Tapi, cuti yang lepas, masa borak-borak dengan Ma, saya ada tanya soalan ni. Jawapan Ma… Lebih baik bagi dekat Abang Min. Bila Ma cakap macam tu, saya mula faham. Saya mula terkenangkan segala pengorbanan Abang Min. Sejak arwah ayah meninggal, sampai sekarang, Abang Min la tempat saya mengadu. Tempat saya mencari dahan buat menggantikan tempat arwah ayah.
Abang Min la yang menghantar saya pada Hari Pendaftaran di SESTER. Sehari sebelum tu lagi dia dah meng’usha’ jalan untuk nak pastikan kami tak sesat=) Abang Min jugak yang hantar saya ke MMU dulu. Dan ke UIA Kuantan ni. Cuma bezanya, waktu tiba di UIA Kuantan, bukan sebuah je kereta, tapi dua.. Heee. Sebuah lagi kereta akak, setepatnya kereta Abang Mat & Akak=) Bermula dari kereta Proton Wira, kemudian beralih ke Proton Perdana V6, dan kini Alhamdulillah dia mampu memiliki kereta idamannya, Toyota Wish… Saya sendiri melihat bagaimana jatuh bangun Abang Min dalam perniagaannya. Alhamdulillah, sekarang saya mula melihat hasil usaha kerasnya selama ini. Syabas buat Abang Min!! (saya juga punyai hasrat untuk sekuatnya.. Doakan saya ye..)
Saya masih menyimpan mesej yang dihantar suatu pagi. Bangun dengan satu menungan yang amat panjang, membuka peti mesej di telefon, saya betul-betul sebak. Sehingga kini saya tak mungkin memadam mesej itu. Bunyinya lebih kurang macam ni:
“Salam. Semoga ceria n happy di samping kekwn. Harapan dari seorang abang kepada seorang adik. Gunakan sebaik mungkin peluang untuk berjaya di dalam pelajaran, jgn hampakan harapan kami semua untuk melihat adik berjaya. Biar perit jerih kita lalui percayalah, pasti ada sinar. Jangan sesekali beranggapan Abang Min tak sayangkan adik. Jadilah anak yang solehah, buat yang terbaik untuk masa depan adik. InsyaAllah selagi nyawa dikandung badan, Abang Min akan usahakan.”
Kalaulah saya tak rasa apa-apa usai membaca mesej macam ni, memang amat pasti yang saya tak punyai perasaan. Atau saya hanya punyai perasaan yang mati. Menitis air mata tanpa saya sedar. Malamnya, Ma dikunjungi panggilan anaknya ini. Belum sempat saya bercerita, Ma terlebih dahulu membuka cerita. Abang Min menelefon Ma dengan tangisan yang teresak-esak. Macam budak kecik (ni Ma yang cakap..heee). Ayah muncul dalam mimpinya. Saya tak pasti sama ada Abang Min menerima pesanan apa-apa daripada Ayah, tapi saya sangat pasti yang mesej saya terima itu ditaip dengan linangan air mata. Memang Abang Min amat manja dengan arwah ayah, sama dengan saya dan juga akak. 1 Julai yang lepas, genap umur Abang Min 38 tahun. Moga Abang Min sentiasa tabah menempuhi liku hidup yang tak pernah jemu kunjung tiba…
*Petang tadi baru je dating dengan Abang Min. Sangat ser0nok! Dapat cincin lagi… Dah 2 cincin Abang Min bagi.. huuuu =)
Abg Min dengan Kak Da masa honeymoon di Sabah
~Awal betul saya fikir pasal Konvo kan?? Heee… Saya rasa sangat berinspirasi pabila memikirkannya^_^
No comments:
Post a Comment