Thursday, November 11, 2010

Tahniah sayang :)

Keputusan UPSR dah diumumkan. Alhamdulillah, tahun ni seorang anak buah sahaja yang dah berjuang. PMR tak ada. SPM pun tak ada.. Tahun depan ada. Heeee. Tiap-tiap tahun, masuk je tahun baru mulalah meraba-raba di dalam kotak ingatan ni, anak buah yang mana satu akan berjuang. Huuuu. Maklumlah, nak ingat semua perkara untuk 21 orang tu memang takkan termampu. Sebab tu lah kadang-kadang ada yang merajuk sebab Cik Su tak ingat birthday diorang. Uhuk.

Ampun, sayang-sayang sekelian. -_-

Cik Su perlukan reminder baru. Sebelum ni, semua tarikh lahir anak buah saya ada disetkan di telefon bimbit. Telefon Nokia model 750i. Sampai sekarang masih ada. Tapi tak lagi digunakan. Bukan sebab rosak. Tapi bateri yang 'kong.' Ditambah dengan dapat telefon baru. *wink* Terima kasih Abang Min ^^,

Jadi, disebabkan ada telefon baru, maka maklumat dalam telefon lama tu tidak lagi dapat diterima sepenuhnya. Maknanya, saya kena ambil satu masa untuk belek satu persatu dan salin balik semua 'peringatan' tu. Bab tu yang liaaaat sikit. Heeeeee..


Tapi, kali ni saya tak terlupa. Untung juga sentiasa kemaskini Facebook ni. Berita terbaru dapatlah juga saya terkena tempiasnya. Huuuu.. Semalam tahu yang keputusan UPSR nak diumumkan hari ni. Jadi, pagi-pagi lagi saya dah bersiap-sedia untuk mesej mama dan papa kanak-kanak yang terlibat :)

'Alhamdulillah, Mimi dapat 5A.'

Mesej daripada kakak ipar saya terima setelah mesej yang dihantar kepada abang tidak menerima sebarang balasan. Busy man lah katakan.. ;p Masa dapat mesej tu, saya terus tersengih macam ni ^______________^


Tahniah Fatin Syamimi Saidi :)
Tahniah juga Mama & Papa yang besarkan Mimi :)
Moga Mimi terus berjaya dunia akhirat.. Ameen.
InsyaAllah, nanti Cik Su pos adiah ye..^^, [dari pagi tadi fikir nak bagi apa tapi tak datang lagi 'tanda mentol' tu]

Gambar Mimi+Pijah (Mimi pakai baju warna oren)

Gambar 3 tahun lepas. Maknanya, masa ni Mimi umur 9 tahun dan Pijah 7 tahun :) Pijah ni puteri bongsu Kak Ya saya [kakak kat Perak]. Kalau tak silap, ni gambar yang mereka ambil sehari sebelum majlis gilang-gemilang perkahwinan Akak[umi kepada Syamil].


p/s: Mimi memang power! Cik Su dulu dapat 4A 1B je. Uhuuu

4 comments:

Nadirah said...

tak pe, kalau cik su dpt 5A mst cik su dah terbang ke oversea.. tak duduk UIA =P

~candlesky~ said...

Errr..g oversea dengan result SPM kan?;p
C'su mmg takleh nak g oversea.nak apply pun takleh.tok ma tak sanggup nak lepas g jauh-jauh.huuuu

As said...

poyo lah che su! result SPM die bole apply medic =p

~candlesky~ said...

uish..c'su tak sehebat dak-dak leh apply medic ;p
lagipun medic tu kan telah di'......' oleh kita ;)
[rahsia!]