Hari ni saya nak berkongsi cerita. Cerita ni saya dengar tika menuju ke tempat kerja, di IKIMfm. Ustaz memang akan bagi cerita-cerita motivasi pagi untuk setiap pendengar jadikan semangat meneruskan rutin harian. Ceritanya lebih kurang begini:
Di sebuah tempat, ada seorang pemuda yang begitu bertuah hidupnya, terutama rezeki di bidang kerjaya. Boleh dikatakan semua rakan di tempat kerja mengaguminya, dia disayangi bos, mudah mendapat kenaikan pangkat, kerja-kerja yang dilakukan sangat disukai majikannya.
Kemudian, hartanya menjadi berlimpah ruah. Dia mempunyai ibu, isteri dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata. Hidupnya lengkap. Namun, tak lama selepas itu, isterinya mula merungut yang dia semakin tidak mempunyai masa untuk anak-anak apatah lagi buat diri si isteri. Adik-beradik dan ibu pemuda ini mula merasakan dia sombong kerana sudah lama tidak pulang menjenguk mereka. Malah, kadangkala pemuda ini merasakan peluang untuk memanjakan dirinya sendiri pun hampir tidak wujud, dek kesibukan tugas-tugasnya.
Lalu, dia mula mencari seseorang untuk menceritakan masalah dan mendapatkan nasihat yang sebaik-baiknya. Akhirnya, dia mendengar bahawa di sebuah kampung, ada seorang ahli cendekiawan. Tidak berlengah, pemuda ini terus pergi ke rumah cendekiawan itu. Sesampainya di hadapan rumah, pemuda itu terpegun melihat sebuah rumah yang tersergam indah. Halamannya bersih dan cantik dihiasi taman. Sungguh indah. Lalu tidak berlengah, dia memberi salam dan mohon untuk bertemu dengan si cendekiawan tersebut. Rupa-rupanya orang yang menyambutnya di depan pintu adalah orang yang dihajatkannya. Tanpa berlengah, terus dinyatakan tujuan kedatangannya. Tidak seperti kebiasaan adab tuan rumah menyambut tetamu dengan menjemputnya masuk, cendekiawan itu meminta pemuda ini melakukan sesuatu terlebih dahulu. Semangkuk susu diberi kepada pemuda itu.
"Nak, ambillah susu ini dan pakcik minta kamu untuk mengelilingi rumah pakcik ini. Tapi ada satu permintaan pakcik, janganlah sesekali susu ini tertumpah sepanjang perjalanan kamu."
Setelah pemuda itu faham akan segala arahan cendekiawan itu, maka dia mula lah membawa susu itu dengan berhati-hati. Sepenuh tumpuan diberikan untuk susu itu supaya tidak tumpah. Selesai tugas yang diamanahkan, pemuda itu kembali bertemu dengan si cendekiawan. Hebat! Tak setitik pun susu itu tumpah.
"Syabas, nak. Nampaknya kamu berjaya melaksanakan permintaan pakcik. Jadi, bagaimana kamu rasa pabila melihat halaman rumah pakcik? Burung merak yang pakcik pelihara sekian lama tu hadiah daripada kawan pakcik, burung nuri yang di tepi kolam tu adalah burung kesayangan pakcik, bunga bakawali yang di sebelah sangkar burung merak itu sangat susah untuk ditanam. Bagaimana? Cantik tak haiwan dan bungaan yang kamu lihat itu?"
Pemuda itu terdiam lalu berkata, "Maafkan saya pakcik. Saya tidak perasan akan semua yang pakcik nyatakan itu tadi. Saya hanya ingin memastikan susu itu tidak tumpah."
Ahli cendekiawan itu menjawab, "Tak apalah. Kalau begitu, kamu bawalah susu ini dan pergilah menikmati keindahan itu. Tapi pastikan apa yang pakcik pesan sebelum ini masih ditunaikan, jangan tumpahkan susu itu."
Pemuda itu mengangguk dan meneruskan perjalanannya. Kali ini, dia menggunakan sepenuh peluang untuk melihat segala keindahan yang dinyatakan cendekiawan itu tadi. Barulah dia sedar, rupa-rupanya halaman rumah itu jauh lebih cantik daripada apa yang dilihatnya sewaktu mula-mula sampai di pintu pagar tadi. Setelah habis mengelilingi rumah itu, dia kembali kepada cendekiawan tersebut.
Alangkah terkejutnya si pemuda sewaktu menyerahkan susu tersebut. Susu itu telah tumpah!
"Anakku, begitulah hidup ini. Kamu takkan mampu untuk hidup dengan aman jika kamu mengabaikan hak lain yang sepatutnya kamu tunaikan, sedangkan kamu mampu melakukan yang terbaik dalam memberikan hak yang kamu fokuskan. Hidup ini penuh dengan tanggungjawab, pikullah ia dengan sebaik-baiknya, jangan terlalu mengejar sesuatu sehingga kamu lupa yang kamu sudah melepaskan apa yang ada dalam genggaman. Kesilapan itu adalah lumrah dalam kehidupan, namun manusia yang berguna takkan mengulangi kesilapan yang sama beruaang-ulang."
Lantas, pemuda itu mula faham akan nilai hidupnya yang sedikit tersasar, menjadikan dirinya sering tidak tenang dan gundah.
Dalam kesesakan lalulintas di Lebuhraya DUKE itu, saya mendapat sesuatu. Syukran, ustaz :)
balance it! (image from here) |
After all, moral of the story is:
- Don't be too workaholic! Especially for a woman, the ultimate full time job is as a wife and mum, no matter how good your position in the workplace :) and of course the 'servant of HIM' is still and will forever remain as number 1 :)
- Learn to say 'NO' to the things you cannot afford to. It's OK to show you have your own limit, and I really mean it :)
- Nothing is perfect. Come on dear, we are human. Just do your best, okeh!
- Last but not least, balance your life. We need each other :))) [kahwin lah]
Panjatkanlah hamdallah kerana Allah masih sudi kurniakan 'roh sementara' dan 'jasad tak kekal' yang kadangkala kita anaktirikan mereka untuk disyukuri.
p/s: Andai pemuda itu boleh balance kan hidupnya, tidak mustahil susu itu takkan tumpah walau dibawa dalam keadaan dirinya menikmati keindahan rumah cendekiawan itu kan?
4 comments:
sangat-sangat memuhasabahkan diri ini, thanks sist.. :)
Terkesan -_-'
Kak Hernie:
~ u're most welcome, akak shomel! ^^
Anony:
~ saya pun terkesan jugak masa dengar tu. sama-sama kita muhasabah diri :))
=)
Post a Comment