Wednesday, April 27, 2011

Hold on!


Kiniey, close your eyes and just do the corrections. We are almost there, just a few tiny bits to settle.
Taking this opportunity to say congratulations in advance =). Good luck in whatever areas you choose after this.

All my prayers and best hopes are with you.


~ Received these full-of-courage-words from my guider :) Really appreciate it! And I pass these sweet words for all my friends too. Gambateee!!! ^^,


Tuesday, April 12, 2011

Bukan dia yang selayaknya

Pagi ini, saya bangkit dari perbaringan dengan suatu rasa. Sukar untuk diungkap. Lalu terbaca coretan ini. Walau ia bukan menzahirkan rasa yang sedang berada di jiwa, moga sedikit sebanyak ia mampu memberi rasa yang berguna. Malah saya sangat pasti, andai dibaca dengan mata hati, kita pasti takkan lari daripada menjadi sebaik-baik manusia; sentiasa mengingati mati.

Islam lah yang membantu kita kekal menjadi 'waras' pabila mereka yang sentiasa berada di sisi, pergi meninggalkan diri. Lebih-lebih lagi jika itu adalah pemergian yang tak memungkinkan lagi kaki tegak berdiri. Namun, itu semua adalah kudrat Ilahi. Mahu atau tidak, ia datang menguji. Dan Yang Menguji tidak pernah dan tidak akan sekali-kali pernah salah dalam memilih insan yang mampu bertabah tanpa henti. Ya, jika anda salah seorang insan yang membaca coretan ini, saya pasti anda pernah diuji. Tahniah! Anda insan yang mampu bertabah tanpa henti. InsyaAllah, nikmat di kemudian hari pasti mampu dimiliki, andai redha itu mengiringi :) Ameen Ya Razzaq~


Ini bukan kucing saya ;)

Sunday, April 10, 2011

Menjenguk kasih

Khusyuk mengadap tv. Cerita apa? Upin Ipin!


Pon3!!



Dik, pegang abang kuat-kuat. Ada misi kita perlu buat ni.



Yeah, berjaya!




Keletihan! Isi minyak la dulu..



Inilah antara cinta-cinta saya. Haziq Danish (abang) dan Hazim Darwisy (adik). Beza umur mereka cuma setahun. Pulang ke Terengganu sebentar sementara masih berkesempatan ini. Usai peperiksaan tamat, yakni kertas terakhir untuk bergelar pelajar lulusan Ijazah Dietetik [sebak la pulak], saya menjadi co-pilot kepada Cik Fakhriah [sunggul asing nama ini ;p]. Sebenarnya, kasihankan dia. Tak ada orang nak teman [oh sungguh syahdu]. Heeee. Rancangan yang tidak tercatat dalam planner peribadi saya. Tapi, tawaran daripada cik-pilot itu sangat berharga buat saya. Terima kasih, terima kasih!! ;) Nanti dah bekerjaya[insyaAllah], peluang itu belum tentu akan sentiasa hadir.

Dah besar anak buah Ciksu ni :) Sangat senang hati melihat perkembangan si kecil. Rasa yang menghadirkan senyum jauh dari lubuk hati. Dan beruntunglah buat pasangan suami isteri yang sentiasa dilimpahi rasa ini. Pasti. Cahaya mata :) Penghias rumah tangga penuh barakah. Ameeen Ya Rabb.

~ Haziq & Hazim dah berfesyen rambut 'tak-payah-sikat.' Ringan satu kerja Umi ;)