'Kreeeett... Kreeeeet.'
Dah berkarat blog ni. Sungguh kasihan menjadi dirimu wahai blog. Huuu. Entah mengapa, 'mood' nak mencoretkan tu makin hilang. Lebih bermakna rasanya menghabiskan masa bersama insan-insan tersayang di rumah. Tapi, tak bolehlah macam tu kan. Blog ni pun, nanti boleh jadi tatapan buat mereka juga. Tak lupa insan-insan yang akan hadir dalam hidup ini. Suatu hari nanti. InsyaAllah :)
Jadi, saya dah putuskan.
Coretan selepas ini adalah coretan seusai saya memulakan pekerjaan.
Bila?
Hanya Dia yang punyai jawapan itu. Sebab saya pun masih bahagia dapat berada di dapur setiap waktu tengahari buat masa sekarang. Nanti dah jadi wanita bekerjaya, dah tak dapat lah nak 'berenah-enak' di rumah saat 'lunch hour' kan?
Jadi, saya nak mintak tolong ni. Tolong doakan saya ye. Agar dapat kerja cepat-cepat. Nanti bolehlah saya bagi duit raya kat anak buah yang berderet-deret ni :) Yang paling penting, ada satu misi yang paling penting untuk saya laksanakan. Sejak kecil lagi saya simpan niat tu. Sebab tu harap sangat dapat kerja seawal mungkin. Maksud saya 'formal work.' Kalau siapa-siapa bagitahu dia tak ada kerja tu, sangat lah salah. Sebab kemas rumah tu pun salah satu pekerjaan kan :)
Oleh yang demikian, doakan saya tau :) Nanti untuk coretan seterusnya, saya akan 'dedahkan' misi saya tu ^^,
Moga rahmat Allah menjadi milik kita bersama. Ameen :)