Sejak zaman saya menuntut di UIA Kuantan, agak kerap juga komuter menjadi teman saya. Lebih-lebih lagi, kalau nak balik cepat dari Kuantan. Bas Kuantan-Shah Alam adalah terhad, tidak seperti Kuantan-KL yang lebih banyak. Turun di KL, dari KL Sentral, saya akan menaiki komuter. Jadi, Syamil pun selalu lah menjadi pengikut setia Abah dan Umi untuk mengambil Ciksu di Stesen KTM Shah Alam. Setiap kali dia datang, mesti mulut terlopong-lopong tengok keretapi panjang tu. Syamil memang tak tahu kalau disebut komuter, jadi untuk semua coretan ni, saya gantikan komuter tu dengan keretapi.
Maka, menyedari yang si kecil ni sangat berkeinginan nak naik keretapi, saya pun adalah bagitahu dia.
"Nanti Ciksu bawak Syamil naik keretapi ye."
Dia apa lagi. Angguk dengan sengih yang memang menggambarkan rasa gembira. Dah lama saya berjanji. Namun, asyik menunda dari satu hari ke hari yang lain. Lalu, pada dua bulan lepas, akhirnya saya pun bawak lah Syamil mengembara menaiki keretapi. Awal pagi dia bangun je terus tanya saya.
"Kita nak naik keretapi ye Ciksu?"
Pabila saya mengangguk, terus apa lagi. Melompat kegembiraan lah dia. Umi dia pun tanya.
"Umi nak ikut boleh?"
[Termenung seketika]
"Tak payah la, Umi. Umi duk dengan Syafiq kat rumah."
Haa.. Tu dia. Memang tak ingat dah kat orang lain. Memang nampak sangat dia duk terbayang keretapi SAHAJA :)
Lepas memarkir kereta, terus kami menuju ke kaunter tiket. Tak payah beli untuk Syamil, sebab dia masih di bawah umur. Beli satu je :))
Sabar menanti keretapi. |
Mana keretapi ni, tak sampai-sampai pun lagi, Ciksu? |
Menghilangkan kebosanan menunggu keretapi yang tak sampai-sampai lagi. |
Masa ni saya belikan air di gerai berdekatan kaunter tiket untuk bekalan kalau-kalau Syamil haus dalam keretapi nanti. Masa nak bayar, saya ada bagitahu dia, "Nanti minum dalam keretapi, ye."
Tak sangka dia ingat betul pesanan saya tu. Sebabnya? Saya ada mintak nak bukakan air tu sementara menunggu keretapi dia yang tak kunjung tiba tu. Tapi dia tak bagi. Katanya, "Syamil nak minum dalam keretapi."
Tersengih sorang-sorang je lah :))
Hampir 20 minit menunggu, kelibat keretapi pun mula kelihatan dari jauh. Yea!
Tengok. Air botol tak dibuka pun lagi. |
Syamil berdebar sebenarnya. Kali pertama lah katakan ;) |
Syamil dah mula nak tengok pemandangan dari dalam keretapi. Huuuu |
Dah sampai destinasi yang dituju (tempat ni yang saya tetapkan, cuma beberapa stesen dari Shah Alam. heeee) |
Memikirkan hari tu adalah hari minggu, takkan la saya nak bawak dia sampai KL Sentral yang sangat sesak tu kan? Kita naik LRT lain kali ye pulak, sayang? :)) Lagipun, Syamil dah mula tanya pasal Umi dia. Haaa.. Baru ingat yang dia dah tinggalkan Umi dan adik. Tadi, siap suruh Umi duduk rumah jaga adik lagi. Huuu
Sekarang dah boleh minum air. Dah patah balik. Haus! |
Peace! (akhirnya Syamil dah pandai buat peace dengan betul. heeee) |
Sekian pengembaraan Syamil untuk kali ini. InsyaAllah lain kali kita berjumpa lagi ^^,
p/s: Saya banyak sedar tentang mengapa betapa Nabi kita menggalakkan umat baginda untuk mengembirakan kanak-kanak. Perasaan yang takkan dapat diungkap dengan kata-kata :)))
No comments:
Post a Comment