paling manis buat si gadis.
"Sekarang boleh lagi kan ambil SPM lepas umur 17 kan?"
Dia sekali lagi mengangguk.
"InsyaAllah, akak doakan Su boleh ambil tahun depan. Rezeki tu Allah akan bagi untuk orang yang sabar macam Su=)"
Saya cuba memujuk hatinya. Hati saya sebenarnya yang dipujuk. Bukan lagi hatinya. Dan saya dapat lihat raut wajah yang penuh dengan ketabahan itu tersenyum. Senyuman insan yang sangat tabah. Di saat insan lain sibuk mengatur hala tuju selepas SPM, sibuk membelek laman web institut pengajian terkemuka luar negara, masih ada insan yang terpaksa mendaki tangga memerah keringat semata-mata untuk mendapatkan peluang untuk merebut peluang yang seterusnya....
INSAF saya tika saat itu juga. Benarlah, kita jarang untuk sedar tentang kehadiran insan yang punyai UJIAN sebegini jika kita asyik dibuai kesibukan mengejar tuntutan hidup yang kita rasa milik kita. Bukan tak pernah berfikir akan nasib insan lain, namun pabila minda kita semakin jauh mengejar arus kemodenan, untuk sentiasa tidak ketinggalan di belakang insan-insan yang terkehadapan, kita terlepas pandang kita punyai nikmat yang telah jauh kita tinggalkan.
YA ALLAH, ampunilah hambaMu ini atas kelalaianku untuk menyerahkan sebenar-benar kesyukuranku padaMu, YA RABBI....T_T

3 comments:
selalu kita tertinggal diorang
dan sentiasa rasa diri kita lak yang tertinggal
cukupkah kita bersyukur?
salam kini jumpe kat mane budak tu?dia keje ape?
buat As:
~memang kita sebagai manusia sntiasa perlu 'disedarkan'.. Asyik terlena. Syukur 2 pembersih hati kan=)
Sampai akhir hayat pun xkan cukup kita bersyukur dgn stiap nikmat yg diberi pinjam ni..
buat izzati.abdullah:
~wlm wbt...dia keje kilang,zaty...sian kan?
Dia benar-benar kuat utk Allah bg ujian sedemikian rupa...zaty pun mcm 2=) kuat jgak!!!heeee
Post a Comment