Thursday, April 19, 2012

Satu untuk akak, satu untuk adik.

Menilik notes di meja ini, mata saya 'ter'jeling sebentar ke gelas kecil di depan mata saya. Ada banyak duit syiling dalam gelas tu. Tapi bukan kepingan syiling tu yang memakukan pandangan saya. Tapi satu benda kecil disaluti warna putih. Ye. Masa kecik-kecik saya suka kumpul klip roti. Itulah hobi saya. Tahu kan klip roti?? Yang tertera maklumat paling penting untuk makanan. Tak lain tak bukan------> expiry date!!

Kat rumah dulu, banyak sangat klip roti. Bila saya fikir-fikir balik, banyak yang dapat saya kumpul. Jadi, mestilah banyak bekalan roti yang sentiasa ada kat rumah kan? Ohh, baru saya ingat! Ma akan buat bekalan untuk saya dan akak ke sekolah setiap pagi. Roti bakar @ Roti telur... Sangat sedap :) Bubuh dalam tupperware yang bentuknya sama tapi hanya berlainan warna. Akak satu, adik satu. Memang kebanyakan barang yang Ma beli memang macam tu. Kerusi plastik kecik untuk duduk main-main pun ada dua, satu warna biru dan yang satu lagi warna kuning. Selimut pun sama. Akak warna hijau, adik warna biru. Coraknya sama :)

Biasanya kalau belikan benda yang sama dan berlainan warna ni, tabiat ni dah jadi macam budaya oleh mak ayah masa anak mereka kecik-kecik :) Kan? Tapi, saya sangat terharu yang Ma masih praktikkan semua tu sampai sekarang. Buktinya?

******

Satu hari yang sangat menenangkan. Bercuti setelah berpenat lelah memenuhi tuntutan sebagai pelajar Dietetik amat melegakan. Terutamanya  dengan menikmati ketenangan di rumah yang penuh kenangan ketabahan itu sungguh mendamaikan. Saya baru sahaja sampai waktu azan Subuh berkumandang tadi, dari Kuantan. Sekarang ayam-ayam dah sibuk mencari port untuk tidur ^_^ Saya melekat di tangga rumah. Mata terpaku kepada gelagat hidupan alam. Seronok! :) Ayam dan itik tetap tak segan untuk berkawan walau mereka berbeza 'bangsa' mahupun 'kulit' ;)

Memerhatikan pasu bunga yang berderetan di garaj amat mengasyikkan. Macam-macam bentuk ada, bunga mahu pun daunnya. Sejuk mata memandang. Rimbunan daun pokok buluh yang meliang-liuk disapa angin menghadirkan rasa yang tak mampu digambarkan dengan kata-kata. Alam ciptaanya sungguh indah. Subhanallah..

Sejenak, mata saya terpaku pada 'sesuatu' di atas rak buku ruang tamu. 'Apa yang ada dalam plastik tu?'

Saya bertanyakan Ma. Terus sahaja tangan Ma mencapai 'sesuatu' itu. Saya apa lagi, bersila menghadap insan tercinta nan satu. Dah rasa macam kanak-kanak yang tak sabar nak buka hadiah. Lalu, isi di dalam plastik itu terserlah. Cantik! Warna hijau+kuning. Ada dua. Ada riben-riben lagi menghiasi tepinya. Heeeee.

Jeng.. Jeng.. Jeng..

Apakah itu?

TUDUNG SAJI!

Ma belikan tudung saji buat kami.

"Ma tempah dua. Satu untuk adik, satu lagi untuk akak. Akak dah ada rumah dia. Nanti adik dah ada rumah sendiri, bolehlah guna."

Saya tersenyum lebar :) Ma memang makin menyedarkan saya yang dah besar panjang ni bahawa seorang ibu, walau anaknya dah mampu mencari apa sahaja yang diingini dengan usaha sendiri, beliau takkan pernah lepas daripada mempunyai rasa ingin memberi itu. Kita pula sebagai anak? Masa nak beli sesuatu untuk kita, ada tak terdetik pasal mak ayah kita? Renung-renungkan...

Kedua-dua tudung saji itu masih tersimpan elok di rumah Ma. Akak masih rasa sayang untuk menggunakannya. Katanya, biarlah saji tu tersimpan elok hingga tiba masa dia memiliki rumah sendiri. Sekarang ni masih lagi menyewa. Saya pun begitu. Namun, rasa ingin membawanya berada di sisi sentiasa ada dalam hati. Nampaknya, kena cepat-cepat ada rumah sendiri ni! *wink*


p/s: Entri ini ditulis dengan hati yang ^______________^ betapa bahagia membayangkan saat-saat dapat memeluk Ma semakin hampir! InsyaAllah :)))

2 comments:

Nadirah said...

upload la gambar tudung saji adik tu.. nak tengok jugak ^____^

~candlesky~ said...

tunggu adik balik minggu depan yek. nanti adik ambik gambar ^^,