Saturday, October 24, 2009

Sesuci kasihmu

"Adik buat apa tu?"


"Tengah meeting, kak. Akak tak tido lagi?" Biasa jam 10.oo malam, akak dah lena.


"Belum. Tapi Syamil dah tidur. Adik ada duit blanje tak?"


Waaaah.. Soalan cepu mas. Heee. Saya memang sangat jarang meminta duit belanja sama ada daripada abang (Abang Min yang paling saya biasa, tapi kalau terdesak sangat dah..heee), akak, apatah lagi Ma. Kalau dihulur, siapa yang akan menolak rezeki kan? Tak baik..^_^


"Adalah lagi kak. Jimat-jimat.. Maklumlah, dah akhir sem kan=)"


Heeee.. Kena bijak mengatur kata. Kita tunggu apa jawapannye...



Tut.. Tut.. (bunyi mesej)


"Nanti akak masukkan, akak mesej adik yek."


Yeaaa!!! (Sorak saya dalam hati). Sambil tersenyum-senyum sendiri. (Janganlah orang salah anggap kalau ternampak senyuman saya).. Heeee.


"Maceh, akak. Ni adik makin sayang kat akak ni=)"


"Sama-sama. Kita kan adik-bradik. Akak memang tak sabar nak tengok kejayaan adik kesayangan akak ni."


Waaaaah... SATU MOTIVASI di ambang final exam ni.


' You have to make sure they proud of you, Kini!!'

Menjadi seorang anak bongsu, hati ini sering meronta-ronta untuk mempunyai adik. Sejak dari arwah ayah masih ada, saya sering membuat permintaan istimewa.


“Ayah, boleh tak adik nak ADIK?” Dan permintaan itu hanya disambut dengan senyumannya yang takkan pernah dapat saya lupakan hingga hari ini…(al-Fatihah buat arwah ayah.. Moga ayah tenang di alam sana..)


Berbicara tentang seorang kakak, hati saya pasti terkenangkan akak… Kakak saya. SAKIRA SALLEH… Kakak yang terlalu baik buat seorang adik. Saya masih ingat bagaimana saya menangis teresak-esak pabila sedar dari mimpi saya kehilangannya. Lalu, nombor telefonnya terus saya dail. Tak dapat saya ungkapkan rasa syukur saat mendengar suaranya.


“Adik doakan akak panjang umur ya. Jangan risau. Akak sihat..,” jawapan yang cukup melegakan saya.


Rupa-rupanya akak sembunyikan sesuatu. Sudah hampir sebulan akak menanggung kesakitan. Mujurlah saya mengambil keputusan untuk mengambil lesen di Shah Alam pada cuti penggal ketika itu (atas nasihat ma). Berada di sisi akak, barulah saya tahu yang akak sering sakit di bahagian kanan abdomen. Dari satu klinik ke satu klinik si suami membawa isteri tercinta. Namun, keadaan akak tetap sama. Jalan terakhir, akak ke SJMC untuk melakukan full medical check-up. Terbukti, hasil keputusan daripada CT scan akak, terdapat 2 biji batu yang agak besar di dalam hempedu. Atau dalam bahasa perubatannya gallstones. Atas nasihat doktor, kata sepakat dibuat. Pembedahan perlu dilakukan dalam masa yang terdekat.


17 Mei 2008… Tarikh akak akan dibedah. Ma sampai dari Kelantan. Syamil yang baru memasuki 7 bulan seolah-olah sangat memahami kesakitan yang ditanggung umi nya. Tak banyak kerenah dan keletahnya sentiasa membuat kami tergelak. Benarlah kata orang, anak merupakan kurniaanNya yang tak ternilai. Abg Mat tak putus-putus memberi kata semangat untuk akak(akak memang penakut…heeee). Disebabkan ma memang tak boleh bersendirian di hospital(ma masih tak dapat lupakan saat-saat bersama ayah di wad ICU HKL 13 tahun lalu), saya dengan sukarela menawarkan diri untuk menemani akak di SJMC. Ma menjaga Syamil di rumah. Manakala Abg Mat menjadi driver yang sentiasa menunggu untuk berkhidmat 24jam.


Pagi 17 Mei, telefon akak dihujani panggilan daripada adik-beradik yang lain. Ucapan selamat penguat hati moga semuanya berjalan lancar. Kak Ya di Perak tak henti-henti meluahkan kekesalan tak dapat bersama-sama menemani akak. Kak Ya sememangnya manja(walau dah menjadi ibu kepada 6 cahaya mata..huuuuu). Saya sempat bertemu akak sebelum dia dimasukkan ke bilik pembedahan. Ketika itu, hanya seorang yang dibenarkan menemui pesakit untuk satu masa. Saya memberi laluan untuk Abg Mat bertemu akak terkebih dahulu. Ma berada di bilik menunggu bersama cucunya. Sebaik sahaja Abg Mat keluar, saya masuk menemui akak. Wayar yang memenuhi tangannya membuatkan hati saya sebak. Ada air mata yang mengalir di pipinya.


“Adik, akak takut…” Lalu, saya kesat air matanya. Kalau diturutkan kemanjaan saya, hujan air mata akan melimpahi bilik itu. Namun, saya kuatkan hati semata-mata untuk mengalirkan semangat buat akak. Saya nekad untuk tidak sekali-kali menangis.


“InsyaAllah, tak ada apa-apa kak. Sikit je. Doktor akan buang batu tu, lepas ni OK lah. Lepas ni akak bolehlah jadi chubby, tak cekeding dah. Baru lah boleh lawan Syamil, “ pujuk saya sambil menyapu air mata di pipi akak. Walau hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu, saya hadiahkan akak senyuman yang paling manis. Akak tersenyum…


“Adik keluar dulu ye. Good luck, kak. Adik tunggu akak dengan Syamil masa akak keluar nanti tau.” Dahi akak saya kucup.


Detik yang berlalu terasa amat lambat. Syamil saya layan dengan penuh rasa sebak. Saya bisikkan padanya,


"Syamil tak booleh nakal-nakal. Kita sama-sama doa Umi cepat keluar dengan selamat ye." Dan dia seakan mengerti tiap bait kata-kata saya.


Di bilik menunggu, kami bersembang dengan sebuah keluarga yang anaknya berada di wad ICU. Mengalami demam yang teruk di PLKN. Hati saya terdetik....


'Allah duga setiap hambaNya dengan dugaan yang berbeza. Namun, itu semua tak pernah menunjukkan kebencianNya melainkan hanya KASIH SAYANG daripada yang bernama PENCIPTA.'


Alhamdulillah, setelah menunggu beberapa jam, akak keluar dari bilik pembedahan. Seperti yang dijanjikan, Syamil saya rapatkan ke muka akak untuk dicium. Saya faham betapa rindunya akak pada zuriat yang dikendongnya ke mana sahaja selama 9 bulan itu. Syamil ketawa. Menzahirkan rasa yang sama pada ibunya=) Syukur padaMu, Ya Allah…


Kami berkongsi segala-galanya. Saya merupakan satu-satunya adik buat dirinya.


“Akak tak pernah rasa adik dah dewasa. Akak sentiasa rasa adik akak ni adik yang kecik-kecik dulu…”


“Kalau macam tu, sampai bila-bila lah adik tak boleh kahwin. Macam mana kalau sekarang ni ada orang yang nak pinang adik??” Saya memang gemar menyakat akak.


“Janganlah cakap macam tu. Akak dah rasa sedih ni. Macam terlalu awal untuk akak lepaskan adik.” Dapat saya lihat perubahan riak di wajahnya. Rasa bersalah pula saya.


“Heee… Gurau jela. Macam budak kecik akak ni. Malu dekat Syamil tau..” Akak tersenyum mendengar kata-kata saya.


Teristimewa buat akak….. ADIK SAYANG SANGAT AKAK!!!!



~Buat kalian yang tidak mempunyai kakak… Tak apa. Nanti dapat ‘kakak ipar’ yek.. heeee

7 comments:

taQi said...

eh??
da sem akhir eh?

~candlesky~ said...

buat taQi:
~ akhir sem & sem akhir = xsama kan makna 2??huuu

taQi said...

ooo...misunderstanding...sorry

passerby said...

erkk..lepas baca entry ni..terus rasa nak balik kampung jumpa adik-adik.anak sulong macam saya takkan berpeluang mendapat kakak le gamaknya...tapi takpe..adik-adik yang membesar bersama-sama,hidup senang susah,suka duka bersama-sama insyaAllah dapat mengisi kekosongan 'kakak' yang ada..hehe..dan mudah-mudahan adik-adik saya yang perempuan terutamanya mampu berfikiran dan berakhlak seperti saudari...dan mungkin lebih baik dari itu...doakan ye.

~candlesky~ said...

buat taQi:
~no worries=)

buat passerby:
~insyaAllah...passerby akan dapt merasa kasih sayang kakak ipar nanti=) ameeen.. sudah pasti adik2 passerby mampu menjadi jauh lebih baik drpd sy. Memiliki pembimbing sulong yg penuh dgn ksh syg tentu sekali menjadi inspirasi buat mereka. All d besh 4 u^_^

Shidah said...

kiniey... tulislah novel suatu hari nnt, mesti laku hehe.. :)

syg kiniey :)

~candlesky~ said...

buat someone to be:)
~huuuu...pernah terlintas. Ada jugak dah mula sikit-sikit, tapi terhenti satu muka surat je..heee. Kalau betul-betul serius, kini kena banyak lagi pergi bengkel penulisan=) Banyak lagi kena belajar..

syggg shidah jugak;) + windu...uhuuu