Bismillahirrahmanirrahim...
Satu rahsia yang perlu saya jujur kepada semua orang. [Lepas ni tak jadi rahsia dah la]... Perasaan untuk menulis @ mencoret @ berkongsi cerita saya masih seperti dulu. Cuma usahanya makin berkurang.. Huuu.. Ada sahaja cerita yang ingin saya titipkan di sini.. Tapi, tinggal dalam niat @ azam @ hasrat je... Nak bukak laptop pun malas. Bila dah bukak laptop, malas nak bukak Dashboard 'seteguhmemori' ni... Ish3.. Jangan contohi ye sikap 'pemalas' yang tidak baik ini..
Jadi, untuk pastikan yang sikap ini tak lagi membelenggu diri saya [sekurang-kurangnya kita kena ada usaha!!;)], inilah hasilnya... Perkongsian untuk kali ini...
*****
Tahun 3
Semester 1
Subjek 'Social & Cultural Issues in Food & Nutrition'
Pensyarah : Dr Zalilah (dari UMP)
Memang seronok belajar subjek ni [walaupun ramai yang cakap ngantuk sikit...saya akui sebab subjek ni kena banyak berfikir sikit pasal isu sosial]. Apa yang buatkan saya tertarik dengan subjek ni?? Pertama, Dr Zalilah... Heeeee. Saya kagum dengan beliau. Sangat pertah bercakap. Bayangkan, kalau diberi masa 3 jam pun memang dia dapat lontarkan semua idea tanpa henti.. Terbukti yang beliau bukan calang-calang orang, cukup berpengalaman dalam reseacrh. Kalau taip je 'Zalilah' kat google, memang kita akan jumpa lah banyak established paper yang beliau hasilkan... [kagum] Ok. Itu sebab pertama. Keduanya, saya agak tertarik dengan kaitan bahawa hubungan sosial banyak melibatkan makanan [macam pelik sikit terjemahkan semua ni dalam BM sebab belajar dlm BI..heee]. Bila saya timbulkan isu ni, mesti semua dah terbayang urusan business yang dijalankan di restoran-restoran mewah kan?? Ya, itulah yang kami belajar. Banyak lagi... Antaranya, macam mana taraf sosioekonomi boleh mempengaruhi nutrition status anak-anak yang membesar dan ibu-ibu yang mengandung. Andai kita betul-betul menyelam ke tempat di mana mereka berada, cabaran sebagai d real dietician itu dapat dirasakan... Masa belajar subjek ni, saya terfikir untuk terlibat dalam bidang research. Seronok jugak kan?? Tapi, tak bolehla nak jumpa pesakit hari-hari... Huuu.. [masih mencari bidang spesifik yang paling sesuai dengan jiwa ini]
*****
Semua yang saya coretkan tadi terlintas di kotak memori saya sebaik kerusi bas Mutiara ke Shah Alam saya duduki. Tanggal 2 Mei 2010. Seminggu yang lalu. Bumi Pasir Puteh saya tinggalkan. Buat ke sekian kalinya.
"Adik ni membesar kat dalam bas je kan. Dulu pergi Terengganu, lepas tu PJ pulak. Sekarang duduk Kuantan. Lepas ni tak tahulah pulak kat mana. Ma macam tak sempat nak tengok anak dara Ma membesar depan mata."
Kata-kata ma yang singgah di gegendang telinga saat Ma menghantar ke terminal bas setahun yang lalu. Benar. Saya akui tiap bicara itu pabila difikirkan semula laluan penghijrahan saya menuntut ilmu. Moga setiap persinggahan itu dilimpahi rahmatNya...
Errrr...sebenarnya saya nak bagitahu betapa beratnya beg yang saya bawak.. Penuh dengan bekalan. Bekalan daripada ibu tercinta. Tentunya makanan. Lambang kasih sayang. Ya... Kasih sayang seorang ibu. Salah satu cara si ibu mengalirkan sayangnya buat si anak - melalui makanan. Saya pasti kawan-kawan yang lain juga mengalami situasi ini. Cuma bentuk bekalan itu yang mungkin sedikit berbeza :) Macam-macam ma bekalkan. Untuk saya dan akak... Sambal ikan, sambal daging [serunding kalau orang bandar cakap..heee], karipap [ma yang buat..tentunya saya turut terlibat], keropok keping yang belum digoreng, cili yang ma tanam sendiri, ikan masin, asam keping, dan buah mangga... Ni semua setelah melalui proses penapisan oleh saya sendiri. Sebab tak muat beg.. Huuuu.
Sayu hati kan. Semua yang diberi bak pengganti dirinya. Sebab tu kalau tak habiskan makanan yang Ma beri, terasa sangat ralat... Tak sanggup nak buang. Bagai melontar kasih sayang kan?? Saya mulai mengerti bagaimana berbezanya sayang seorang ibu buat anaknya yang pasti takkan difahami dengan erti sebenarnya selagi kita belum melahirkan seorang insan bernama anak... Ohh.. Ibu..
Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.
Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang Mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka Sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah, apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita karena aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab runtuhnya dosa-dosa mereka,
meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu, ya Allah
sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku,
maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih Di antara semua pengasih.
p/s : Sejauh mana telah kita simbolkan kasih sayang buat seorang ibu?? [sama-sama kita muhasabah]
4 comments:
Social & Cultural Issues in Food & Nutrition
dengan adik skali pergi blaja ~ hehe
at least tau pasal yong tau fu tiruan :D
mama, ada karipap???? ^_____^
meh adik tolong tgk mama membesar~!
bersyukur selagi masih ada yg sayang.. =)
adik:
~huuuu.. memang adik pengikut setia la.. smapai la kita boleh jejak kat pasar malam chinese kan..terer btul.. *clap* for u :)
err...karipap?? rahsia...
[kena sorok dulu kat adik..nnt bagi trus abes..tggu at least msuk 1st week blaja dulu;p]
madan:
~selagi ada rindu...huuuuu
saya.....
menyentuh hati..teringat kenangan naek bas sama2..smuga segalanya dalam rahmat Ilahi..ameen...
Post a Comment