Wednesday, November 3, 2010

Kain sarung

Bismillahirrahmanirrahim.

Kali ni saya nak berkongsi tentang cerita yang bermula dari bilik. Bukan dekorasi bilik atau warna tema yang menghiasi bilik. Sebab bilik saya kat rumah tak ada warna tema pun. Kat hostel ni je penuh dengan BILU..heeee. Satu hari, masa tengah cuti universiti [menggantikan istilah cuti sekolah], saya masuk ke bilik Ma [bilik saya juga masa kecik-kecik ;D]. Saje nak tengok baju-baju lama saya masa zaman sekolah. Baju asrama, baju pengawas... Semua Ma simpan dalam almarinya. Sambil bukak almari, ma belek lipatan kain-kain selain baju yang tergantung.

"Ni batik Jawa Ma yang paling last. Ma baru je jahit minggu lepas."

Batik jawa merujuk kepada kain sarung. Tapi setahu saya batik Jawa ni memang antara kain sarung yang mempunyai tarafnya tersendiri kalau nak dibandingkan dengan kain-kain sarung yang lain. Biasanya, batik Jawa ni akan dipakai masa nak pergi majlis-majlis kecil-kecilan kat kampung [yang tak memerlukan warga emas pakai baju kurung]. Sekarang ni memang susah nak dapat dah.

Saya merenung wajah Ma, sambil menyambut huluran kain sarung tu. Cantik. Hitam warnanya, dengan bercorakkan bunga keemasan :)

"Ayah yang beli tu dulu. Ada 5 pasang semuanya. Sekarang semua Ma dah pakai."

Bayangkan. 5 helai kain sarung Ma mampu guna secara berperingkat dalam masa 15 tahun -_- Saya tengok kain yang lain tu pun masih elok. Masih nampak baru. Yela, Ma memang basuh guna tangan. Tahan lebih lama katanya.


Lalu, kesempatan ke Pasar Kedai Payang sempena Conference on Wellness di UniSZA, Terengganu pada 23-26 Oktober yang lepas sangat bermakna buat saya. Bukan saya tak pernah ke Terengganu. Yelah, sis-in-law memang orang sana. Memang kerap jugak saya ke sana. Tapi ke Pasar Kedai Payang tu amatlah susah. Abang Min bukanlah orang yang suka ke tempat yang sangat bukan senang nak mendapatkan parking ni. Huuuu...


Sambil memilih baju kelawar yang buatkan saya rambang mata [rasa nak beli semua je..heeee], memang saya mencari kain sarung buat Ma. Alhamdulillah, jumpa jugak kat satu kedai ni yang akak penjual tu sangat baik hati :) Sanggup bagi penjelasan panjang lebar pasal kain sarung. Itu amatlah penting bagi saya yang dhaif pasal hal-hal kain sarung ni. Saya tahu pakai je. Tu pun semua yang Ma, Akak & Mak angkat kat Langkawi yang bagi. Huuuu.

"Akak, kain sarung batik Jawa ada tak?"

"Tak de dik. Sekarang memang dah tak ada. Ni kain batik Terengganu."

Saya teringat. Ma pun selalu sebut kain sarung Terengganu. Kiranya antara top jugak la. Heeee. dan satu yang saya belajar, orang Terengganu panggil kain sarung dengan 'kain batik' :) Tangan saya mula membelek satu persatu kain yang tersusun.

"Adik nak yang mana satu? Ada yang benang 3 lapis, 4 lapis & 5 lapis."

"Errmmm.. Yang paling elok yang mana?"

"Yang 5 lapis ni. Sebab dia paling tebal. Kalau pakai, memang tak berbayang. Kalau yang benang nipis ni, pakai untuk kat rumah boleh lah."

"Kalau yang 5 lapis tu berapa?"

"28 ringgit. Tapi kalau adik nak, akak boleh bagi 25."

Akak tu memang mempunyai senyuman manis :) Saya yang mula-mula nak beli satu, terus tertawan hati nak beli dua. Lagi pun, memikirkan Ma yang dah tak ada stok kain sarung baru, apa salahnya kan? ^___^ Sekarang ni tak sabar nak menunggu saat dapat bagi Ma kain sarung tu. Nak balik raya!! Kena siapkan final year project ni. So wahai cik adik, jangan malas!!!! Grrrr... [nak gigit diri sendiri kalau gagal dalam misi ini]

1 comment: