Sunday, July 25, 2010

Tuhan, berikan aku cinta.

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta...

Ini lirik lagu Tuhan Berikan Aku Cinta oleh Ayu Shita. Saya pun tak kenal siapa penyanyinya. Tapi yang pasti lagu ni acapkali juga saya mainkan di laptop [tapi takdela setiap kali bukak laptop..heee]. Meraih CINTA.. Semestinya cara yang paling sesuai dengan status kita sebagai hamba ialah dengan memohon, meminta atau dengan lagi tepatnya menagih. Namun, saya bukan nak berbicara tentang cinta halal si adam dan hawa [walaupun lagu ni nampak macam tu..huuuu]. Mungkin kisah seperti itu lebih menarik jika saya kongsikan pabila saya sudah memikul gelaran Puan. Jadi, sementara masih bergelar Cik ni, saya kongsikan sepuas-puasnya kisah kenangan yang tak terhitung di benak saya ini. [p/s: tidak ada kaitan dengan nak menukar status ye. Bagitahu awal-awal sebelum disalah ertikan..heee]

Saya hidup dengan cinta. Saya berjaya dengan sumbangan daripada cinta. Saya kuat kerna saya ada cinta. Ya... Cinta sangat memainkan peranan penting dalam hidup saya. Saya dikelilingi cinta yang tak pernah padam. Dan saya harap cinta itu akan sentiasa menyala.

Allah memanggil pulang cinta hati saya seawal usia 8 tahun [7 tahun 6 bulan dengan tepatnya]. Yang merupakan cinta hati, jiwa dan raga Ma saya. Saya hanya kehilangan cinta hati, namun tak perlu memikirkan cinta yang perlu saya limpahkan buat pengubat hati insan-insan yang perlu dibesarkan. Itulah lumrah peraih cinta. Hanya menghitung cinta yang datang dan pergi. Jarang untuk memikirkan cinta yang perlu dicurahkan. Begitulah saya suatu ketika dahulu....


******

'Ayah... Adik nak Ayah.. Adik teringat kat Ayah.. Ma dah tak sayang Adik..'

Air mata bagaikan hujan lebat yang tidak ada tanda-tanda akan berhenti. Gambar arwah ayah ditatap sepuas-puasnya. Lantas dipeluk penuh erat. Sambil bantal didakap sekemas-kemasnya. Cuba sebaik mungkin agar esakan tidak didengari insan-insan yang berada di ruang tamu.

******

Itulah saya. Tika satu rombongan berkunjung untuk 'merisik.' Merisik kekasih hati yang ditinggalkan Ayah. Saya terus ke dalam bilik usai bersalam dengan mereka. Memang saya langsung tak tahu menahu bahawa tetamu yang berkunjung itu membawa hajat besar. Terdengar sahaja perbualan Maksu dan Mak Ngah di dapur, air muka saya terus berubah. Titisan hujan sudah bergenang di kelopak mata walau belum menitis.

Semuanya mula terbayang di ruang mata saya. Ma akan lupakan Ayah. Kasih Ma akan berpindah kepada 'Ayah Baru' dan mungkin juga 'anak-anak baru' lantas terus terbahagi lah sayang untuk akak dan saya. Jika ramai yang membayangkan kebengisan si 'Ibu Tiri,' gambaran akan kegarangan si 'Ayah Tiri' mula menguasai minda saya. Tak ada satu pun yang positif. Semua yang buruk la senang nak kata.

Telinga ini ditekap dengan bantal. Saya amat benci mendengar gelak-tawa mereka. Air mata terus berguguran. Hingga tidak saya sedar bila mata ini terpejam. Saya bangun tatkala tangan Ma menyentuh lembut pipi ini.

"Jom makan nasik sama-sama."

Ma masih seperti dulu dengan senyumanya.

"Ma, Adik tak nak 'Ayah Baru..' Adik nak Ayah je."

Air mata saya mula bergenang kembali.

"Kubur Ayah tak hilang lagi merahnya. Ma tak ada nak kahwin dengan siapa-siapa. Ma nak jaga Adik dengan Akak je."

Suara ma menzahirkan keyakinan yang penuh. Saya terkebil-kebil memandang Ma. Meraih keyakinan yang lebih daripada Ma. Anggukan Ma buat saya kembali lega. Lantas tangan ini dipimpin menuju ke dapur....


******

Memang Ma mengotakan kata-katanya. Ya.. Ibu yang sejati takkan mungkir akan setiap patah kata yang keluar dari bibirnya [ini panduan saya untuk bergelar ibu pada masa hadapan]. Hingga hari ini, sudah lebih 5000 hari Ma berpegang pada "Ma tak ada nak kahwin dengan siapa-siapa. Ma nak jaga Adik dengan Akak je" ini. Walau pusara Ayah dah lama hilang warna merahnya tanah. Walau sehingga saya dah cukup matang dan mengerti apa itu erti teman hidup, Ma tetap dengan pendiriannya untuk hidup bersama anak-anak semata. Walau setelah bibir ini telah berulangkali menyatakan keinginan untuk melihat dirinya bahagia bersama seorang 'teman berbicara bernama suami,' Ma tetap menyatakan kebahagiaannya yang sebenar adalah dengan berbicara bersama anak-anak... Oh Ibu T_T

Maka dengan ini, saya mula mengerti bahawa kasih sayang yang Ma curahkan mampu membuat insan lain menghargai tanpa perlu ditagih. Ya... Memberilah. Nescaya 'menerima' itu akan hadir tanpa disedari.... Moga saya mampu memberi dan terus memberi buat si ibu [walau sehingga kini saya masih merasa diri saya hanya terus menerima]... Saya tak mampu nak ungkapkan di sini bagaimana rasanya hidup ini tanpa Ma.. Amat banyak perkara yang ingin saya lakukan demi kebahagiaannya.

Kumohon Ya Allah, Kau lanjutkanlah usia Ibuku dan usiaku untuk kuberikan senyuman buatnya.. Kumohon dengan sepenuh hati, Ya Rahman... [dah tak mampu nak teruskan taipan..T_T]

2 comments:

As said...

panjang umur murah rezeki
ameen! huhu

~candlesky~ said...

Ameeeen Ya Allah..[18 harakat]
heeeee ^^,