Wednesday, February 22, 2012

Stalker

Apa yang anda rasa pabila insan yang akan mewalikan anda sedang menyelidik:

Beliau teruja nak tahu adakah tugas beliau untuk menjadi wali itu sudah hampir tiba? Saya rasa sangat kelakar.. Huuuuu

Facebook milik saya sedang diperhatikan oleh Abang E (wali saya insyaAllah) semenjak dua menjak ni. Errrr.. Semangat betul berusaha menjadi stalker yang berjaya. Rahsia ni bocor lepas anak buah saya yang pecahkan informasi. Abang E bagitahu dia. Tapi nampaknya beliau masih tak berpuas hati. Pencarian masih belum menunjukkan hasil. Kikiki.

Alah Abang E, kalau ada tu, tak ada nak sorok-soroknya. Dia akan cari Abang E sendiri ^_~


[mood geli hati sambil sengih sorang-sorang]

2 comments: