Thursday, March 1, 2012

Kelayakan: pandai masak

Salam yaumul الخميس 

kredit kepada tupatrocinio.com :)


Boleh tak saya nak wujudkan kriteria macam ni?

Mencari:
--> Lelaki bujang yang PANDAI MEMASAK (bukan mahir, tapi cukup sekurang-kurangnya dapat menguasai teknik masak tomyam/ singgang ikan). 
Jika berminat, bolehlah menghantar emel kepada saya untuk mengetahui syarat-syarat yang selebihnya. Calon yang layak akan disenaraipendek bagi menghadiri temuduga tertutup :)

Ini berikutan telah menjadi hampir satu keperluan pada zaman metropolitan ini untuk wanita turun ke medan kerjaya, tidak lain dan tidak bukan bagi memenuhi tuntutan hidup yang seribu macam.  

Oleh kerana saya seorang pelajar lepasan institusi dalam negara yang menuntut satu cabang ilmu yang melayakkan graduannya menjadi seorang dietitian atau dalam BM nya 'pegawai pemakanan,' maka mana mungkin untuk saya merelakan suami dan saya sendiri makan makanan 'cap kedai' setiap hari. Ohhh sungguh tinggi kandungan minyak, garam, perasa dan sebagainya. 

Kalau rasa tak mampu nak wujudkan kriteria ni, bekerjalah dengan bersungguh-sungguh agar si isteri dapat menjalankan tugas memasak sepenuh masa :))

[bajet hot!]

p/s: Ini hanyalah alasan yang boleh dicipta oleh sesiapa sahaja. Kalau isteri nak sediakan bahan-bahan untuk masak tu pagi-pagi sebelum pergi kerja, dan lepas balik kerja terus masak, mustahilkah? Hendak seribu daya, tak hendak boleh buat seribu gaya. Renung-renungkan ;)

8 comments:

cik misi said...

tidaklah mustahil nak sediakan brg2 masak tuh, yang mustahilnya, sanggup tak nak kurangkan masa rehat setelah seharian di opis..uh... sungguh, susah sangat... uh! walo apaun, cuba untuk menjadi yang terbaik~~

~candlesky~ said...

wewiiit!! cik misi yg bakal menjadi mummy :)) haaa.. tau takpe. so, kena saling consider la kan? kiranye relevan la kan kriteria ni? kan kan kan? ^_______^

cikdietitian said...

kini kite sokong. relevan!! moga diluluskan di parlimen lol.

Mohd. Ramadan Bin Ab.Hamid said...

Demand skg ea... Dah ikut gaya bos nampaknya... Lepas setahun, bolehlah digelar 'Miss perfectionist'..

p/s: Tak semua pilihan makanan diluar tinggi garam/ minyak/ perasa... Jadilah pengguna bijak.. :D

~candlesky~ said...

cik dietitian: yeah! ada penyokong! ^^ sonok2!! kini akan berjuang habis-habisan untuk masa depan kita bersama. [ahaks!]

~candlesky~ said...

madan: yang baik, tak salah kita ambil as pelajaran kan? lagipun mana boleh bagi can kat awk je jadi 'mr perfectionist' sekian lama ;p saya budak baru belajar.. amatur lagi. kikiki

p/s: ouh tidakla dianggap bahawa SEMUA makanan di luar itu tinggi minyak/garam. tp, 'most of them' yg 'berharga patut' agak tinggi kandungan perasa itu. lagipun, kita tak tahu cara penyediaan tu mcm mana. masak--> both good for 'food security' and 'food safety' ;) [tajuk yg awak tak fahm tu ;p]

Nizam Alais said...

Now, how do I leave my email to be processed further for the interview? Is CV needed as well? :P

~candlesky~ said...

A.Nizam:

You can send the email through my yahoo account ;P About the CV, depends on your creativity, you can choose any 'unique' way to show me your talent, and don't forget to HIGHLIGHT the cooking experience ;))