"Cha.... Jom!" [agak menjerit sedikit]
'Owh.. Cik Sanah pun ada kat sini.' [dalam hati]
Saya terpandang akan dua sandal [cap: mahal] yang sama. Memang tu milik Tuput + Asbob.
"Ye.."
Suara je yang kedengaran, tuannya tak keluar jugak.
"Tak siap mekap lagi ke? Jom cepat! Abang Min dah nak sampai."
Kalau tak dikerah, memang macam tu Cik Tuput tu. Slow and steady katakan [konon;p]
Abang Min akan bermalam di Kuantan. Kak Da, Haziq dan Hazim pun ada. Dan yang paling penting, Ma pun datang. Sebab tu lah saya tak teragak-agak untuk menjawab "Nak!" untuk mesej Abang Min pada malam sebelumnya yang bertanyakan keinginan saya untuk bermalam di hotel bersama-sama mereka. Sebab nak borak-borak dengan Ma :) Pagi esoknya kami akan ke Maran [bukan Marang ye], menghadiri majlis penuh bahagia sepupu saya. Anak kepada Makcik, adik Ma yang ke-tiga selepas Pak Ngah dan Pak Muda. Jadi, alang-alang Ma dah datang ke Kuantan, saya ajak mereka makan bersama. Boleh jugak mereka jumpa Ma kan. Dan Abang Min pun ambil kesempatan, mintak saya terus datang dengan kereta mereka. Tak payah dah lah dia datang masuk UIA nak ambil saya. Bijak betul abang sorang tu ;p
"Tadaaa.."
Muncul sesuatu dari belakang Wawa.
"Happy birthday to you.. Happy birthday to you.... [dan sampai habis]"
Dan ini lah 'sesuatu' yang saya maksudkan itu.
Sedih masa captured gambar ni sorang-sorang dalam bilik-_-
Tak tergambar perasaan saya masa tu. Sungguh! Saya langsung tak sangka. Patutlah Cha terkejar-kejar nak keluar lepas habis clinical briefing. Tak sempat saya nak tanya dia nak pergi mana. Sanah pun dengan tak bersalahnya bagitahu yang dia 'dah kirim' makanan masa saya mesej nak makan sama-sama atau saya belikan apa-apa untuk lunch. Rupa-rupanya 'ini' lah projek mereka. Geram + Sebak -_-
Cantik kan kotak ni? Sangat ladies :)
Saya dengan sangat bersemangatnya nak bukak tengok apa ada kat dalam. Tapi dah ada tertera AMARAN kat situ:
siap ada cop lagi tu
Tidak semua perkara mampu dibaca oleh semua insan. Namun, saya percaya hati yang bersatu dengan ikatanNya mampu memahami setiap apa yang terpendam hanya melalui mata yang sepasang itu. Itulah kuasa persahabatan :) Jadi, walaupun saya tahu mereka sudah terlalu mengerti bahawa saya sangat menghargai 'harta duniawi' (kotak + isinya) pemberian mereka ini, saya perlu luahkan sesuatu kepada 'harta ke akhirat' (mereka) agar ia menjadi kenangan yang takkan saya lupakan. Ohh.. Betapa banyaknya kenangan bersama mereka sebenarnya. Takkan dapat dihitung...
Buat Cha, Sanah & Wa:
~...................[speechless]. Ok, saya kena juga cari ayat yang tulus murni.
Ehem...
~ Hadirku, walau bukan menjadi ratu di hati kalian, sedhaifnya, kuharap mampu menjadi penawar secebis luka yang pernah wujud tanpa diduga. Moga tiap doa yang dihulurkan buatku, yang lebih baik daripada itu Dia kembalikan buat kalian. Andai ada kala yang menghadirkan kesesakan jiwa, moga secipis kenangan bersamaku mampu mengukirkan senyum di bibir kalian. Terima kasih, walau itu sudah terlalu biasa didengar, ku harap "TERIMA KASIH" ini mampu sampai dengan perasaan yang lahir bersamanya. Terima kasih, sahabat-sahabat :) ~
Hajat di hati saya untuk memaparkan entri ini tepat pada 5hb Disember. Namun, memikirkan bahawa adanya kemungkinan saya berada di tempat yang taliannya tidak mengizinkan, saya 'release' kan entri ini lebih awal :)
Dan ketahuilah. Sesungguhnya saya sangat menderita untuk menunggu 'Hari Dibenarkan Membuka' kotak itu ;p
3 comments:
Bila di depan, hati ini kebal..di belakang, hati ini selalu rindu. sentiasa.
walau jarak dan waktu memisahkan, daku masih mahu, mahu cuba jadi sahabat terbaik mu..terbaik kerana keimanan ini. keimanan di hati kita. biarlah itu yang menyatukan segala ikatan..
Tuhan..ku serahkan Dia dalam jagaanMu..kerana masa telah mencuri ruang dari kami untuk saling menjaga, jarak telah memisahkan jasad kami dari terus memelihara antara satu sama lain
Andai diriku pergi,
Tinggalkan mu sendiri,
Usah kau sedih,
Usah tangisi duga dari Ilahi..
Redhai Perbuatanku..
terimalah kasih sayangku
dan TERIMA KASIH atas anugerah persahabatan ini..
p/s: terima kasih mama tu, sangat terserap dalam jiwa..sayang selalu :)
oh ye, memang penat kami nak larikan diri daripada mama memandangkan kita...
SENTIASA BERSAMA...
p/s: sampaikan wawa ajar suh bohong sunat jap, pastu mintak maaf balik..haha
da tiba masanya! ;)
Post a Comment