Hari ni 1 Januari 2011. ~010111~ Harapan saya pada awal tahun ini, saya mampu menamatkan pengajian dengan hati yang puas. Macam mana nak puaskan hati sendiri? Usaha semaksimum mungkin. Supaya hasil yang akan diperoleh nanti tidak akan diiringi dengan kekecewaan. Kalau dah usaha sehabis mampu, barulah tawakkal boleh menyusul kan :) Moga tahun yang baru bukan hanya membuahkan azam baru, tetapi lebih jauh dari itu mampu memberi daya untuk merealisasikan segala yang mahmudah. Ameen Ya Rabb.
Sekarang saya dah berada di Kota Bharu, berumah sewa dengan Kak Mariah. InsyaAllah akan terus berumah di villa ini hingga penghujung Mac. Pagi tadi Ma masak Gulai Ikan Duri :) Semalam pergi beli lauk kat Tok Bali. Sambil menunaikan janji kepada Muiz, nak bawa dia pergi pantai. Kami duduk-duduk je tepi pantai. Ombak kuat sangat. Masa tu tengahari Jumaat. Mula-mula rancang dengan Ma nak pegi ziarah kubur arwah ayah. Kat Tumpat. Dah lama sangat tak pergi. Tapi, pagi Jumaat tu hujan turun dengan sangat lebat. Nampaknya musim tengkujuh masih belum puas membuat kunjungan. Jadi, rancangan ditangguhkan buat sementara waktu.
Sentuh pasal ikan duri, Ma bagitahu yang dulunya memang dia tak makan pun ikan ni. Ma memang tak makan ikan sungai, atau orang Kelate panggil 'ikan darat' yang terdiri daripada (contoh: ikan keli, ikan haruan, ikan patin dan banyak lagi ikan yang saya tak tahu nama ;p) . Tapi nak dijadikan penyebab Ma boleh makan ikan ni adalah SAYA! Ya, saya yang membantu Ma makan ikan ni walaupun masa tu saya masih tak jengah dunia ni. Heeee. Ma mula rasa nak makan ikan ni masa ma mengandungkan saya ^^, [bangganya] Saya sekarang ni makan semua jenis ikan. Maknanya takdelah yang saya nak mengidam makan ikan yang saya tak makan nanti. Cuma satu jenis makanan yang saya masih tak dapat terima sampai sekarang walaupun menjadi kegemaran ahli keluarga saya yang lain ialah TEMPOYAK.. Uhuuuu.
1 comment:
hehe. adik tak reti lagi nak makan ikan pelik2 macam keli etc.. :D
Post a Comment