"Aah. Tahun ni dah masuk 13 tahun ayah pergi. Tapi Ma masih tak nak cari pengganti.Saya nak jadi sesetia dia."
"Tapi kini jangan la doakan your hubby cepat pergi pulak. Sian dia"
Bait-bait perbualan saya dengan bos saya, lagi tepatnya bekas bos saya, Encik J. Huuu.. Takkan la pulak saya nak doakan macam tu kan. Sehidup semati... Perkataan yang sering kita dengar pabila menyebut soal cinta. Opps!! Berubahkah mood saya hari ini?? Heeee...
Ni kisah cinta yang benar. Kisah cinta seorang isteri. 13 tahun, eh tahun ni dah masuk 14 tahun... Puan Kamariah meneruskan hidupnya tanpa teman bernama suami, Encik Salleh. Pernah terdetik di hati saya untuk merasakan cinta yang sebegini hebat. Cinta yang mampu memberi kekuatan padanya melalui liku-liku hidup yang tiada tandingan. Jawapannya= anak. Bukti cinta mereka sudah cukup menjadi pengubat kerinduan. Lama saya tenung wajah ma pabila saya meluahkan kerinduan pada cintanya yang telah pergi. Dan saya dapat selami jalur cahaya kekuatan yang mengalir dari matanya. Kekuatan yang lahir daripada cinta hakiki.
Saya masih ingat waktu kecik dulu. Pabila tangan ini dipimpin ke kubur pemilik cintanya, sayu hati bergaul dengan kasih sayang yang mengalir daripada segenap alur darah. Lalu kami bersama-sama bersila di hadapan pusara cinta Ma. Pusara yang tak pernah menguburkan rasa kasih suci seorang isteri buat suaminya...
"Adik baca QulhuaAllah banyak-banyak ye."
Saya mengangguk. Sedang mulut saya terkumat-kamit menuruti apa yang disuruh, mata ini tak lepas daripada mencuri-curi lihat alur wajahnya. Sayu hati melihat kerinduan itu dialirkan melalui bacaan suci buat penenang pemilik cinta di alam sana. Dan saat anak-anak mula melakarkan erti kejayaan, apa yang terdetik di hatinya? Tidakkah dia rindu untuk berkongsi kegembiraan itu dengan pemilik cintanya??
Ohhh... Andainya diri ini mampu membahagiakannya, tunjukkanlah jalan padaku Ya Allah untukku mengubati segala duka laranya... Apa jua cara untukku membalas atau sekurang-kurangnya mengenang semua kasih-sayang yang dialirkan.. Pabila terlintas tentang ini, terasa tidak sabar untuk grad. Untuk membahagiakan hidupnya. Namun, mampukah hajat di hati ini dipenuhi?? Ya Allah, kupohon... Janganlah kau palingkan hati ini daripada melupakan segala pengorbanan insan yang telah bersusah-payah untukku selama ini....
Teringat segala perbualan dengan Sanah dan Cha di klinik. Betapa kita tak mampu untuk mengenal hati ibu...
"Kita sering salahkan bahawa kita tidak difahami. Tapi, sebenarnya kita yang tak faham mak kita.." Anda benar, Sanah. Takkan pernah saya mampu untuk menafikan.. Jadi, lagu tema untuk kali ini, Air Mata Ibu... Tak lain dan tak bukan, dendangan Datuk CT.. heeee.
Apakah sebenarnya
Terbuku di kalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu
Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu
Saya tujukan khas buat semua insan yang bergelar ANAK... (terutama buat yang menyebut lagu ini tika perbualan di klinik pada hari tersebut..huuuu)
~ entri ini dibuat tika mata ini tak mampu bertahan untuk tidak melekat di potret ibu tercinta di meja ini...I MISS U, MA.. Really mean it..
No comments:
Post a Comment