Pertanyaan bukan menunjukkan yang saya sudah menghadiri kursus tersebut. Cuma berfikir untuk mengambilnya sebelum menamatkan alam Ijazah ini. [errr.. Sempat lagi ke?] Maknanya, nak ambil dalam masa terdekat. Bukan juga menunjukkan 'tarikh penting dalam hidup seorang anak dara' itu telah tersedia. Cuma, rasa teringin nak menghadiri setelah mendengar pelbagai ulasan yang positif daripada teman-teman yang telah berkesempatan menggenggam 'sijil penting' itu.
Tapi, saya tetap nak rasa 'mood bakal pengantin' masa menghadiri kursus tu. Sebab tu lah wujud pertanyaan sebagaimana tertera di atas. Yelah kan, kalau saya pergi sebelum bergelar graduan, maknanya, sebelum pertengahan tahun 2011 menjengah. Kalau kahwin 'bukan dalam masa terdekat [tak nak sebut lambat ;p], ada kemungkinan ilmu kursus kahwin tu dah tak segar dan nyaman. Huuuu... Sebab tu lah, tiba-tiba saya terfikir. Ada tak orang yang ambil kursus kahwin lebih daripada sekali???
Tapi kalau lah jodoh tu sampai dalam masa terdekat*wink*... Tak payah tanya la soalan kat atas tu kan. Heeeeee
~Harapnya tak adalah pelik sangat pemikiran saya ni. Tapi, kalau orang anggap pelik pun tak apa. Saya suka. Maknanya saya UNiK ;) [errr]
6 comments:
tak boleh.. =p
ye ek? memang ada syarat daripada jab agama islam ke?
utk kini je..
haha boleh je kan mama. sebab adik salu terfikir nak buat camtu
alah kalu org lain xbuat kini la org 1st buat..kan unik namanya.hehe.tp kan best gak kalu gi 2 kali tambah ilmu beytmuslim..hehe..kena gi tempat berbeza (cadangan je la)
kalu jodoh sampai awal tu..jgn lupe habaq mai org jauh ni ye=)
tak awai dah tu zaty..nak grad da dia :)
Post a Comment