Saturday, January 8, 2011

Udang Besar

Hari Khamis yang lepas hujan sangat lebat masa nak balik rumah. Lepas balik dari Hospital Raja Perempuan Zainab II, kami terus bersiap untuk pulang ke rumah. Hari Khamis, waktu pulang pukul 3.30 petang. Lepas mengharungi kesesakan lalu-lintas yang amat [sebab hujan tak henti dari pagi], kami bertolak pulang sesudah solat Asar. Malam tu, saya tidur di rumah Kak Mariah. Sebab dah lama sangat Mak Kak Mariah ajak tidur kat sana. Kebetulan pula hujan turun tak henti-henti yang memungkinkan ada jalan tak boleh nak dilalui untuk sampai ke Pasir Puteh. Rumah Kak Mariah di Selising, dalam perjalanan nak balik Pasir Puteh dari Kota Bharu. Kami sampai lebih kurang pukul 6.10 petang. Fuhhh.. Memang mencabar memandu dalam hujan lebat yang tak henti-henti. Ada satu dua tempat yang dah ada air melintas di jalan raya. Jadi, memang kena turunkan gear dan hold betul-betul masa 'membelah air' tu. Memandu kena ada penumpuan 200%. Alhamdulillah, berkat doa ibu buat anak-anaknya, sampailah kami dengan selamatnya. Malam Jumaat tu saya lelapkan mata dengan doa mudah-mudahan hujan reda untuk membolehkan diri ni balik dengan jayanya untuk bersua muka ibunda tercinta. Celik je mata pada pagi Jumaat.. Syukur padaMu, Rabb. Hujan dah berhenti :) Bolehlah saya pulang dengan suka hatinya ^^, Oh Ma...

10.30 pagi
Sampai di teratak yang menjadi saksi suka duka Ma membesarkan saya dan Akak. Seronok tengok Ma dah tunggu saya dengan setia di muka pintu rumah :) Lepas salam peluk cium Ma, terus Ma ajak masuk bilik saya. Dah tak sabar dia nak tunjukkan ole-ole yang Abang Min bawa pulang dari Surabaya :) Untuk Ma, ada kain sembahyang, kain sepasang dan kain sarung. Untuk saya, Abang Min beli purse, kain sepasang dan kain sarung. Terima kasih duhai abang ^_^ Semuanya cantik-cantik. Abang Min memang pandai dalam urusan memilih dan tawar-menawar. Sejak dulu lagi dia punyai bakat tu. Untung isteri dia. Heeee..

Lepas puas membelek, apa lagi. Terus ke dapur. Huuu. Ma masak Nasi Goreng. Tadi saya dah bersarapan Mihun Goreng di rumah Kak Mariah. Sedap betul masakan Wan (panggilan untuk Mak Kak Mariah). Tapi, tetap rasa nak makan Nasi Goreng Ma lagi. Heeeee. Makan Nasi Goreng dengan Udang Besar rebus. Udang ni bentuk dia pelik sikit. Saya pun tak tahu 'nama bandar' untuk udang ni. Tapi, Ma panggil 'udang ketok.' Sungguh menjilat jari.. Nyuuumii. Ma cakap Abang Min yang beli masa balik hari tu. Cerita Ma, arwah ayah memang sangat gemarkan udang ni. Kalau pergi makan kat restoran, mesti dia tempah masakan udang ni. Saya yang memang tak pandai nak kopek, terus buat muka naif. Mohon simpati Ma untuk kopekkan kulit udang yang keras tu untuk saya. Huuuuu


"Macam ni.. Kita kena patahkan badan dia.."

Tangan Ma terus berusaha keras nak pastikan anak dia ni dapat merasa isi udang tu.

"Ohhh.. Macam tu."

[Terlopong] Nampak macam mudah Ma buat. Tapi, saya sangat pasti. Memang saya takkan dapat keluarkan isi udang tu dengan tangan sendiri. Heeeee..

"Dulu, arwah ayah yang kopekkan untuk kita semua.."

Saya terdiam. Wajah Ma saya renung. Tangan Ma masih asyik mematahkan badan Udang Besar itu...

Semakin hari saya semakin sedar. Kenangan bersama Ayah tak pernah berkurang dalam ingatan Ma. Cerita-cerita Ma tentang Ayah terlalu banyak menggambarkan betapa sayangnya Ayah akan kami dan betapa dalamnya cinta Ma buat si suami. Ohhh...

[al-Fatihah buat ayahanda tercinta]

2 comments:

and me again,,hehehe (chaaa) said...

huhu, T_T bile bace nih...

~candlesky~ said...

jangan..banjir kedah nanti!!!