Tuesday, January 12, 2010

Ohhh..Memang patut


Nak jadi mak yang baik, kena jadi anak yang baik dulu=) Sebab tu Ma dapat jadi dirinya sekarang. Sebab berdasarkan semua cerita Ma, Ma memang anak yang sentiasa 'melekat' dengan arwah nenek saya. Apa yang saya sedar, bukan senang untuk 'survive' pada zaman kehidupan Ma... Dan saya, sudah semestinya sangat beruntung mempunyai kesempatan untuk berada dalam pengalaman itu, walau hanya menjadi pendengar setia...

*****

SEKOLAH

"Ma dulu, pergi sekolah bawa bekal. Biasanya Mok Ma (nenek saya) masak pulut + ikan masin. Kiranya duit dah tak bawak. Tapi yang sedihnya bila masuk waktu rehat je, Ma tengok kat bawah meja mesti dah tak ada. Ada sorang budak laki yang selalu berhingus curi."

"Eiii... Jahatnya!! Kenapa Ma tak pergi ambil balik je dengan dia??" Saya mengerutu sendirian.

"Ma tak berani. Dia tu suka buli orang."

"Dah tu, Ma tak makan la??"

"Ikat perut jela. Tunggu balik rumah makan nasi yang Mok masak." Ma menghadiahkan senyumannya buat saya.

"Tapi dah rezeki dia. Dia dapat jadi askar." Ma menyambung.

Saya hanya terlopong. Membayangkan perut saya tak akan mampu bertahan tanpa menjamah satu makanan pun untuk waktu rehat di sekolah. Ma lagi la. Pergi sekolah jalan kaki. Lebih kurang 2km. Jalan bukannya bertar. Lecak sana-sini. Saya yang pernah merasa berjalan kaki untuk pulang ke rumah (sebab saya tak nampak arwah Atuk yang tengah tunggu dengan motor + basikal pancit: bila dah bawak basikal ke sekolah) memang boleh disimpul muncungnya usai menjejakkan kaki di pintu pagar rumah. Itu pun boleh dikira dengan jari sebelah tangan kuantitinya. Inikan pula Ma yang setiap hari berulang-alik dengan kasut yang hanya sepasang. Hidup penuh cabaran...


KEHIDUPAN SEHARIAN

"Rumah ni dulu tak ada air paip. Kena angkut air jauh. Nak basuh pinggan, masak nasi, rebus air... Semua kena angkut. Perigi yang ada sekarang ni pun, arwah ayah yang upah orang buat lepas kahwin dengan Ma."

Segera saya teringat perigi yang dalam kawasan bilik air rumah saya. Boleh bayang tak perigi ada dalam rumah?? Huuu.. Kalau orang yang tinggal kat kampung boleh bayang agaknya kan. Tapi kalau yang biasa hari-hari nak tengok ayam yang tengah berjalan pun susah, memang kena datang rumah saya kalau nak tengok=) Air dari perigi tu sangat segar dan nyaman. Dan yang paling penting, tak tercemar. Sebab perigi tu tertutup. Ada bumbung. dah nama bilik air kan, takkan lah terdedah pulak. Walau macam mana pun, mungkin susah sikit kalau main bayang je semua tu kan. Cik Kebaikan dan Cik Bisikan Rahsia dah pernah berkunjung ke rumah saya. Mesti mereka dapat bayangkan=)

Memang senang kalau tiba saat tak ada air paip. Kan ada masa-masa kecemasan yang buatkan kita sakit kepala kalau tiba-tiba air paip tak ada kan? Bagi saya, semua tu tak ada masalah. Cuma kena bekerja kuat sikitlah untuk ambil air tu guna timba. Tapi, Ma dulu lagi susah. Dahla kena ambil air dari perigi untuk kegunaan semua kerja, pulak tu bukannya dekat. Jauh.... Lepas tu, kalau nak masak nasi, kena cari kayu api. Cari, kumpul banyak-bayak.... Senang untuk digunakan kalau tiba-tiba hujan. Kayu api mesti tak dapat dicari sebab basah kan?

Semua tu tak masuk lagi part nak proses padi.

"Dulu, semua buat sendiri. Tak ada beli je macam sekarang. Nak dapatkan beras tu, kena ada banyak proses untuk tukarkan dari padi kepada beras. Dan semua tu bukan guna mesin serba guna macam sekarang."

Semua tu dilakukan secara manual.. Diulangi.. MANUAL.. Huuuu.. Saya berpeluang tengok macam mana rupa 'penumbuk beras' yang kena gunakan kaki untuk angkat kayu besar yang berfungsi mcm 'lesung batu.' Alat tu ada kat bawah rumah (rumah kayu ada tiang). Tapi, saya tak berpeluang tengok macam mana proses menghasilkan beras secara manual. Sempat tengok alat yang dah tak digunakan je. Masa saya balik ke Kelantan, Atok memang ada tanam padi (tanah tu kat depan rumah saya). Tapi, bukan Atok yang tanam, dia upah orang lain. Sebab Atok dah tak segagah dulu. Masa tu, menuai dah guna mesin. Dah tak guna tangan macam dulu. Memang seronok kalau difikirkan kehidupan Ma. Tak payah nak ke hulu ke hilir bazirkan masa. Jadual seharian penuh dengan aktiviti. Semuanya bekerja dengan tekun untuk meneruskan hidup. Bukan meraih wang semata seperti hari ini. Memang tujuannya untuk meneruskan hidup, tapi cara survive tu lain la kan=) Hidup penuh cabaran....


KAKAK

Ma anak yang sulung. Dari 5 beradik. Kalau campur dengan yang sebapa, semuanya 7 orang. Dulu, Mok sangat bekerja keras. Bangun je pagi-pagi, terus siapkan makanan untuk anak-anak nak ke sekolah. Juga bekalan untuk dibawa ke tempat mencari rezeki. Lepas tu, terus turun dari rumah ke tempat menoreh getah. Balik je dari tempat yang penuh dengan khazanah nyamuk tu, Mok bersiap untuk ke bendang pulak. Dengan Atok. Memang jadual tugas mereka sentiasa penuh.

Lepas Ma balik dari sekolah, membantu ibu itu adalah tugas rutin.

Malam, lepas Maghrib, Ma pergi mengaji ramai-ramai. Biasanya, ada lah yang jadi 'hantu' kat pertengahan jalan. Saje nak usik budak-budak perempuan. Mereka ni lari la lintang pukang. Seronok saya dengar cerita Ma=)

Masa umur Ma sedang menjengah alam remaja, Mok pergi buat selamanya. Waktu tu, Maksu (mak sedara saya yang bongsu) baru je 3 @ 4 tahun. Maksu tak sempat nak rasa kasih sayang seorang Ibu. Sedih kan? Kakak-kakak dan abang-abang lah yang mencurahkan kasih sayang buat si adik. Ma berhenti sekolah. Bekerja untuk adik-adik. Akhirnya, Alhamdulillah Pak Muda saya dapat ke Maktab Perguruan setelah menghabiskan zaman sekolah menengah nya di Sekolah Alam Shah. Tiap kali nak hantar Pak Muda naik bas, Atok mesti nangis. Sedih lepaskan anak belajar jauh dengan bekalan yang tak seberapa. Dan Ma?? Terus membanting tulang untuk adik-adik tersayang...T_T... Murninya perjuangan seorang kakak, kan??


******

Inilah serba-sedikit kisah hidup wanita cekal yang sentiasa mengalirkan ketabahan buat saya. Apalah sangat dugaan saya setakat tak larat nak hadapi semua kerja yang disusuli dengan seribu kemudahan jika nak dibandingkan kehidupan Ma yang penuh dengan kegagahan hati seorang wanita. Tu tak masuk part berjuang membesarkan anak sendirian setelah kekasih hati dijemput Ilahi lagi. Insaf seketika....

Jadi, saya kena lah jadi anak yang baik untuk pastikan saya diberi peluang untuk menjadi seorang Mama yang sentiasa menjadi penawar untuk anak-anaknya. Semuanya tak semudah kata, kan. Tapi setiap ibadah itu bermula dengan NIAT=) Ini niat saya. Nak didik anak-anak dengan menjadi madrasah yang terbaik buat mereka. Ameeeen..


~Sebab banyak sangat aktiviti fizikal lah penyebab orang Kelantan zaman dulu susah dapat Diabetes walaupun kerap makan manis kan.. Huuuuu


Tuesday, January 5, 2010

Cari...

Kekadang perasaan kita bercampur-gaul. Pernah rasa tak macam tu?? Tu tandanya 'dah lama.' heee.. Dah lama apa?? Dah lama Allah rindukan rintihan dari hambaNYA. Tak rindukah kita pada Dia?? Of course ada kan perasaan tu. Cuma kita perlu GALI. Walau sedalam mana, CARI, jangan sekali-kali LARI. Hadapi... Apa jua situasi...

Masa tahun saya nak duduki PMR, akak tengah sakit. Maka dengan sebab itulah saya keluar dari menjadi penghuni ASPURI Dato' Ismail. Kerana?? Saya tak mampu nak tahan diri saya untuk tidak rasa apa-apa pabila Ma sembunyikan banyak perkara yang berlaku kat rumah. Salah satunya, pokok durian yang betul-betul kat tepi tangga rumah saya tumbang. Masa tu, hanya Ma & arwah Atuk yang ada. Ribut petir... Akak masih di Kolej Kejururawatan Taiping waktu itu (sebelum akak terpaksa melepaskan apa yang digenggam dengan kesihatan yang tak mengizinkan). Dan saya??? Hanya dikhabarkan berita itu oleh jiran yang tinggal di depan rumah saya. Ma hanya mendiamkan diri. Pulang ke rumah hujung minggu itu, saya menangis semahunya. Dapat saya bayangkan macam mana keadaan mereka (Atuk tengah sakit masa tu)... Alhamdulillah, Dia pelihara Ma & Atuk. Masa kejadian, kedua-duanya di bahagian tengah rumah. Pokok durian tu hempap bahagian ruang tamu rumah saya.

Jadi, berada di rumah (tak lagi tinggal di asrama) memerlukan saya mempunyai semangat yang bukan hanya dapat dicari di celah-celah buku yang saya pegang setiap hari. Setiap kali melihat akak menanggung kesakitan, hanya satu yang mampu saya lakukan...

"Ada sesuatu yang Allah janjikan. Sabarlah, jangan biarkan ketabahan ini pergi. Ada kebahagiaan di depan sana." [sambil tangan ini menggosok dada sendiri]



Saya ingin terus begitu... Dan harapan saya semua sahabat saya juga dikurniakan rasa sebegitu...

~SABAR, jangan sekali-kali dirimu menjauh dari diri ini.....