Itu pilihan. Bak mentimun dan pisau di tangan. Mampu 'dikerjakan' mengikut pilihan hati. Tatkala ramai yang merasa kemeriahan di tengah hiruk-pikuk dan gelak-tawa sanak-saudara, mungkin ada yang sedang kesunyian dalam senyuman mekar terukir di bibir. Maka, berpadalah dalam bergembira, jua berduka. Korbankan apa yang mampu dikorbankan. Semampu mampunya. Walaupun perasaan sendiri. Hakmilik diri kita tanpa perlu melibatkan orang lain. Namun, apalah salah jika pengorbanan diri sendiri yang mengetahui selain Maha Agung itu dilakukan demi mengukir senyuman di zahir dan hati insan lain? Apatah lagi jika insan itu adalah insan yang paling disayangi.
Senyum :)
Monday, October 21, 2013
Sunday, May 5, 2013
Bukan senang
Nak berjaya bukan senang. Nak mengekalkan kejayaan lebih bukan senang. Nak bersyukur dengan kejayaan, nampak macam senang tapi sejauh mana benar-benar senang itu? Atau syukur yang dilahirkan dengan senang itu belum syukur yang sebenarnya?
Berjaya memiliki. Tak kisah memiliki apa sahaja. Apa sahaja yang diingini. Mungkin ia/dia merupakan impian kita sejak alam pengajian, tika memiliki itu takkan mampu kita nekadkan apatah lagi realisasikan. Namun, mungkinkah syukur itu lahir dalam bentuk penghargaan tika ia/dia sudah berada dalam pautan, atau sekurangnya sudah di sisi mengurangkan beban?
Ini antara persoalan yang seringkali menjengah minda. Moga persoalan ini hadir bersama-sama dengan rahmat Tuhan.
Healing is a matter of time, but it is sometimes also a matter of opportunity. [Hippocrates]
*ia/dia membawa maksud yang sama dalam penggunaan Bahasa Melayu sebenar; merujuk kepada manusia. Namun dalam entri ini, saya mewakilkan ia sebagai benda dan dia sebagai manusia.
Wednesday, March 20, 2013
Jangan ada.
Untuk mereka yang sedang bersedih dan merasa kehilangan, saya tujukan dua buah lagu ini. Antara lagu yang saya suka. Kedua-duanya penuh dengan makna. Konklusinya, jangan pernah bersangka buruk dengan aturanNya. Kita sentiasa ada sahabat penenang jiwa. Kalamullah :)
Monday, March 11, 2013
Sunday, February 17, 2013
Terima kasih, cikgu.
"Sakini, nanti masa rehat jumpa cikgu, ye."
Mata saya terkebil-kebil.
"Kenapa cikgu??"
"Tak ada apa-apa sangat. Tapi, nanti jangan lupa ye cari cikgu. Kalau tak ada kat bilik, tunggu dekat luar pejabat cikgu."
Terdengar sahaja deringan loceng waktu rehat, saya bergegas mencari cikgu. Cikgu Sayuti, di biliknya. Bilik PK HEM tika itu. Cikgu sedang asyik membuat kerja. Lantas pintu diketuk.
"Haa, Sakini. Masuk, masuk."
Saya melangkah masuk dan berdiri di hadapan mejanya.
"Duduklah."
Usai duduk di bangku empuk itu, terkeluarlah soalan dari bibir ini.
"Ada apa, cikgu?"
Wajah saya direnung cikgu.
"Awak belum pergi kantin ke?"
"Belum, cikgu. Lepas ni saya pergi." Senyuman saya ukirkan buat cikgu.
"Awak belum pergi kantin ke?"
"Belum, cikgu. Lepas ni saya pergi." Senyuman saya ukirkan buat cikgu.
"Sakini nak tinggal dengan saya tak?"
Saya terkebil-kebil memandang cikgu.
Saya terkebil-kebil memandang cikgu.
"Nanti balik, awak tanya mak awak ya. Cakap cikgu ajak awak tinggal dengan cikgu."
Saya hanya termenung dan mengangguk sedikit. Sebelum keluar rehat, cikgu sempat menghulur beberapa keping duit kertas RM1. Saya menggeleng, namun cikgu tetap menyuakan, memaksa tangan saya menyambut huluran itu.
"Buat belanja masa rehat, ya."
"Terima kasih, cikgu."
Hanya itu yang mampu keluar daripada bibir ini. Ma sudah bekalkan duit belanja pagi tadi. Masih ada di dalam poket. Malah Ma memang tak pernah gagal membekalkan duit belanja buat saya dan akak setiap hari untuk ke sekolah.
'Tak apa lah. Nanti boleh simpan.'
Sampai sahaja di rumah petang itu, saya bergegas mengadap Ma.
"Ma, tadi Cikgu Sayuti bagi adik duit."
"Yeke? Baiknya cikgu tu. Murah rezeki dia buat baik dekat anak yatim. Nanti adik simpan duit tu." Ma senyum memandang saya.
"Yeke? Baiknya cikgu tu. Murah rezeki dia buat baik dekat anak yatim. Nanti adik simpan duit tu." Ma senyum memandang saya.
"Lepas tu, cikgu suruh adik tanya Ma, boleh tak adik tinggal dengan dia?"
Wajah Ma berubah. "Adik nak duduk dengan cikgu ke?"
Saya menggeleng laju. "Adik nak duduk dengan Ma, dengan Akak. Adik dengar orang cakap cikgu tak ada anak perempuan. Sebab tu agaknya cikgu ajak adik duduk dengan dia."
Ma mengukir senyuman. "Nanti adik cakap elok-elok ya dekat cikgu, bagitahu Ma sunyi kalau anak-anak Ma tak ada dengan Ma."
Kata-kata Ma dibalas dengan anggukan saya.
Esoknya selepas selesai sesi pengajaran Bahasa Melayu, saya berjumpa Cikgu Sayuti di luar kelas. Bimbang didengar rakan-rakan lain. Berhati-hati saya menyampaikan kata-kata Ma, bimbang cikgu terguris. Cikgu hanya tersenyum dan mengangguk mendengar penjelasan saya.
"Tak apa." Hanya itu yang dijawab cikgu.
Sebelum berlalu, cikgu sempat mengusap kepala saya.
*****
Peristiwa pada usia saya 9 tahun ini masih segar dalam lipatan ingatan saya. Walau kini Cikgu Sayuti telah berada di sana kembali mengadap Penciptanya, jasa dan kebaikan cikgu untuk saya sentiasa saya doakan moga berganda-ganda ganjaranNya buat cikgu.
Budi yang baik dikenang jua~~
Ma mengukir senyuman. "Nanti adik cakap elok-elok ya dekat cikgu, bagitahu Ma sunyi kalau anak-anak Ma tak ada dengan Ma."
Kata-kata Ma dibalas dengan anggukan saya.
Esoknya selepas selesai sesi pengajaran Bahasa Melayu, saya berjumpa Cikgu Sayuti di luar kelas. Bimbang didengar rakan-rakan lain. Berhati-hati saya menyampaikan kata-kata Ma, bimbang cikgu terguris. Cikgu hanya tersenyum dan mengangguk mendengar penjelasan saya.
"Tak apa." Hanya itu yang dijawab cikgu.
Sebelum berlalu, cikgu sempat mengusap kepala saya.
*****
Peristiwa pada usia saya 9 tahun ini masih segar dalam lipatan ingatan saya. Walau kini Cikgu Sayuti telah berada di sana kembali mengadap Penciptanya, jasa dan kebaikan cikgu untuk saya sentiasa saya doakan moga berganda-ganda ganjaranNya buat cikgu.
Budi yang baik dikenang jua~~
Wednesday, January 30, 2013
Cahaya Kebaikan
Bismillah..
Sekarang ni musim kenduri-kendara. Walimatul-urus, majlis pertunangan mahupun kenduri meraikan maulidur-rasul. Maka di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut ulangpurnama yang ke-5 menjadi insan yang pernah disarungkan cincin tanda telah 'dicop' :) Istimewa buat ratu di jiwa En. Rinaldi, Puan Hasanah. [31 Ogos 2012 - 31 Januari 2013]
Tergerak hati untuk mencoretkan sesuatu buat diri insan yang istimewa di hati saya ini pabila membelek telefon tercinta yang dah 4 tahun menemani hidup saya. Lepas tekan-tekan, terjumpa lah 'nota' yang masih belum dipadam.
Senarai barang-barang untuk majlis bahagia akad nikah Sanah! ^^,
Semua barang dapat dicari di Jalan TAR sahaja, kecuali yang paling bawah tu! |
Kenapa ini coretan tentang majlis pertunangan? Sebab saya suka sangat suasana malam tu. Rasa macam ala-ala menyorokkan puteri dalam masa yang sama mahu mengenali siapakah putera tersebut. Eheeee. Ni kali pertama kami nak jumpa En. Rinaldi! Dan juga, masa ni Cik Karimah yang sedang berjuang di bumi Glasgow kini masih belum menaiki penerbangan. Inilah kali terakhir mereka bersua muka sebelum Cik Karimah meninggalkan bumi Malaysia. Mama Wa pula? Sedang sarat mengusung heronya yang gagah perkasa! Wa tetap ada di mana sahaja kami berada, dekat dalam hati :)
Ini adalah antara koleksi gambar yang saya sangat suka:
Muka penuh pasrah kononnya :p |
Kesian mereka, semangat jumpa Ipad! |
After all, we are so grateful for you, dear :) |
Ceria kan muka ibu ayah? ^^, |
Buat Sanah,
Sebelum ni, kita selalu cakap kalau Allah izinkan, nak dapatkan pasangan yang dapat sentiasa timbulkan suasana macam 'kita' sering lalui. Boleh 'bidas-membidas' dan 'patah-mematahkan' segala gurauan. Alhamdulillah, Allah makbulkan untuk Sanah dan Wa. E dan Nabil ada karakter tu :)) Baik sungguh Dia kan? Moga Sanah takkan pernah lesu untuk menjadi bidadari penghibur hati dunia akhirat buat seorang suami. InsyaAllah penyeri-penyeri akan menyusul dalam rumahtangga kalian. Ameen, Ya Rahman.
Monday, January 7, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)