Monday, April 26, 2010

Senyum=)

Mampu tak kalau hati kita dah benar-benar terluka, tapi masih tersenyum gembira??? Senyum yang benar-benar melahirkan kepuasan?? Mampu tak?? Jujur.... Saya tak mampu. Dan jika senyuman itu terukir, itu adalah pemujuk rasa, pengusir segala duka nestapa. Dan di kala itu, doa ibu dipohon. Moga bicara tanpa hijab dengan Pencipta nan Esa itu mampu mengembalikan ketenangan yang sentiasa diharap untuk bermaharajalela. Pernah tak, hati kadang-kadang jadi gundah gulana?? Percayalah... Itu petanda ia memerlukan tempat untuk meluah rasa. Pilihlah tempat yang paling setia, tidak ada kata 'sibuk' walau sedetik cuma. Itulah Dia, Yang Maha Perkasa...

Senyumlah walau sepahit mana hati merasakannya...

Itu harapanku...
Buat diriku.. Dan dirimu...
DULU, KINI & Selamanya...

=)

Friday, April 2, 2010

Award=)

Sedang mata khusyuk [mengantuk lebih tepat;p] menatap nota, seseorang telah membuatkan saya tersenyum.. Ohh.. Terima kasih Adik Aimi =) @ mula saya kenali dengan harirah09..heeee.. YM menemukan kami. Tak sabar nak tunggu kehadiran Aimi dan rakan-rakan Allied nya yang lain. Sebelum Akak melangkah meninggalkan bumi UIA, InsyaAllah kita sempat bertemu mata.. Ameeen=)

Eh, tapi ada 'kerja sekolah la'... Heee..

1) Thank and link the person who gave you the award.
2) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3) Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4) State 7 things about yourself.


Saya dengan ini sangat berbesar hati untuk memilih:


7 perkara pasal saya yek?? Emmm.. [tiba-tiba rasa macam tak kenal diri sendiri..heee]

1. Saya ialah Ciksu [bongsyu la tu..heee] dengan 21 anak buah [ni point utama!;p]
2. Saya suka BLUE.. Sangat suka tengok SKY=) Tenang je rasa kan??
3. Saya sangat penakut akan serangga kecik [belalang, lebah, pepatung dan seumpama dengannya]. Tak bermakna saya berani akan binatang-binatang besar dan buas..huuuu
4. Saya suka tulis diari masa kecik-kecik [tapi tak pernah konsisten setiap hari]

Tiga lagi.. Saya tak tahu dah nak tulis apa ni.. Huuu.. Emmmm...

5. Saya ada 4 cincin setakat ni^_^ [Tiga Abg Min bagi, 1 Maksu bagi..heeee]
6. Saya akan rasa sejuk seluruh badan kalau orang marah-marah... Then tachycardia. Lepas tu akan berusaha supaya 'tak hujan'...huuu. Plzz jgn marah saya yek. Tegur xpe=)
7. Lastly [yea!!], saya harap sangat dapat jadi Mama yang baik suatu hari nanti. Baik yang sebenar-benarnya sebagai madrasah untuk anak-anaknya. Doakan saya ye^_^


Heee.. Selamat menyiapkan kerja sekolah!! Kalau taknak buat pun dimaafkan=)

ERTI~

Maaf... Maaf... Maaf...

Hanya itu yang mampu kupinta..
Andai kehadiranku hanya meninggalkan parut pedih di hatimu...
Mahu atau tidak, aku perlu! Kejam, sinis.. Akukah itu??
Memang sukar untuk mengerti..
Kerna aku sendiri masih cuba mencari sebuah ERTI...

Ke mana lagi mampu dihamburkan sesak di dada ini???
Tunjukkan daku Ya Allah...
Tunjukkan...

Ya.. Hanya itu yang aku rindui...
Leraikan segala belenggu yang menghunus hati...


Thursday, April 1, 2010

Seronok kan??=)

Saya sungguh gembira. Baru mendapat berita yang Kak Ngah, sepupu saya [sama umur: penting ni..huuu] selamat melahirkan baby girl - Tahniah Ngah^_^ Nama baby tu Nur Syahidatul Arissa=) Dah tua dah makcik ni.. Dah jadi mak orang pun. Heee. Masa kecik-kecik dulu, saya rapat sangat dengan Kak Ngah. Kak Ngah ni anak Pak Ngah saya [adik ma merangkap anak sulung laki atok saya].. Ingat lagi masa mula-mula saya balik Kelantan, kalau ada je Pak Ngah sekeluarga nak pergi mana-mana [contohnya: pantai, air terjun, jalan-jalan], mesti mereka datang ambil saya sekali. Seronok sangat... Saya tahu Pak Ngah nak saya lupakan kesedihan saya. Dan dia nak saya sedar yang ramai orang sayangkan saya walaupun saya dah hilang kasih sayang seorang ayah. Sedih la pulak tiba-tiba kalau ingat budi Pak Ngah & Mak Ngah. Banyak sangat... Akan saya kenang hingga akhir hayat...=) Tahniah sekali lagi Angah!!! Tahniah juga buat Tok Ngah & Nek Ngah... Heeee


~Tiba-tiba rasa 'lain macam.' Kak Ngah dah jadi ibu di usia 23 tahun..[adakah ini cemburu..??huuu] *wink3*