Friday, January 14, 2011

Melepas rindu

Alhamdulillah. Hati rasa puas. Sayu dan sebak pun ada. Setelah sekian lama [memang lama] tidak melepaskan rindu, pagi 14 Januari 2011 (Jumaat), bersaksikan pohon-pohon dan kicauan burung, kaki ini menjejakkan kaki ke tempat persemadian ayahanda tercinta.

Ya, pulang ke kampung halaman. Ayah saya berasal dari Kg. Morak, Tumpat. Perjalanan yang mengambil masa hanya lebih kurang 15 minit dari Kota Bharu. Minggu pertama tidak pulang bersua muka dengan Ma sejak berpraktikal di HRPZ II. Dek kerana kekangan tugas yang menimbun untuk diselesaikan, atau dengan lebih tepat digerakkan walau cuma separuh. Kalau dah balik rumah, memang sayang nak mengadap laptop atau membelek kerja-kerja sekolah. Seronok memenuhkan masa bersama Ma, Muiz dan Maksu. Petang tadi pun dah dapat mesej dari Muiz bertanyakan kepulangan saya. Dia bagitahu yang Ma rindukan saya. [Saya tahu Muiz yang lebih rindukan saya..huuuuu] Ohhh... Memang hati ni sangat melonjak-lonjak untuk menatap wajah Ma, tapi apakan daya. Saya perlu kuatkan hati. InsyaAllah tak lama. Dua minggu je lagi nak habis praktikal kat sini. Semalam berbicara dengan Ma, Ma pun relakan saya untuk tidak pulang. Faham akan kelelahan saya untuk berulang alik P.Puteh-K.Bharu. Tambahan pula, minggu sebelum-sebelum ini, saya sangat keletihan memandu pulang dengan hujan tak berhenti. Kelantan dilanda musim tengkujuh, berita banjir kan banyak terpapar sejak 2 minggu lepas di televisyen. Alhamdulillah, rumah saya tidak menjadi korban limpahan air itu.

Saya mendapat berita bahawa Pakteh Mat (abang Ayah) baru melakukan pembedahan. Kanser usus. Hari Ahad yang lalu, sampai sahaja di hospital, terus saya naik ke Wad 30. Wad Surgikal. mencari katil bernombor 17. Namun, hati ini hampa pabila melihat insan lain yang menghuni katil itu. Terus ke kaunter jururawat, saya dimaklumkan pesakit telah dibenarkan pulang petang Khamis sebelumnya. Saya terlewat mengetahui keadaan Pakteh Mat. Tu pun Cik Ngah yang menghubungi saya. Saya kehilangan nombor telefonnya, nak maklumkan status diri yang berada di negeri sendiri. Sebabnya, ada juga sepupu yang berkhidmat di HRPZ II. Tapi, tidak saya ketahui di bahagian mana. Gerak hati Cik Ngah yang mahu memaklumkan keadaan Pakteh Mat kepada Ma, terdail nombor saya. Kalau tak, sampai hari ni saya tak tahu yang bapa saudara itu sedang menanggung kesakitan. Syukur atas kekuasaanMu, Ya Karim.

Lebih kurang jam 7.45 pagi, saya dan Kak Mariah bertolak dari rumah. Hati berdebar. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Siapa dapat menafikan gelora rasa seorang anak merangkap juga cucu dan anak saudara mahupun sepupu yang telah lama tidak menjenguk pusara mereka (Ayah, datuk, nenek, ibu saudara) serta kaum keluarga yang masih dikurniakan nikmat kehidupan. Ma ada juga pulang ke sana memenuhi undangan perkahwinan mahupun menghantar salam takziah buat Wok Dah (kakak arwah ayah yang meninggal hampir dua tahun lalu). Ma datang berseorangan. Kerana kehidupan seorang anak bongsu ini banyak diabdikan perantauan. Maka jadilah saya 'anak arwah Cg Salleh yang lama tidak dilihat sanak saudara.' Alhamdulillah, Dia beri kesempatan untuk saya berkunjung dengan langkah kaki sendiri, tanpa perlu mengikut setiap langkah Ma seperti sebelum ini. Banyak hikmah yang ternampak pada pandangan mata ini di atas keputusan memilih dan diberi keizinanNya berpraktikal di tempat sendiri. [walau hikmahNya itu hanya di bawah pengetahuan Yang Esa]

Bersimpuh di hadapan pusara ayahanda, terasa satu perasaan yang aneh hadir. Al-Quran di tangan terus dipegang kemas. Fikiran ini sedaya upaya difokuskan ke atas setiap patah kalimah agung yang tersusun cantik itu. Tidak mahu dibuai emosi. Tanpa disedari, titisan itu gugur jua. Bukan hanya kerana rindu, namun kerana takut dan bimbang. Bimbang diri ini tidak menjadi harta yang berguna buat bekalan Ayah di alam sana. Sia-sialah zuriat yang dia tinggalkan andai tidak mampu menyumbang amalan baik buat si bapa. Oh Tuhan -_- Kelak, saya pasti akan menyusul Ayah di sana. Walau bukan semalam, mungkin esok, lusa, mahupun sedetik lagi. Pelbagai gambaran menerpa di kotak akal. Nasib di alam sana. Baikkah atau sebaliknya? Apakah amalan yang akan mengalirkan pahala sepanjang saya menyusuri kehidupan baru itu? Benarlah, jika dahagakan kesedaran, ziarahilah pusara mereka yang telah tiada. Pasti akan ditemui apa makna pengakhiran hidup ini yang sebenar....

"Ayah Kini takde masa umur Kini berapa ye dulu?"

Pertanyaan Kak Mariah membuatkan saya mula menghitung. 24-8 = 16 tahun. Maknanya sudah masuk tahun ke-16 Ayah meninggalkan saya.

"Masa Kini darjah dua. 8 tahun. Kiranya ni dah nak masuk tahun ke 16 ayah tak ada. Dua kali ganda daripada umur Kini dulu."

Nisan yang tertulis nama Ayah saya renung. Berada di hadapan pusara ini pada usia sebegini menghadirkan perasaan yang sangat berbeza dengan 16 tahun yang lalu. Walau rindu itu tak pernah berkurang, namun sebak itu semakin mendalam. Jika dulu saya menangis kerana tidak lagi mepunyai kesempatan dikucup dan dibawa Ayah ke mana sahaja, kali ini saya sangat terasa lantaran ketidakmampuan dirinya melihat saat-saat saya sudah hampir menggenggam segulung ijazah. Ohhh.. Ayah, ketahuilah bahawa anakmu ini tidak pernah melupakan setiap kenangan yang mampu terpahat di sanubari biarpun diberi peluang mengecap sayangmu sebentar cuma...

Ya Allah, bantulah hambamu menjadi anak yang solehah. Bekalan buat ibu bapa yang membesarkan dengan penuh limpahan kasih sayang. Amalan yang mampu menyelamatkan mereka daripada azab siksaanMu -_- Ameeen.

Tuesday, January 11, 2011

The Climb

I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith

Saya tak kenal pun siapa MileyCyrus. Huuuu. Tapi saya sangat suka semua inspirational song. Saya tak nafikan lagu Inggeris ada 'aura' tersendiri dalam membangkitkan semangat. Bukan muzik yang menjadi ukurannya, tapi lirik itu sendiri :)



Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
~It's the climb~

Saturday, January 8, 2011

Udang Besar

Hari Khamis yang lepas hujan sangat lebat masa nak balik rumah. Lepas balik dari Hospital Raja Perempuan Zainab II, kami terus bersiap untuk pulang ke rumah. Hari Khamis, waktu pulang pukul 3.30 petang. Lepas mengharungi kesesakan lalu-lintas yang amat [sebab hujan tak henti dari pagi], kami bertolak pulang sesudah solat Asar. Malam tu, saya tidur di rumah Kak Mariah. Sebab dah lama sangat Mak Kak Mariah ajak tidur kat sana. Kebetulan pula hujan turun tak henti-henti yang memungkinkan ada jalan tak boleh nak dilalui untuk sampai ke Pasir Puteh. Rumah Kak Mariah di Selising, dalam perjalanan nak balik Pasir Puteh dari Kota Bharu. Kami sampai lebih kurang pukul 6.10 petang. Fuhhh.. Memang mencabar memandu dalam hujan lebat yang tak henti-henti. Ada satu dua tempat yang dah ada air melintas di jalan raya. Jadi, memang kena turunkan gear dan hold betul-betul masa 'membelah air' tu. Memandu kena ada penumpuan 200%. Alhamdulillah, berkat doa ibu buat anak-anaknya, sampailah kami dengan selamatnya. Malam Jumaat tu saya lelapkan mata dengan doa mudah-mudahan hujan reda untuk membolehkan diri ni balik dengan jayanya untuk bersua muka ibunda tercinta. Celik je mata pada pagi Jumaat.. Syukur padaMu, Rabb. Hujan dah berhenti :) Bolehlah saya pulang dengan suka hatinya ^^, Oh Ma...

10.30 pagi
Sampai di teratak yang menjadi saksi suka duka Ma membesarkan saya dan Akak. Seronok tengok Ma dah tunggu saya dengan setia di muka pintu rumah :) Lepas salam peluk cium Ma, terus Ma ajak masuk bilik saya. Dah tak sabar dia nak tunjukkan ole-ole yang Abang Min bawa pulang dari Surabaya :) Untuk Ma, ada kain sembahyang, kain sepasang dan kain sarung. Untuk saya, Abang Min beli purse, kain sepasang dan kain sarung. Terima kasih duhai abang ^_^ Semuanya cantik-cantik. Abang Min memang pandai dalam urusan memilih dan tawar-menawar. Sejak dulu lagi dia punyai bakat tu. Untung isteri dia. Heeee..

Lepas puas membelek, apa lagi. Terus ke dapur. Huuu. Ma masak Nasi Goreng. Tadi saya dah bersarapan Mihun Goreng di rumah Kak Mariah. Sedap betul masakan Wan (panggilan untuk Mak Kak Mariah). Tapi, tetap rasa nak makan Nasi Goreng Ma lagi. Heeeee. Makan Nasi Goreng dengan Udang Besar rebus. Udang ni bentuk dia pelik sikit. Saya pun tak tahu 'nama bandar' untuk udang ni. Tapi, Ma panggil 'udang ketok.' Sungguh menjilat jari.. Nyuuumii. Ma cakap Abang Min yang beli masa balik hari tu. Cerita Ma, arwah ayah memang sangat gemarkan udang ni. Kalau pergi makan kat restoran, mesti dia tempah masakan udang ni. Saya yang memang tak pandai nak kopek, terus buat muka naif. Mohon simpati Ma untuk kopekkan kulit udang yang keras tu untuk saya. Huuuuu


"Macam ni.. Kita kena patahkan badan dia.."

Tangan Ma terus berusaha keras nak pastikan anak dia ni dapat merasa isi udang tu.

"Ohhh.. Macam tu."

[Terlopong] Nampak macam mudah Ma buat. Tapi, saya sangat pasti. Memang saya takkan dapat keluarkan isi udang tu dengan tangan sendiri. Heeeee..

"Dulu, arwah ayah yang kopekkan untuk kita semua.."

Saya terdiam. Wajah Ma saya renung. Tangan Ma masih asyik mematahkan badan Udang Besar itu...

Semakin hari saya semakin sedar. Kenangan bersama Ayah tak pernah berkurang dalam ingatan Ma. Cerita-cerita Ma tentang Ayah terlalu banyak menggambarkan betapa sayangnya Ayah akan kami dan betapa dalamnya cinta Ma buat si suami. Ohhh...

[al-Fatihah buat ayahanda tercinta]

Wednesday, January 5, 2011

Runtun hati

Mengumpul kekuatan untuk jadi dietician di hospital. Ya! Memang kebimbangan Ma bertempat. Ma sangat risau akan anaknya yang sorang ni. Nak-nak lagi bila saya balik bercerita pasal pesakit-pesakit kat wad ICU. Memang Ma sangat risau. Risau saya tak kuat semangat. Oh Ibu. Memang saya sangat lemah semangat pada mulanya. Tapi, lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Tapi, saya masih cuba untuk menjadikan suasana itu bukan 'biasa-biasa.' Bimbang hilang rasa empathy itu. Na'uzubillah.. Masuk wad ICU, HDW, CRW dan CCU memang menyedihkan. Tapi, tak sesebak masuk wad Pediatrik
-____- Runtun hati ini. Ohh... Sungguh, tak tergambar rasa syukur mampu membesar ke usia 23 tahun++ tanpa pernah badan ini hidup bersambungan dengan segala alatan pelik-pelik. T_T

Minggu ni, saya di bawah seliaan dietician yang menjadi teman kepada ibu-ibu yang sangat tabah di sisi anak-anak mereka. Dietician yang jaga wad Pediatrik, NICU and PICU ni namanya Puan Liyana. Sangat berpengalaman pasal ilmu Pediatrik ni. [Cloudy wish to be like her]. Tinggal sehari lagi (esok) untuk menimba ilmu diet berkaitan bermacam jenis penyakit melibatkan kanak-kanak. Memang tak sangka macam-macam penyakit pelik sekarang ni wujud. Masa belajar teori, tak sangka akan dapat tengok depan mata ni sendiri keadaan kanak-kanak tu. Dan lagi tak sangka, segala penyakit pelik tu wujud di tempat saya sendiri (Kelantan ini).

Semalam saya dapat satu kes pasal sorang kanak-kanak ni ada Hirschprung Disease. Baru umur 2 tahun 3 bulan. Sorang lagi pula baby 3 bulan yang ada penyakit Chromosome 3q duplication syndrome. Memang saya tak pernah dengar pasal penyakit ni sejujurnya. Banyak jugak lah yang saya belajar [memang sangat banyak]. Sama ada nak cari ke tak je ilmu ni kan. Ilmu Dia tu selautan dunia. InsyaAllah, nanti saya cerita dengan panjang lebar pasal diet management untuk dua penyakit ni :) Cuma kali ini, cukuplah untuk kita terus bersyukur, bersyukur dan terus banyakkan bersyukur. Hamdallah atas setiap zarah nikmat yang diteguk setiap hari~

Saturday, January 1, 2011

Ikan Duri :)

Hari ni 1 Januari 2011. ~010111~ Harapan saya pada awal tahun ini, saya mampu menamatkan pengajian dengan hati yang puas. Macam mana nak puaskan hati sendiri? Usaha semaksimum mungkin. Supaya hasil yang akan diperoleh nanti tidak akan diiringi dengan kekecewaan. Kalau dah usaha sehabis mampu, barulah tawakkal boleh menyusul kan :) Moga tahun yang baru bukan hanya membuahkan azam baru, tetapi lebih jauh dari itu mampu memberi daya untuk merealisasikan segala yang mahmudah. Ameen Ya Rabb.

Sekarang saya dah berada di Kota Bharu, berumah sewa dengan Kak Mariah. InsyaAllah akan terus berumah di villa ini hingga penghujung Mac. Pagi tadi Ma masak Gulai Ikan Duri :) Semalam pergi beli lauk kat Tok Bali. Sambil menunaikan janji kepada Muiz, nak bawa dia pergi pantai. Kami duduk-duduk je tepi pantai. Ombak kuat sangat. Masa tu tengahari Jumaat. Mula-mula rancang dengan Ma nak pegi ziarah kubur arwah ayah. Kat Tumpat. Dah lama sangat tak pergi. Tapi, pagi Jumaat tu hujan turun dengan sangat lebat. Nampaknya musim tengkujuh masih belum puas membuat kunjungan. Jadi, rancangan ditangguhkan buat sementara waktu.

Sentuh pasal ikan duri, Ma bagitahu yang dulunya memang dia tak makan pun ikan ni. Ma memang tak makan ikan sungai, atau orang Kelate panggil 'ikan darat' yang terdiri daripada (contoh: ikan keli, ikan haruan, ikan patin dan banyak lagi ikan yang saya tak tahu nama ;p) . Tapi nak dijadikan penyebab Ma boleh makan ikan ni adalah SAYA! Ya, saya yang membantu Ma makan ikan ni walaupun masa tu saya masih tak jengah dunia ni. Heeee. Ma mula rasa nak makan ikan ni masa ma mengandungkan saya ^^, [bangganya] Saya sekarang ni makan semua jenis ikan. Maknanya takdelah yang saya nak mengidam makan ikan yang saya tak makan nanti. Cuma satu jenis makanan yang saya masih tak dapat terima sampai sekarang walaupun menjadi kegemaran ahli keluarga saya yang lain ialah TEMPOYAK.. Uhuuuu.