Monday, May 21, 2012

Ahlan wa sahlan ya Rejab

Bismillah wal hamdulillah :)

Sekarang musim adik-adik di universiti sibuk menghadam semua yang diajari sejak sekian lama. Semua dah memecut dengan gear 5 (untuk kereta manual sahaja ya). Lebih-lebih lagi untuk yang dah berada di Tahun Akhir. Semput dibuatnya! Terimbas kembali kenangan setahun lalu. Terasa baru sahaja kaki ini meninggalkan bumi UIA Kuantan. Rupa-rupanya sudah 12 purnama berlalu..

Dalam kesibukan kita membuat persiapan untuk memastikan keputusan yang terbaik mampu digapai buat tatapan ibu ayah tersayang, marilah kita untuk tidak lupa akan amalan kita yang akan dibentangkan buat Pencipta kita di Padang Mahsyar kelak. Andai esok lusa dijemput, kita pergi dengan title 'hamba yang sedang mempersiapkan diri' dan bukannya 'hamba yang sudah merasakan amalannya cukup.' Jadi, marilah kita meraikan kedatangan bulan Rejab. Pabila Rejab menjengah, maknanya Ramadhan sudah bersiap sedia untuk bertandang tidak lama lagi. Ohhh rindunya....

Moga kita sempat bertemu Ramadhan buat sekian kalinya untuk tahun ini :)) Jom amalkan doa di bawah:


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)

Psssttt.. Esok 1 Rejab. Jom puasa! ^^,

~ kredit untuk sahabat tersayang nun jauh di Mansoura :))

No comments: