Pagi ini, saya bangkit dari perbaringan dengan suatu rasa. Sukar untuk diungkap. Lalu terbaca coretan ini. Walau ia bukan menzahirkan rasa yang sedang berada di jiwa, moga sedikit sebanyak ia mampu memberi rasa yang berguna. Malah saya sangat pasti, andai dibaca dengan mata hati, kita pasti takkan lari daripada menjadi sebaik-baik manusia; sentiasa mengingati mati.
Islam lah yang membantu kita kekal menjadi 'waras' pabila mereka yang sentiasa berada di sisi, pergi meninggalkan diri. Lebih-lebih lagi jika itu adalah pemergian yang tak memungkinkan lagi kaki tegak berdiri. Namun, itu semua adalah kudrat Ilahi. Mahu atau tidak, ia datang menguji. Dan Yang Menguji tidak pernah dan tidak akan sekali-kali pernah salah dalam memilih insan yang mampu bertabah tanpa henti. Ya, jika anda salah seorang insan yang membaca coretan ini, saya pasti anda pernah diuji. Tahniah! Anda insan yang mampu bertabah tanpa henti. InsyaAllah, nikmat di kemudian hari pasti mampu dimiliki, andai redha itu mengiringi :) Ameen Ya Razzaq~
2 comments:
bertabah tanpa henti
kerana syurga menanti
insyaAllah..
ameeen ya rabb! :)
Post a Comment