Monday, February 20, 2012

Syria: Caknakah kita?

Tak mampu nak tulis banyak untuk hari ni. Cukuplah kita renung sejenak erti hidup di dunia ini. 

Nak dapatkan kelulusan paling tinggi (master, PhD)? 

Nak dapat gaji yang lumayan? Gaji yang memampukan kita dapat pakai kereta idaman dan tinggal di rumah yang tersergam indah. Kehidupan yang takkan kenal erti kelaparan disebabkan tiada duit belanja.  

Nak dapat keluarga yang bahagia, suami yang penyayang, anak-anak yang soleh solehah? 

Nak tunaikan haji dan berada di rumahNya dambaan setiap mukmin sejati. 

InsyaAllah lepas termakbul doanya, lepas dah dapat semua tu? Apa lagi yang kita nak? Andai maut masih belum menjemput? Nak terus kembangkan perniagaan (kalau ada bisnes)? Nak terus berbahagia dengan anak cucu sehingga lah mata terpejam buat selama-lamanya?

Pernahkah terfikir yang hidup kita ni sering diselubungi dengan sikap pentingkan diri? Sedangkan kita sendiri sedia maklum betapa kekasihNya sentiasa berpesan supaya menanam rasa setiap kesusahan setiap saudara Muslim itu dalam diri kita jua?

Cukuplah dengan perkongsian yang sangat bermakna daripada sahabat yang saya sayangi ini. Jika hati kita belum tersentuh atau tidak punya apa-apa perasaan usai memahami coretan itu, buatlah seperti apa yang sahabat saya nukilkan itu...

Mintalah hati yang baru daripadaNya.

2 comments:

Cik Hernie said...

Semoga semuanya kan pulih dalam keadaan yang baik-baik..

~candlesky~ said...

ameeeen :)