Sambutan Tahun Baru. Di kota metropolitan ni, meraikan berlalunya 365 hari disambut dengan pelbagai ragam. Lebih-lebih lagi bagi saya yang bekerja di Bukit Bintang (ketika itu) atau nama lainnya 'segitiga emas', sememangnya jalan raya sangat lah sesak. Tambahan lagi, kami di Prudential perlu stay sampai tengah malam untuk year-end closing, lagi-lagi lah dapat saksikan pelbagai ragam muda-mudi zaman moden ni. Saya sebagai gadis kampung mestilah sangat jakun melihat kemodenan mereka. Kalau Ma saya tengok, agaknya mesti Ma berat hati nak lepaskan anak dia kerja kat bandar gergasi ni, walaupun Kuala Lumpur bukanlah sebesar mana jika dibandingkan kota-kota negara lain. Tapi, sayangnya saya tak dapat lihat macam mana meriahnya keadaan menjelang detik 12 tengah malam. Sebabnya? Bos saya bagi balik awal! [Hoooorayy] Saya yang memang sangat-sangat perlukan balik awal tu, Alhamdulillah tak melompat depan Bok! Bok ni bos saya. Ketua untuk bahagian saya. Ramai lagi bos-bos besar yang terus berjaga di pejabat kesayangan mereka itu.
Sebenarnya saya perlu bergegas ke Ipoh. Akak hanya menunggu saya pulang sahaja untuk bertolak dari Shah Alam. Dan sudah pastilah bukan dia yang menjadi pemandu, tetapi si abang ipar yang terus-terusan memegang jawatan itu. Akak saya tak ada lesen. Apatah lagi lesen, belajar memandu pun sempat belajar sampai Gear 3 SAHAJA. Alasan 'cikgu garang' sentiasa diberi walaupun dia sedar tanpa cikgu itu siapalah dia nak pergi ke mana-mana. Alamatnya kalau nak pergi klinik ambil MC pun, naik bas lah jawabnya ;)
Oh ya, pasal nak pergi ke Ipoh. Penting sangat untuk terus bertolak malam tu kerana keesokan harinya atau pada tanggal 1 Januari 2012, kami nak pergi memetik bunga di taman. Anak buah saya akan bertunang! Anak buah yang sama baya dengan saya, opps silap! Saya lebih muda beberapa bulan daripada dia. Tapi salam tetap cium tangan ok. Pangkat tu penting! [Kak Ya yang cakap, bukan saya. heee] InsyaAllah, kata Kak Ya, paling lama setahun tempoh pertunangan tu. Seronok menjadi ahli rombongan yang diberi layanan cukup mesra. Terima kasih, pihak keluarga bunga yang telah dipetik :)))
Buat Piji--> Jangan kahwin awal sangat. Tunggu Ciksu dan Kakak dulu! heeeee
Dari kiri: Abg Mat & Akak, Piji (dah jadi tunang orang), C'su, Nor, Ajim & Syamil |
p/s: Saya sentiasa harap insan-insan yang terdekat dengan saya cepat-cepat naik pelamin ^^
No comments:
Post a Comment