Monday, May 7, 2012

Tips.

Salah satu cara yang paling ekspress untuk meningkatkan kewangan anda adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan mencari jalan untuk menjimatkan wang. Bagi kaum lelaki khususnya, wang adalah aspek yang PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan. Tips-tips di bawah sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang sedang dalam proses ke arah berumahtangga:
1. Jangan selalu beli barangan branded
Kadang-kadang, most people memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they say. Betul tu tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi anda kena ingat yang  sekarang nie, objektif anda adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin.
2. Jaga keselamatan dan kesihatan anda
Sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau anda rajin jaga kesihatan, gerenti anda boleh elakkan daripada membayar bil hospital yg terlampau tinggi tu.
3. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu
Untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang . Masa keluar ni, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama. Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Jadi, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah2, cakap kat dia “Sayang, abang nak simpan duit untuk pinang sayang…”
4. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah
Untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tahu perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ader cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dsb lagi dan bacasaja disitu. Kan jimat tu. Untuk yang suka membaca majalah hiburan pula, baca je blog gosip artis kat internet.
5. Kurangkan membeli gajet elektronik
Di zaman IT yang serba canggih ni, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dsb. Kebanyakan daripada alat-alat ni memang serius mahal. Remaja memang sangat mudah tertarik untuk beli. Jadi, untuk elak dari membeli, buat-buatlah tutup mata bila nampak gajet2 baru ni.

Ohooo.. Tips ini bukanlah rekaan saya. Ia diambil daripada catatan di sini. Bukan saya yang mencari. Ada emel yang menerjah masuk memberi tips ini. Apa salahnya kita berkongsi bukan? Tapi, saya nak olah sedikit. Catatan saya pula? Berikut merupakan sedikit ubah-suai daripada tips di atas. Bukan hanya bagi mereka yang mengumpul duit untuk berumahtangga, tapi juga untuk mereka yang mempunyai hasrat mulia yang lain. Contohnya: nak bawa ibunda dan ayahanda menunaikan Haji, nak hantar adik belajar ke luar negara, nak miliki rumah sendiri setelah berpuluh tahun hidup menyewa, nak langsaikan hutang yang makin hari makin bertimbun tapi umur makin hari makin pendek, dan juga errrr bagi yang muda belia mesti ada hasrat nak kahwin [perkataan lain untuk berumahtangga :p]
1. Jangan selalu beli barangan branded--> yang ni saya sangat setuju! Tak semua barang yang tak ada brand tu tak berkualiti. Bukan tak boleh LANGSUNG beli barangan branded ni. Pada pendapat saya, kalau barang yang boleh dipakai lama [seperti kasut, beg tangan, jam], tak salah membeli yang agak mahal asalkan tahan lama [lama: bagi saya, setahun sekurang-kurangnya] :) Tapi, bagi mereka yang bertukar barang-barang ini setiap bulan, faham-faham sendiri lah ya. Jadilah pengguna yang bijak.
2. Jaga keselamatan dan kesihatan anda--> setuju 100%. Islam memang dah menggariskan kepentingan untuk kita menjaga amanah yang Allah bagi ni [tubuh badan] sebaiknya :)
3. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu--> yang ni saya nak tukar 100% kepada 'Tidak perlu untuk dating. Dating lah setelah anda mampu hidup serumah. Jimat dan semestinya lagi manis! ' :)) Kepada pasangan yang tidak faham itu, ajaklah mereka kembali faham kenapa Allah suruh kahwin cepat-cepat kalau dah tak mampu kawal nafsu, kenapa Allah tak suruh kumpul duit dan pada masa yang sama keluarlah berdua-dua selagi mana duit tu tak cukup? Renung-renungkan :))
4. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah--> yang ni bagi saya agak betul. Kalau dah ada kemudahan internet, jangan dipersiakan dengan membuka laman-laman sosial dan gosip artis sahaja. Kata nak kahwin, maknanya nak melangkah ke alam yang menuntut lebih banyak komitmen. Banyak ilmu kena timba, bukan sibuk menjaga dan menjaja cerita yang hanya menambahkan dosa. Renung-renungkan bersama :))
5. Kurangkan membeli gajet elektronik--> yang ni saya setuju 80%. Kenapa kurang 20% lagi? Selebihnya itu untuk mereka yang betul-betul memerlukan. Contohnya: kena beli Tab untuk dibawa ke mana-mana sahaja bagi urusan kerja. Itu boleh dimaafkan. Tapi kalau dah setiap kali model telefon pintar yang baru keluar di pasaran, setiap kali tu juga lah semua orang terbeliak mata tengok penampilan kita, maknanya kena tepuk sikit kepala tu [sendiri sahaja, jangan bagi orang lain ketuk pula]. 

Itu sahaja. Sekian, terima kasih :))


7 comments:

Umm Zuhayr Mohd Fadzli said...

hehe..nice one ^_^

cik misi said...

wawah, setuju..cuma yang last tu tak berapa boleh ikut pasal jijah suka sangat membeli majalah2 dan buku. Xtau gane nak kurangkan tabiat ini.. padahal info dia sama jek cam kat tenet... tapi sudah menjadi habit kot. mambaca daripada majalah neh macam memberikan kepuasan lebih

~candlesky~ said...

nael: tengs! ^^,

jijah: haaaa.. betul! sebab tu tak setuju 100%..heeee. 1 perkara yang tak boleh dilakukan masa membaca di internet adalah membaca sambil baring ;)) [kecuali guna iPad la, tapi masih rasa lain nak banding dengan membelek helaian ;p]

Anonymous said...

kurangkan sms termasuk tak?? hehehe.. :P

~candlesky~ said...

anony: bagus. tu termasuk. malah, bunyinya lebih tepat "elakkan panggilan dan sms yang tidak penting." ;))

3p4h said...

Bagi kaum lelaki khususnya, wang adalah aspek yang PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan. Tips-tips di bawah sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang sedang dalam proses ke arah berumahtangga.

Knp lelaki??? Ahhh stress! Hahaha

~candlesky~ said...

epah: ohooo.. seriously tak berapa nak perasan part tu. memang biasa empunya badan lah yang lebih terasa kan? ;))

kena tanya pemilik blog tu kenapa lelaki. kini copy dan paste tanpa edit pape pun..heee

*tidak mahu bertanggungjawab di atas kestressan yang timbul daripada mana-mana pihak* :p