Saturday, February 6, 2010

Kanan


"Berapa, kak??"

"Semua sekali empat ringgit lima puluh sen."

Saya mula kalut. Beg galas yang memberat, dengan kedua-dua belah tangan penuh dengan paper bag. Nak kena ambil duit dalam purse yang terisi dalam hand bag untuk bayar air + majalah Mingguan Wanita + gula-gula [bekalan keselesaan di dalam bas...heee]. Kat belakang pula ada abang yang menunggu giliran untuk membayar.

Lantas saya mengalihkan paper bag yang berada di tangan kiri untuk menumpang di tangan kanan buat seketika. Sementelah hand bag saya tersangkut di bahu kiri. Mujur ada RM5 yang terselit di tepi hand bag. Jadi tak perlulah saya membuka purse yang tentunya memerlukan usaha yang lebih. Lantas wang kertas itu dihulurkan buat Akak Penjual yang setia menanti.


Ada baki lagi 50 sen yang perlu dia pulangkan.

"Sekarang ni dah makin ramai yang guna tangan kiri. Orang dah makin lupa nak guna tangan kanan."

Saya tersentak dengan kata-kata Akak tersebut. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Saya hanya mampu tersengih kebingungan.

"Betul, dik. Kalau anak-anak muda bolehla lagi kita terima. Yela, mungkin Mak Ayah terlupa nak tanamkan amalan tu. Tapi, yang golongan dah tua pun ramai yang macam tu sekarang. Dah jadi tabiat guna tangan kiri."

Akak itu terus menambah. Sambil mengutip duit syiling sepuluh sen sebanyak 5 keping untuk dipulangkan kepada saya.

"Terima kasih banyak-banyak, kak."

Saya menadah tangan sambil tersenyum buat Akak yang telah memberi pengajaran buat saya. Saya betul-betul BERTERIMA KASIH buat Akak yang menegur=)

Walau saya benar-benar kebingungan, saya akui kesilapan itu. Tapi saya kelu untuk menjelaskan kepada Akak Penjual yang Ma tak pernah lupa untuk mengajar nilai murni itu untuk saya. Dan memang bukan menjadi amalan saya untuk menggunakan tangan kiri. Biasanya, kalau saya membeli-belah dan terpaksa menggunakan tangan kiri, pasti saya akan ucapkan sesuatu kepada Si Penjual, terutamanya masa berurusan dengan makcik-makcik kat Kelate.. [dialognya lebih kurang macam ni: "Tange kiri ni, Mokcik deh."] [Dan Makcik penjual pasti akan menjawab: "Takpo, takpo.. Trimo kasih Mek deh."] ^_^

Silap saya, saya terlupa nak bagi 'dialog biasa' buat Akak tu. Mungkin saya kalut sebab sampai kat Terminal Bas Shah Alam dah lewat, tapi saya nak jugak beli semua kelengkapan tu. Heeee...

Memberi dan menerima dengan tangan kanan.

Terima kasih, Akak Penjual=) Saya memang termenung dalam bas sepanjang perjalanan balik ke Kuantan tika itu. Saya belajar SESUATU^_^


~ Akan kembali mengulangi kenangan MEMBELI-BELAH di Kelate bersama-sama Cik Kebaikan & Cik Mawar Merah pada minggu hadapan. Ma dah tak sabar menantikan kepulangan semua anak-anaknya^_^

2 comments:

saya said...

lawak awak ni..hehe..dan sampai sekarang menjadi amalan saya pakai kasut stat kaki kanan.buang kaki kiri.sumenya kerana rumateku sayang di sester..hehe..sayang awak sgt3!

~candlesky~ said...

huuuu...ingat lagi yek awak...xclap saya, saya bagitahu sume 2 masa kita g sek sheikh malik kan..yg nak bukak kasut masa masuk surau dia..kan3??