Seminggu telah berlalu. Alam klinikal ditelusuri. Dimulai dengan Poliklinik Beserah bersama insan-insan yang setia berkunjung mencari penawar ujian sakit daripada Nya. Ini baru permulaan. Hari ni dah mula dapat tajuk untuk final year project. Alhamdulillah semua sahabat seperjuangan pun dah dapat tajuk. Moga Allah iringi setiap kesusahan itu dengan kesedaran. Kesedaran yang ujian ini hanyalah sekelumit jika dibandingkan dengan ujian buat kekasihNya. Ya, secebis cuma. Wahai diri, kuatkan tekadmu. Ikhlaskan niatmu. Kejayaanmu sedang ditunggu...
Berkatilah ya Allah... Permudahkanlah ya Rahim... Ameeen ya Rabbal 'Alameen:)
Buat semua, Selamat Menggagahkan Diri!! ^^, Chaiyyyookk!!!
~ Hari ni dapat cakap dengan Muiz. Dia dapat nombor 2 Ujian Pertengahan Tahun yang lepas. Tahniah Iz!! [sangat gembira] :) Saya sempat menghantar Muiz ke sekolah sepanjang cuti yang berbaki selepas praktikal di HKL. Oh, terlupa pula entri untuk itu belum dibuat. InsyaAllah banyak cerita yang akan menyusul selepas ini [mudahan rajin nak gerakkan tangan kat keyboard laptop ni.. Huuuu]
5 comments:
All the best, kini!
Sememangnya menjadi final year student semangat makin bertambah. boleh dikatakan semua berubah; suasana pembelajaran yang baru,komitmen & kesibukan makin bertambah. moga semangat itu akan tetap subur sehingga ke akhirnya :)
Ganbate!!
Thanks a lot,sis. Kini pohon doa akak dari jauh.. Mcm banyak sgt benda nak kena cater.. Really missz ALL ur stories. huuu.. Nanti nak merenjis-renjis dipilis jgn senyap2 je ek ;)
My stories? cerita mana yg kini rindu tu? hehehe... nak merenjis air tak kan nak bgtau kini kot? =P
Crita akak yg sntiasa panjang lebar n xjemu didengar :) heeee... Ala, yg merenjis air bertepung tawar tu...^^,
owh, nampak sgt akak sungguh becok! sehingga mengganggu ketenteraman hidup kini. huhuhu...
insyaAllah nak merenjis air bertepung tu, akak jemput kini.pas tu kita buat lempeng atau pancake same2..peace! ^_^
Post a Comment