Sunday, November 14, 2010

Hari Raya Haji + Buahati

Ni coretan terakhir sebelum Hari Raya Haji [panggilan yang paling biasa bagi orang-orang kampung macam saya ;)]

Lepas ni, 930 pagi, saya akan mula bergerak ke Kelantan. Setepatnya, bas yang akan bergerak ;) heeee.. Pulang ke pangkuan wajah-wajah yang saya rindui. Dan saya tahu mereka juga amat merindui saya. Walaupun tak lama berada kat rumah untuk cuti kali ni, saya akan manfaatkan sepenuhnya masa yang ada. Nak-nak lagi tahun ni akak tak boleh balik beraya. Abang Min pun balik kejap je. Sebab kat belah Kak Da, ada majlis perkahwinan. Haaaa.. Saat-saat begini lah sangat pentingnya dan betapa berharganya saya-yang-belum-kahwin ni ;p [saya sentiasa 'paling' berharga buat Ma..heeee. Perasan!]

Sekarang ni setiap masa saya akan teringatkan 'buah hati' nan satu ini. Huuuu. Saya harap saya dapat menghargai kehadirannya dengan setulus kasih sayang. Sekurang-kurangnya sepuas hati saya ^__^ [walaupun bukan saya yang tanda dan bagi markah] ;p

Meja ni saya akan tinggalkan tidak lama lagi -_-


Buah hati nan satu saya itu tak lain dan tak bukan~
A study of food safety and security: Are our pregnant women safe and secure?

[Hai.. Memang tak habis-habis pasal 'wanita-sungguh-berseri' dengan saya. Nanti saya buktikan dalam entri yang seterusnya betapa melekatnya mereka di hati saya] ^_~

p/s: maafkan setiap khilaf yang saya lakukan buat sesiapa yang membaca coretan ini. Saya amat mengharapkan tidak ada hati yang terus terguris jika saya pernah meninggalkan apa-apa kesan tidak baik sama ada secara saya sedar atau tidak -_- Ampun, jauuuuh dari lubuk hati ini..

~Sejauh mana pengorbanan kita setakat hari ini? Sekurang-kurangnya untuk insan yang paling berjasa dalam hidup kita? Mari kita hitung sejenak. [buat renungan bersama]

3 comments:

As said...

mama! kem salam orang kampung! hehe. kem salam to those I love...Ma, Muiz, Mok Su...
panjaaaang lagi nak 'cite' dengan Mok Su..

Anonymous said...

igtkan sy buah hati tu.. hahahahaha!

~candlesky~ said...

cik adik manis:
~silalah membuat apa-apa tindakan yang paling patut untuk menyudaaaahkan 'cerita' tersebut ^_~
[kl tak paham lagi mmg neuron tak bersambung ;p]

anonymous budiman:
~who knows maybe?? ;p