Sunday, August 30, 2009

Perlu ke letak Nor??

29 Ogos, Sabtu, 7.50pm
Saya masih di meja makan. Banyak betul yang saya teringin nak jamah. Kak Ya ni, macam-macam yang dibelinya. Maklumlah, dah dengar ayat sedih si adik yang 'haru-biru'(kononnya..huuu) pabila berbuka puasa di tempat orang, mula lah penuh tangannya dengan juadah di bazar. Tu tak termasuk dengan yang dah siap dimasak kat rumah... Banyak betul.

'Boleh ke ni nak habiskan?' Saya mula berteka-teki. Namun, saya tak risau. Sebabnya? Rakyat di sini ramai. Tak macam kami yang berapa kerat je kat rumah Pasir Puteh.

Mata saya yang asyik terpaku di atas meje lantas teralih pada tangan yang mula mengemas pinggan yang sudah tidak berpenghuni(kosong sebab dah licin)... Bukan kerana kecantikan dan kehalusan jari jemari yang menarik minat saya, namun entah mengapa saya rasa sedikit pelik. Lantas, saya dongakkan kepala ini.

'Patutlah rasa lain macam. Emi yang sibuk tolong Kak Ya kemas.'

Baru saya sedar yang ketika itu, hanya saya, Yana (tingkatan 3) dan Ajim(20 tahun-UiTM) yang masih 'melekat' di kerusi. Kak Ya sudah di dapur. Yang lain sudah mula beredar menunaikan tanggungjawab seterusnya. Bunyi air yang mengalir ke dalam sinki makin menyedarkan saya.

'Leka betul aku makan hari ni.'

Namun, apa yang paling saya kagumi ialah kerajinan Emi. Kalau anak dara, saya memang tak hairan. Ni anak TERUNA. Ye, Emi ni anak buah saya yang laki. 18 tahun. Nor Hazimi. Kak ya memang letak 'Nor' kat semua nama anak dia. Tak kira walaupun untuk yang 'berjantina Ahmad'... Heee... Serta-merta saya teringatkan cerita Kak Ya. Emi ni memang sangat rajin. Nampak je ganas, tapi kalau Kak Ya baru balik dari pasar, letak je ayam kat dalam sink... Pergi buat keje lain kejap, masuk-masuk kat dapur, tengok-tengok ayam dah hilang!!! Hah?? Siapa yang curi?

Tak lain, dan tak bukan. Emi lah yang bertanggungjawab. Dia bukan ambil pergi jual semula ayam tu, tapi dah siap dibersihkan semua, kalau Kak Ya bukak peti sejuk, jumpa lah ayam tu. Begitulah senangnya hati ibu yang mengandung. Saya yang tak terlibat apa-apa dalam usaha melahirkan dia pun boleh rasa senang hati. Ni kan pulak Umi dia yang sibuk bawa dia dalam perut ke hulu ke hilir selama 9 bulan tu. Kagum betul saya.....

Nekad saya, saya nak tuntut ilmu dengan Kak Ya macam mana dia ajar anak-anak dia. Memang saya amat kagum dengan anak-anak buah saya yang teruna ni. Piji(sebaya dengan saya), Ajim dan Emi ni betul-betul manja dengan Kak Ya. Nak keluar pergi mana-mana tak sah kalau tak cium pipi Kak Ya dulu. Seronok sangat tengok.....^_^ Mudah-mudahan anak-anak saya suatu hari nanti pun macam tu. Ameeenn...

Ajim, Emi, Saya & Piji=)


~Tiba-tiba saya terfikir... 'Perlukah saya letak Nor kat semua nama anak teruna saya?' huuuuu

5 comments:

Jepah said...

bukankah ibu bapa yg memberi nama pada anak mereka? Nor itu memberi maksud yg baik... cahay... tp fikirkanlah kesannya... mentaliti masyarakat zaman sekarang... bila name lelaki ada Nor, nama itu dimain2kan... sedey lak org yg memiliki name itu... sekian....

~candlesky~ said...

Huuu...
adab n adat..
2 perkara yg berbeza...
namun, xsalah sedikit tersimpang daripada adat selagi adab terjaga=)

anak buah kini xde la plak terima nsb dipermainkan nama diorg...huuuuu

mgkn tempat jugak memainkan peranan..
mentaliti org yang terlalu suka melihat kepelikan pada diri org lain...

pape pun, asalkan ia membawa mkna yg baik,
ia tetap doa untuk perlakuan si anak=)

passerby said...

x kisahle apa mentaliti orang itu semua..yang penting cara kita mendidik dan membentuk mentaliti anak-anak kita.InsyaAllah..walaupun namanya dipermainkan..selagi mentaliti orang2 yang mempunyai Nur tu berpegang teguh pada ajaran Islam..xde masalah je...yg penting pilihlah nama-nama yg baik unntuk mereka...

maafla ye tuan rumah..menyibuk lambat sket..ada hajat lain sebenanya ni..

cik candlesky slalu denga ikim.fm tak?..kalau slalu denga..penah denga satu medley lagu2 palestin yg slalu dieorang putarkan tak?dalam tu ada satu lagu yg lirik dia berbunyi lebih kurang camni 'berikan kebahagiaan di sini dan jua' betul-betul sebelum lagu Keamanan..kalau tau..bleh bagi tajuk tak?..lagi chantek kalau bleh bagi mp3 dia..kalau tak tahu..tolong tanyakan sapa-sapa yg tahu..bleh eh cik candlesky...syukran jazilan!!

~candlesky~ said...

Huuuu... saya ni dah lama tak dengar ikim 'secara komited'.. sbb nye?? kat cni xdapat line..uhuk3.sedih kan??? masuk kereta jela kalau dengar pun. Rsnya ingat lagi lagu2 tu.Selalu masa iklan kan?? Nanti saya cuba reach balik yek...Sorry tau..huuuu

passerby said...

yep masa iklan...kalau ada bitau ye..