Bismillah walhamdulillah :)
Kali ni saya nak terus bercerita tentang cerita yang baru sahaja saya dengari pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke tempat mencari rezeki. Bimbang terlupa. Salah satu kelemahan saya, agak pelupa.. Maka, ini adalah salah satu caranya; terus mencatat :) Begini kisah yang saya dengar itu:
Di sebuah kampung, ada seorang pemuda yang bekerja sebagai pemecah batu-batuan. Setiap hari dia berpanas dan bermandikan peluh bagi mencari sesuap nasi. Di tengah panas yang terik itu, dia terfikir:
"Alangkah hebatnya si matahari ini. Mampu membuatkan manusia berpeluh dan kepanasan dengan bahangnya. Andai aku menjadi seperti matahari itu, ohh gagahnya aku."
Namun, tidak lama selepas itu, pemuda itu melihat ada sesuatu melitupi si matahari. Awan. Wah, awan itu dapat memebri teduh yang mendamaikan. Sungguh hebat si awan. Maka pemuda itu merasa sungguh betuah andai dia ditakdirkan menjadi awan.
Sedang asyik memerhatikan si awan, tiba-tiba si pemuda melihat ada sesuatu yang membelah awan itu. Ya, gunung. Nampaknya, ada yang lebih hebat jika dibandingkan dengan si awan. Jadi, pada fikirannya adalah lebih baik andai dirinya dapat menjadi si gunung yang hebat itu, mampu membelah awan.
Namun, pemuda itu tiba-tiba tersentak. Dia terlihat seseorang yang sedang memecahkan batu-batu gunung tersebut! Sungguh gagah insan itu!
Nak tahu tak siapa manusia yang gagah perkasa itu? Tak lain dan tak bukan, DIRINYA sendiri. Ya, bukankah dia si pemecah batu-batuan? Dia takkan mampu menjadi matahari, awan, mahupun gunung. Kerna dia diciptakan sebagai manusia :))
Oleh yang demikian,
| BE PROUD OF YOURSELF |
p/s: Kadangkala tanpa sedar, kita menafikan hak diri sendiri untuk merasa syukur dengan apa yang ada. Hanya dengan cuba menjadi seperti insan yang kita kagumi.
No comments:
Post a Comment