Saturday, September 5, 2009

Sunyi

Sunyi...
Saya sangat sukakan kesunyian...

Walau sunyi itu selalu kelihatan kosong...
Namun ia penuh dengan kegagahan...
Kekuatan seorang insan mengenal dirinya sendiri...

Agar diri semakin terkesan...
Dia tidak keseorangan...
ADA KUASA YANG TAK PERNAH MEMBIARKAN....=)

Lama benar saya tak coretkan sesuatu. Hampir sebulan. Nak buat macam mana. Talian di kampung bermasalah. Nak cari bahan untuk tugasan pun tak boleh, apatah lagi nak update blog...Huuuu. Rindu tu tak usah dihitung...

Tiba-tiba je coretan kali ini dihiasi dengan "Sunyi"... Padahal Hari Yang Penuh Kemeriahan baru je berlalu. Malah, mood Rumah Terbuka masih menyala-nyala. Undangan masih kunjung tiba (tapi saya belum dapat lagi.. Eh, ada kat KL.. Jauh la..huuuu). Kenapa "Sunyi" ???

Sebab mummy saya keseorangan di teratak Pasir Puteh sana. Setiap hari saya menelefonnya (sejak datang sini 2 hari lepas). Besar harapan saya moga saya masih mampu menelefonnya setiap hari untuk hari-hari yang mendatang. Maksu baru je berpindah. Tak jauh, kat depan selang beberapa rumah dari rumah saya. Tapi, malam-malam, Ma tetap tidur keseorangan. Malam saya bertolak ke sini, cerita Ma, dia tidur di bilik saya. Memang malam sebelum tu pun, kami tidur di katil yang sama=) Kalau orang cakap saya anak manja masih tidur 'bawah ketiak mak' pun saya tak kisah... Heeee.. Sebab saya nak tidur dengan Ma puas-puas. Entah berapa lama lagi saya diberi kesempatan tidur dengan Ma kan.

Saya memang terlalu risaukan Ma. Macam mana kalau Ma sakit kaki? Macam mana kalau Ma pening? Macam mana kalau, kalau dan kalau.....???? Terlalu banyak kalau. Namun, buat seketika saya seakan tersedar...

"Bukankah DIA adalah sebaik-baik Pemelihara?"

Nah, jadi apa lagi? Inilah saat untuk saya terus mengharapkan pertolongan untuk Pemilik Yang Paling Layak didambakan pertolonganNYA...

Ya Allah, Kau peliharakanlah ibuku. Hanya Dirimu tempat aku mengemis pertolongan T_T

Teringat pula bagaimana beraninya saya menaiki bas ke Kota Bharu seorang diri seawal Tingkatan Satu. Jauhnya lebih kurang sejam perjalanan. Bagi saya yang sering ke mana-mana dengan ibu tersayang, jarak itu adalah cukup jauh untuk saya jelajahi seorang diri seawal usia 13 tahun. Namun, saya masih dipeliharaNYA hingga hari ini, dan saya berdoa agar keselamatan itu sentiasa menemani saya untuk selama-lamanya.

Kerna apa? Saya tak mampu untuk mengada-ngada seperti waktu ayah masih ada dan mampu melayan setiap permintaan saya. Saya tahu, bukan niat Ma untuk melepaskan tanggungjawabnya. Namun, Ma terlalu banyak tanggungjawab untuk dipikul sejak pemergian kekasih hati yang tersayang. Justeru, pabila tiba setiap awal tahun persekolahan bakal dibuka, saya akan bergerak sendiri membeli keperluan untuk ke sekolah. Dengan iringan doa Ma, bandar besar (besar bagi saya) Kota Bharu saya jejaki. Memang takut pada mulanya. Namun, alah bisa tegal biasa sudah menjadi teman setia saya. Ayat-ayat suci yang sering diingatkan Ma menjadi penguat hati saya. Pabila kita tidak mempunyai kemudahan, nescaya akan terserlahlah kehebatan. Kehebatan dari Yang Maha Perkasa=)

Maka, marilah kita sama-sama teguhkan kepercayaan... DIA sentiasa SETIA menjadi TEMAN KESUNYIAN.. Sunyi itu indah~

>> Saya mampu merasakan kesunyian di sebalik hiruk pikuk hilai-tawa=) sungguh indah~


SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA KAUM MUSLIMIN. MAAF ATAS SEGALA KETERLANJURAN DIRI YANG LEMAH INI...Moga Aidilfitri kali ini memberi seribu erti buat kita. Salam mesra dari alam maya.. Heeee ^_^


* Sekalung TAHNIAH buat Cik AsBob yang baru menerima kakak ipar=)


2 comments:

passerby said...

Alhamdulillah saudari menggunakan nikmat kesunyian yang ada dengan sebaik-baiknya.Tahniah kepada keluarga saudari.Semoga diteruskan.InsyaAllah.Syukur di atas peliharaanNya, saudari tidak menjadikan kesunyian yang ada utk melakukan sesuatu yang mungkar.Itulah hakikatnya dunia akhir zaman.Kebanyakan mereka yang dilanda kesunyian cuba lari tanpa berfikir dan terus melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.Nau'zubillah.Berdoalah agar kita sentiasa berada di bawah peliharaanNya.Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir dan Batin.

candlesky said...

buat passerby:
~ thanks di atas ingatan. Dunia akhir zaman sesungguhnya penuh dengan ranjau. Moga iman di hati xkan luntur seluntur ozon yang semakin menipis...=)