Alhamdulillah kepadaNya, atas limpahan rahmat dan rezeki, jodoh dan pertemuan buat teman serumah [sebilik lagi tu] yang akan tak bergelar 'budak-budak' kurang dari 10 hari lagi. Sedih bila sampai je kat rumah Rabu malam yang lepas, tengok barang-barang Mira dah banyak yang tak ada -_- Saya ke Shah Alam menghabiskan cuti Hari Wilayah bersama Ma tersayang. Sebab tu tak boleh nak tolong Mira angkut barang ke 'rumah baru' dia. Setepatnya rumah bakal keluarga baru [sebab dia akan tinggal dengan Mummy and Daddy mertua.. Heee] :) Dah tak ada orang yang akan buli saya kat bilik tu. Orang yang akan merungut letih untuk setiap pagi sebelum pergi kerja, orang yang akan sebut je pape perkataan dengan yakin dan bersemangat [walaupun memang salah ;p] dan orang yang akan sentiasa jujur dengan saya.
Semalam sebelum mata terlelap, saya dapat panggilan daripadanya. Suara penuh sebak berkongsi rasa terkilan akan perkhidmatan butik perkahwinan yang telah ditempah. Setelah melalui segala kesulitan, akhirnya Mira tak mampu untuk menanggung risiko lagi. Azam telah dinoktahkan. Menempah dengan butik lain yang mampu mengambil kira dan bertolak ansur. Walaupun dah last minute. Tak dapat saya nak gambarkan keadaan saya kalau berada di tempat Mira. Sudahlah semua persiapan diuruskan sendiri [anak sulung yang tabah!], segala masalah juga cuba untuk diminimumkan sampai ke pengetahuan mak ayah. Moga setiap kesusahanmu diiringi dengan keredhaan dan kasih sayangNya, Mira :)
Saya cuba menjadi pendengar yang setia, dengan seboleh-bolehnya ingin memeluknya dengan sedikit kata-kata yang tak seberapa.
"Tak apa, Mira. Alhamdulillah Dia sayang Mira bagi masalah ni time boleh lagi urus, bukan masa dah tak boleh nak buat apa-apa. Allah bagi mira bukan aje masalah, tapi bagi penyelesaian jugak. Biarlah Mira.. Mira ni dianaiyai, doa lah banyak-banyak. InsyaAllah Dia makbulkan. Buat setakat yang termampu. Bukan meriah yang paling penting, tapi berkat tu. Kini doakan dari jauh ye.."
Cehh.. Macam lah dah ada pengalaman urus majlis sendiri. Huuuu. Padahal memerhatikan sahabat-sahabat je. Tak apa lah, belajar sikit-sikit kan ^^
Dan sekarang...
She left me. But left for a better title, and better life insyaAllah. As a WIFE alhamdulillah :) So, I have to be proud of her.. And pray for the best happiness, now and hereafter.
Teristimewa buat Mira,
Pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.”
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru.Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua,
Berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat,
Memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam,
Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan,
Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh,
Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Khas buat Mira tersayang ^^,
People come and go, but in the end, that's life. The most vital thing, appreciate their steps into your life :)
2 comments:
Ceh memang da banyak pengalaman pun.
Tak ingat ke apa kita sembang dulu? :P
Dari KB ke pasir putih eidul fitri rituh.
Take care!
kikiki..
kl sembang pasal bab ni, dari KL ke London pun tak habis. errr sebenarnya bab pape pun kita ni kan? hiks~
Post a Comment