'Kreeeett... Kreeeeet.'
Dah berkarat blog ni. Sungguh kasihan menjadi dirimu wahai blog. Huuu. Entah mengapa, 'mood' nak mencoretkan tu makin hilang. Lebih bermakna rasanya menghabiskan masa bersama insan-insan tersayang di rumah. Tapi, tak bolehlah macam tu kan. Blog ni pun, nanti boleh jadi tatapan buat mereka juga. Tak lupa insan-insan yang akan hadir dalam hidup ini. Suatu hari nanti. InsyaAllah :)
Jadi, saya dah putuskan.
Coretan selepas ini adalah coretan seusai saya memulakan pekerjaan.
Bila?
Hanya Dia yang punyai jawapan itu. Sebab saya pun masih bahagia dapat berada di dapur setiap waktu tengahari buat masa sekarang. Nanti dah jadi wanita bekerjaya, dah tak dapat lah nak 'berenah-enak' di rumah saat 'lunch hour' kan?
Jadi, saya nak mintak tolong ni. Tolong doakan saya ye. Agar dapat kerja cepat-cepat. Nanti bolehlah saya bagi duit raya kat anak buah yang berderet-deret ni :) Yang paling penting, ada satu misi yang paling penting untuk saya laksanakan. Sejak kecil lagi saya simpan niat tu. Sebab tu harap sangat dapat kerja seawal mungkin. Maksud saya 'formal work.' Kalau siapa-siapa bagitahu dia tak ada kerja tu, sangat lah salah. Sebab kemas rumah tu pun salah satu pekerjaan kan :)
Oleh yang demikian, doakan saya tau :) Nanti untuk coretan seterusnya, saya akan 'dedahkan' misi saya tu ^^,
Moga rahmat Allah menjadi milik kita bersama. Ameen :)
4 comments:
takde istilah tanam anggur senanya kan mama kan kan :)
rajin2 buat kerja yg banyak di rumah :)
moga tercapai misi itu. ameen :)
yang terbaik dariNya..
moga dipermudahkan untuk misi itu! ^^,
p/s: macam tau, tapi takmo teke hehe.
memang kalau da duk kat rumah ni, macam da takmau bukak laptop da kan..huhu..bukannye senang nak dapat mase duduk2 dengan insan2 kat rumah ni..
Cik As-gagah:
~memang! kita kan boleh je tanam pape selain anggur. contohnya pisang dan ubi kayu,sangat senang nak tumbuh kan ;)
~thanks for all the du'a :) moga Allah izinkan kita bersama selamanya :)
WaZzzz [heee]:
~elesh..kini tahu wa tak tahu, sebab tu tanak teka kan [sila jangan teka ye. nanti tak surprise];p
~memang. fon pun kadang-kadang malas nak letak dekat. tapi kena la jugak tengok+jenguk kan. huuuu
Post a Comment