Tuesday, February 23, 2010

Biarkan~

Senyumlah...
Walau hati terluka...

Tenanglah...
Walau jiwa sengsara...

Kuatlah...
Walau kesedihan menerpa...

Kerna Dia...
Takkan membiarkan setiap suara...



Jangan terlalu diturutkan rasa hati. Kelak nanti mati. Mati hati... Hati yang tak lagi mampu membezakan dosa pahala. Nikmat dan kepahitan. Yang paling ditakuti, tak mampu lagi menyedari KASIH SAYANG Allah. Na'zubillah...

Bertahan... Sampai bila?? Sampai hujung nyawa=)

Monday, February 8, 2010

Ikutkan hati, mati~

Tak rela kuturutkan hati...
Menyesali apa terjadi...
Andainya begini suratan...
Yang tertulis di azali...

Biarlah walaupun ku sepi...
Sedih pedih dikhianati...
Aku kan tetap terus mengorak langkah...
Perjalanan ini...

SENYUMLAH duhai HATI=) =) =)





Heee...Saje tiba-tiba teringat lagu Erra Fazira ni;p [lagu kegemaran Akak tersayang]


Saturday, February 6, 2010

Kanan


"Berapa, kak??"

"Semua sekali empat ringgit lima puluh sen."

Saya mula kalut. Beg galas yang memberat, dengan kedua-dua belah tangan penuh dengan paper bag. Nak kena ambil duit dalam purse yang terisi dalam hand bag untuk bayar air + majalah Mingguan Wanita + gula-gula [bekalan keselesaan di dalam bas...heee]. Kat belakang pula ada abang yang menunggu giliran untuk membayar.

Lantas saya mengalihkan paper bag yang berada di tangan kiri untuk menumpang di tangan kanan buat seketika. Sementelah hand bag saya tersangkut di bahu kiri. Mujur ada RM5 yang terselit di tepi hand bag. Jadi tak perlulah saya membuka purse yang tentunya memerlukan usaha yang lebih. Lantas wang kertas itu dihulurkan buat Akak Penjual yang setia menanti.


Ada baki lagi 50 sen yang perlu dia pulangkan.

"Sekarang ni dah makin ramai yang guna tangan kiri. Orang dah makin lupa nak guna tangan kanan."

Saya tersentak dengan kata-kata Akak tersebut. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Saya hanya mampu tersengih kebingungan.

"Betul, dik. Kalau anak-anak muda bolehla lagi kita terima. Yela, mungkin Mak Ayah terlupa nak tanamkan amalan tu. Tapi, yang golongan dah tua pun ramai yang macam tu sekarang. Dah jadi tabiat guna tangan kiri."

Akak itu terus menambah. Sambil mengutip duit syiling sepuluh sen sebanyak 5 keping untuk dipulangkan kepada saya.

"Terima kasih banyak-banyak, kak."

Saya menadah tangan sambil tersenyum buat Akak yang telah memberi pengajaran buat saya. Saya betul-betul BERTERIMA KASIH buat Akak yang menegur=)

Walau saya benar-benar kebingungan, saya akui kesilapan itu. Tapi saya kelu untuk menjelaskan kepada Akak Penjual yang Ma tak pernah lupa untuk mengajar nilai murni itu untuk saya. Dan memang bukan menjadi amalan saya untuk menggunakan tangan kiri. Biasanya, kalau saya membeli-belah dan terpaksa menggunakan tangan kiri, pasti saya akan ucapkan sesuatu kepada Si Penjual, terutamanya masa berurusan dengan makcik-makcik kat Kelate.. [dialognya lebih kurang macam ni: "Tange kiri ni, Mokcik deh."] [Dan Makcik penjual pasti akan menjawab: "Takpo, takpo.. Trimo kasih Mek deh."] ^_^

Silap saya, saya terlupa nak bagi 'dialog biasa' buat Akak tu. Mungkin saya kalut sebab sampai kat Terminal Bas Shah Alam dah lewat, tapi saya nak jugak beli semua kelengkapan tu. Heeee...

Memberi dan menerima dengan tangan kanan.

Terima kasih, Akak Penjual=) Saya memang termenung dalam bas sepanjang perjalanan balik ke Kuantan tika itu. Saya belajar SESUATU^_^


~ Akan kembali mengulangi kenangan MEMBELI-BELAH di Kelate bersama-sama Cik Kebaikan & Cik Mawar Merah pada minggu hadapan. Ma dah tak sabar menantikan kepulangan semua anak-anaknya^_^

Tuesday, February 2, 2010

Anlene~


Saat tangan saya rancak membancuh segelas susu Anlene buat Ayah tersayang, tiba-tiba saya tergamam. Ayah yang sebelumnya terbaring lesu di ruang tamu telah berada di hadapan saya. Berlari ke dapur mendapatkan anaknya.

Tika itu, Ma ke sekolah Akak. Ada mesyuarat PIBG. Jadi, tinggallah saya berdua dengan Ayah. Dah seminggu ayah terlantar kelesuan. Ayah yang selama ini kuat semangatnya sudah tidak mampu bertahan. Penyakit 3-serangkai yang mendiami tubuh makin bermaharajalela. Nak-nak lagi, Ayah memang berkerasan menolak ajakan kami untuk ke hospital. Katanya, tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan, dia akan sembuh nanti. Kami hanya mampu akur walau dalam keadaan terpaksa.

Pesan Ma,

"Nanti tengahari, Adik buat susu kat Ayah ya. Bubuh 2 sudu susu, lepas tu bubuh air panas separuh gelas. Yang selebihnya tambah air masak tau. Nanti melecur bibir ayah kalau adik tak tambah air masak."

Memang kebiasaan Ayah lebih suka minum minuman 'panas tulen.' Maknanya, tak ditambah langsung dengan air masak. Air panas sepenuhnya. Tapi, mengingatkan Ayah perlu makan ubat, takkan nak telan dengan 'air panas mati' tu kan. Tu istilah yang selalu Ma gunakan. Kerana? Ma cakap air panas tu boleh matikan kuman-kuman. Sebab tu nama dia 'air panas mati.' Ooohhh.... Macam tu rupanya=)

Berbalik kepada permulaan cerita tadi, saya terpaku melihat Ayah yang ternyata sangat lesu itu berlari ke dapur mendapatkan saya. Agak-agaknya kenapa lah Ayah mendapat 'semangat luar biasa' itu??



































"Adik kena air panas ke??"

"Ehh... Tak ada pun, Ayah. Ni dah siap pun air Ayah."

"Ayah dengar Adik nangis tadi. Suara menjerit."

"Tu suara anak Kak Ti kat sebelah, Ayah. Gaduh dengan abang dia lah tu."

"Oh syukur..."

Terpancar kelegaan pada sinar mata Si Ayah. Serta merta sebak mula menyerbu ruang hati saya tika itu. Ayah mampu berlari ke dapur walau dia kelesuan tiada upaya untuk bangun pada asalnya. Kekuatan luar biasa yang hadir. Dari mana?? KASIH SAYANG buat seorang anak. Dan kasih sayang itu benar-benar mengalir di segenap urat nadi saya....

Peristiwa ini bukan sehari, seminggu, sebulan atau setahun. Tapi hampir 15 tahun yang lalu. Ya... 15 tahun.. Lebih daripada 5000 hari yang lalu. Namun, saya tak pernah lupakan segala riak muka Ayah tika saya masih berumur 8 tahun itu.... Ayah sayangkan saya^_^ Siapa yang boleh mengungkapkan Ayah tak sayangkan saya, saya mampu untuk merenung matanya mencari pembohongan yang nyata.

Jika diberi kesempatan untuk bertemu jodoh yang ditakdirkan buat saya, saya ingin sekali dia belajar apa yang ada pada diri Ayah. Tak perlu memarahi untuk memberi didikan. Hanya kata-kata penuh kelembutan dan bermakna yang mampu difahami oleh kami anaknya. Jiwanya gigih, segala kesusahan takkan mampu kami kesan. Semampu yang terdaya, kesakitan disoroknya daripada pengetahuan kami... Pemurah pekertinya, lebih-lebih lagi dalam ikatan persahabatan. Kata Ma, memang sikap Ayah takkan mengecewakan sahabat yang memerlukan pertolongan. Jika hanya RM5 yang berada di genggamannya, dia sanggup memindahkannya ke tangan sahabat yang memerlukan pertolongan. Begitulah perumpamaan kemurnian hati Ayah dalam berukhwah. Saya pegang setiap kata-kata Ma yang menjadi azimat untuk saya bersahabat... Maka saya tidak lagi hairan pabila jenazah Ayah dari HKL sampai di Kg Morak, Tumpat, Kelantan, rumah arwah Mok (nenek saya) dipenuhi hadirin yang sangat sedikit saya kenali, hingga ke sepanjang jalan ke Tanah Perkuburan. Ramai yang sayangkan Cg Salleh=)

Jadi, saya kena tunjukkan kasih sayang sejati untuk Si Ayah. Meraih gelaran anak yang solehah=) Bekalan buat dirinya di alam sana. Doakan moga saya mampu memberi kasih sayang itu buat dirinya ya... Ameeeen ya Rabbal 'Alameeenn...




~ Di saat ketabahan mula berkurangan dan menipis, saya ingin menggapai tangan yang penuh dengan ketabahan milik Ayah...