Friday, August 20, 2010

Sebelum terlewat

Dulu ini lah kenderaan yang ayah bawa saya untuk dihantar dan diambil dari sekolah :) Saya jadi co-pilot ayah. Sekolah rendah pertama saya kat Sekolah Kebangsaan Taman Selasih.


Duduk di tepi dan berceloteh macam-macam sementara nak sampai ke sekolah tu. Dari Gombak ke Batu Caves tu takdelah jauh sangat. Tapi banyak la juga benda untuk ditanya. Walaupun tahun 1994 tu masih belum banyak bangunan macam hari ni, jenuh jugak la ayah nak jawab setiap pertanyaan saya. Yang saya paling ingat, saya pernah tanya ayah:

"Macam mana orang boleh sembahyang kat orang lain, Ayah??"

Saya tanya ayah macam tu bila tengok papan tanda kat tepi satu masjid, 'SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN.' Ayah memang akan senyap dan senyum dulu. Masa tu, saya tahu ayah memang suruh saya fikir dulu... Jadi, memang berkerut-kerut la dahi saya fikir apa sebenarnya maksud kata-kata tu.

"Haaaa... Adik tahu!! Dia nak cakap sebelum kita sakit, orang tolong bawak kita pergi ambik air sembahyang, dia suruh kita sembahyang sekarang kan??"

Tersengih-sengih saya menjawab. Semangat membara menanti ayah puji saya bijak sebab dapat jawab dengan betul. Ayah senyum lebar. Sampai nampak gigi... Huuuu. Lepas tu, ayah geleng.

Hampa betul saya rasa.

"Salah ke?? Betul la macam tu maksud dia."

Mulut saya dah mula menampakkan muncung... Buruk betul perangai. Heeee

"Nak betul dah. Tapi sikit je lagi."

"Ayah cakap jela jawapan dia. Adik tak tahu dah..."

Ayah senyum lagi.

"Kalau ada orang mati kan, apa yang selalu keluarga dia buat?" Soal ayah.

"Tanam kat kubur." Jawab saya.

"Pandai.. Sebelum tanam tu?" Ayah tanya lagi.

"Ikat dengan kain putih."

Ayah terus senyum.

"Lepas ikat, orang terus tanam ke?" Soalan terus diberikan kepada saya.

"Emmm... Aah." Yakin saya menjawab. Memang saya tak pernah tengok orang meninggal macam mana.

Lalu, ayah mula menerangkan dengan panjang lebar.

"Kain putih tu nama dia kain kapan. Lepas balut dengan kain kapan, orang yang meninggal tu akan disembahyangkan. Kiranya ada imam dan orang lain ikut ramai-ramai. Macam sembahyang kat masjid tu. Tu nama dia solat jenazah. Sebab tu la kat papan tadi tulis SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM DISEMBAHYANGKAN. Adik faham tak kenapa?"

"Ohhh... Nak suruh kita cepat-cepat sembahyang sebelum kita mati la kan, Ayah?"

Laju saya menjawab. Sambil mata terkebil-kebil memandang ayah.

"Haaa.. Pndai pun anak bongsu ayah ni." Kepala saya digosok.

Terus saya tersengih. Macam kerang busuk.. ;p Seronok sangat rasanya dipuji. Dan yang penting, saya tahu benda baru hari tu. Memang kegemaran saya baca papan kenyataan :) JKR=Jasa Kepada Rakyat... Sampai saya gaduh dengan akak bila dia cakap JKR=Jabatan Kerja Raya. Sebab seingat saya, saya tengok kat papan kenyataan JKR tu Jasa Kepada Rakyat. Lepas ayah terangkan 'Jasa Kepada Rakyat' tu adalah cara mereka nak bagi semangat bekerja dan bukanlah nama sebenar, baru lah saya dapat terima. Yela, kalau ayah terangkan yang tu adalah moto @ slogan @ cogan kata, agak-agak saya faham tak?? [Ni lagi satu nilai nak didik anak. Bagitahu perkara yang boleh dia faham. Terima kasih, Ayah :) ]


Dan pabila saya terdengar Abang Min bagitahu Ma yang kami akan bertolak ke Kelantan lepas habis Solat Jumaat sebab jenazah ayah nak disembahyangkan masa tu, semua kata-kata ayah kembali menerpa di telinga saya. Terngiang-ngiang...

'...Lepas balut dgn kain kapan, orang yang meninggal tu akan disembahyangkan..'

Terima kasih, Ayah. Walau tidak sempat mendidikku hingga mampu membezakan laptop dan notebook, internet dan Microsoft Word, secebis pesanan dan ajaranmu, bagai selaut ilmu buat diriku... Moga Ramadhan kali ini mampu kualirkan bekalan yang lebih buat dirimu di sana. Berbahagialah Ayah...Setiap nafasmu untuk memebesarkanku kumohon dihitung olehNYA dengan sebesar-besar ganjaran.. Ameeen Ya Rahmanu Ya Rahim..

~Daku bahagia di sini ditemani kasihmu, Ayah~

4 comments:

!x!e !x!e@n@ said...

:)
sejuk ati ayoh...=))
sabar k yayam.....

~candlesky~ said...

:)
amen..ameeen...
alwayz darl..
esp to hv u as part of my life ;)

As said...

moga sebesar besar ganjaran buat ayah~! Allah memakbulkan doa anak2 yang soleh. inshaAllah ameen!

izzati.abdullah said...

ameen.