Tuesday, April 24, 2012

Melawat haiwan :)

Sabtu bersamaan dengan 21 April 2012 bersamaan juga dengan 1 Jamadil Akhir 1433H :)

Zoo Negara! Tempat yang menjadi pilihan ibu bapa untuk membawa anak-anak mengenal alam haiwan, terutamanya daripada spesis yang sangat sukar untuk dilihat di mana-mana sahaja atau dengan kata lain, 'bukan haiwan peliharaan.' Saya yang masih belum menjadi ibu pun turut terlibat dalam merancang misi menggembirakan hati kanak-kanak. Kepuasan yang tak terungkap :)

Perancangan awal yang saya niatkan ialah nak bawa Syamil ke Istana Budaya menonton Upin Ipin The Musical, tapi memandangkan pertunjukan pada malam hari hanya boleh disertai oleh kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas, jadi memang tak dapat lah. Syamil baru nak masuk 5 tahun. Lepas tu, saya mula lah tengok tiket pukul 3 petang. Masa nak tempah online tu, dah sampai ke ruangan nak pilih tempat duduk.. Fuh! Hampir semua tempat duduk dah penuh! Cuma ada beberapa baris yang paling belakang. Maka, saya mula berfikir secara kritis.

'Mesti Syamil tak nampak duduk kat belakang. Dah la teater. Nak tengok orang yang real, baru berbaloi beli tiket.'

Tiket yang paling murah berharga RM33 (tak termasuk caj tambahan masa nak beli tiket tu). Kalau kami berdua= RM66. Jadi, setelah membuat sedikit pengiraan (tambah tolak saje pun), saya pun terfikir tempat yang agak menarik ini :) Selama ni asyik tengok kat gambar je semua haiwan ni. Saya ada belikan Syamil buku yang ada gambar-gambar haiwan sejak dia berumur 2 tahun. Maknanya dah hampir 3 tahun dia cuma lihat sesetengah haiwan tu dalam gambar. Maka, saya yakin ini adalah pilihan yang tepat! :))

Lepas je solat Zuhur, kami bertolak dari Shah Alam. Kami berempat. Maknanya; Syamil, Umi, Syafiq dan Ciksu. Ni satu lagi cerita menarik. Umi nak ikut. Jadi, Syafiq pun mesti ikut. Abah pergi out-station. Syafiq baru masuk 9 bulan. Maknanya tak boleh berjalan lagi. Stroller pula rosak. Jadi?? Dukung je lah jawabnya. Huuu. Umi dan Ciksu bergilir dukung si kecil yang memang tak ada kerenah tu. Walau dah mengantuk sangat, dia diam je. Susu pun hisap lepas pengembaraan berakhir. Anak yang baik :))


Syafiq yang sangat suka sengih! :)

Umi yang cekeding setia mendukung si anak yang bulat. 


Haiwan ni Syamil tengok masa mula-mula masuk :)

Saya harap Syamil faham sesuatu sekurang-kurangnya.

Ni kura-kura 'bergasi' Syamil panggil (2nd biggest tortoise in the world).

Perasan tak syamil dah melepasi pagar? Dia masuk ikut bawah. huuu


Tingginya zirafah. Macam Umi :p

Syamil takut nak duduk dekat dengan gajah tu


Sibuk cari mana ular dan singa. Nak sangat dia tengok..


Sebelum turun bawah, dia tanya dulu boleh ke tak pergi tengok dekat-dekat.

Mula-mula Syamil mintak air kotak, Ciksu bagi air biru ni. Special Ciksu bawa ;) 


Lebih kurang 2 jam di sana, setelah Ciksu dan Umi dah sakit-sakit pinggang [sangat lah rendah staminanya], Syamil pun dah rasa letih [kami sangat bersyukur!], kami pun pulang :))



Lihatlah betapa bezanya tinggi Akak dan saya! Anyway, we are so happy!! :)

Kami pulang ke rumah Ciksu dahulu. Sempatlah teman-teman serumah Ciksu main-main dengan Syafiq :)) Lepas solat Asar, mandikan Syamil dan Syafiq, kami menunggu waktu Maghrib. Lebih kurang puku 8.20 malam, bertolak pulang ke Shah Alam. Kakak pun ikut sama tidur sana. Dah lama benar dia tak main-main dengan Syafiq. Rindu katanya. Sampai di Shah Alam, Umi Syamil tanya:

"Kita nak makan ape ni? Takkan kita nak masak, dah lewat ni." 

Saya tahu. Itu hanyalah alasan. Dengan kata lain sebenarnya, 'rasa malas lah nak masak.' Heeee. Maka, kami pun singgah beli burger pada pukul hampir ke 9.30 malam. Sampai di rumah, duduk-duduk kejap, Umi Syamil buat air Cafe Up, saya tengok jam dah pukul 10.10 malam! Oh, sangat 'sihat' kan? Takpelah, sekali sekala [penyedap rasa@pujuk diri] :p


p/s: GEMBIRA ini akan berterusan hingga ke hujung minggu, bersambung meluangkan masa dengan cinta hati kami! Kami akan pulang menemui Tok Ma! Balik kampuuunggg... Nanti kita jalan-jalan di Kelantan pula ya :))) 

3 comments:

As said...

senyum dan sengiiiih manjang nih

^____________^

Nadirah said...

kenapa gambar ciksu tak banyak? ada pun kecik sgt, tak nampak nak tengok. hee..

~candlesky~ said...

sanah: nak sengihhhh gak la ^__________^

kak nadie: ciksu femalu la..hiks~ ala kak, kalau banyak-banyak gambar ciksu, dah tak nampak pulak pegi zoo tu untuk Syamil :p