Tuesday, May 22, 2012

Que sera sera

Usai berdiskusi dengan seorang sahabat. Diskusi tentang hidup, hati dan perasaan. Akhirnya, penutup kepada diskusi alam maya itu adalah lagu ini :) Kebetulan ini adalah salah satu lagu koir zaman kanak-kanak comel dulu ^^ Masa tu darjah 5 atau 6 seingat saya. Cikgu Nik Suraya yang ajar lagu ni. Saya tak faham apa maksud di sebalik lagu ini ketika itu. Sekarang, saya benar-benar faham.. 

Enjoy it :))

When I was just a little girl
I asked my mother what will I be
Will I be pretty
Will I be rich
Here's what she said to me

Que sera sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que sera sera

When I was just a child in school
I asked my teacher what should I try
Should I paint pictures
Should I sing songs
This was her wise reply

Que sera sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que sera sera 

When I grew up and fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will there be rainbows day after day
Here's what my sweetheart said

Que sera sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que sera sera

What will be, will be
Que sera sera...

~ Sedang dalam mood betul-betul berserah padaNya. Sememangnya usaha itu perlu mengiringi, namun ada ketikanya saya sebagai wanita hanya mampu berada di sini. Memilih untuk tidak mengangkat kaki, apatah lagi berlari walau kekadang hati amat ingin meluah apa yang terpendam di sanubari. Que sera sera, the future's not ours to see..

Monday, May 21, 2012

Ahlan wa sahlan ya Rejab

Bismillah wal hamdulillah :)

Sekarang musim adik-adik di universiti sibuk menghadam semua yang diajari sejak sekian lama. Semua dah memecut dengan gear 5 (untuk kereta manual sahaja ya). Lebih-lebih lagi untuk yang dah berada di Tahun Akhir. Semput dibuatnya! Terimbas kembali kenangan setahun lalu. Terasa baru sahaja kaki ini meninggalkan bumi UIA Kuantan. Rupa-rupanya sudah 12 purnama berlalu..

Dalam kesibukan kita membuat persiapan untuk memastikan keputusan yang terbaik mampu digapai buat tatapan ibu ayah tersayang, marilah kita untuk tidak lupa akan amalan kita yang akan dibentangkan buat Pencipta kita di Padang Mahsyar kelak. Andai esok lusa dijemput, kita pergi dengan title 'hamba yang sedang mempersiapkan diri' dan bukannya 'hamba yang sudah merasakan amalannya cukup.' Jadi, marilah kita meraikan kedatangan bulan Rejab. Pabila Rejab menjengah, maknanya Ramadhan sudah bersiap sedia untuk bertandang tidak lama lagi. Ohhh rindunya....

Moga kita sempat bertemu Ramadhan buat sekian kalinya untuk tahun ini :)) Jom amalkan doa di bawah:


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)

Psssttt.. Esok 1 Rejab. Jom puasa! ^^,

~ kredit untuk sahabat tersayang nun jauh di Mansoura :))

Thursday, May 17, 2012

Try to hide; fail.

When a mum looked at your eyes, and suddenly whispered:

"Ma tahu adik kuat. Tapi Ma nak jugak mintak, teruskan kuat.. Teruskan kuat ye."

and you'll realized..



You can't hide anything behind your smile from the one who carried you 9 months in her womb -_-

Monday, May 7, 2012

Tips.

Salah satu cara yang paling ekspress untuk meningkatkan kewangan anda adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan mencari jalan untuk menjimatkan wang. Bagi kaum lelaki khususnya, wang adalah aspek yang PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan. Tips-tips di bawah sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang sedang dalam proses ke arah berumahtangga:
1. Jangan selalu beli barangan branded
Kadang-kadang, most people memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they say. Betul tu tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi anda kena ingat yang  sekarang nie, objektif anda adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin.
2. Jaga keselamatan dan kesihatan anda
Sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau anda rajin jaga kesihatan, gerenti anda boleh elakkan daripada membayar bil hospital yg terlampau tinggi tu.
3. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu
Untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang . Masa keluar ni, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama. Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Jadi, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah2, cakap kat dia “Sayang, abang nak simpan duit untuk pinang sayang…”
4. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah
Untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tahu perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ader cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dsb lagi dan bacasaja disitu. Kan jimat tu. Untuk yang suka membaca majalah hiburan pula, baca je blog gosip artis kat internet.
5. Kurangkan membeli gajet elektronik
Di zaman IT yang serba canggih ni, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dsb. Kebanyakan daripada alat-alat ni memang serius mahal. Remaja memang sangat mudah tertarik untuk beli. Jadi, untuk elak dari membeli, buat-buatlah tutup mata bila nampak gajet2 baru ni.

Ohooo.. Tips ini bukanlah rekaan saya. Ia diambil daripada catatan di sini. Bukan saya yang mencari. Ada emel yang menerjah masuk memberi tips ini. Apa salahnya kita berkongsi bukan? Tapi, saya nak olah sedikit. Catatan saya pula? Berikut merupakan sedikit ubah-suai daripada tips di atas. Bukan hanya bagi mereka yang mengumpul duit untuk berumahtangga, tapi juga untuk mereka yang mempunyai hasrat mulia yang lain. Contohnya: nak bawa ibunda dan ayahanda menunaikan Haji, nak hantar adik belajar ke luar negara, nak miliki rumah sendiri setelah berpuluh tahun hidup menyewa, nak langsaikan hutang yang makin hari makin bertimbun tapi umur makin hari makin pendek, dan juga errrr bagi yang muda belia mesti ada hasrat nak kahwin [perkataan lain untuk berumahtangga :p]
1. Jangan selalu beli barangan branded--> yang ni saya sangat setuju! Tak semua barang yang tak ada brand tu tak berkualiti. Bukan tak boleh LANGSUNG beli barangan branded ni. Pada pendapat saya, kalau barang yang boleh dipakai lama [seperti kasut, beg tangan, jam], tak salah membeli yang agak mahal asalkan tahan lama [lama: bagi saya, setahun sekurang-kurangnya] :) Tapi, bagi mereka yang bertukar barang-barang ini setiap bulan, faham-faham sendiri lah ya. Jadilah pengguna yang bijak.
2. Jaga keselamatan dan kesihatan anda--> setuju 100%. Islam memang dah menggariskan kepentingan untuk kita menjaga amanah yang Allah bagi ni [tubuh badan] sebaiknya :)
3. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu--> yang ni saya nak tukar 100% kepada 'Tidak perlu untuk dating. Dating lah setelah anda mampu hidup serumah. Jimat dan semestinya lagi manis! ' :)) Kepada pasangan yang tidak faham itu, ajaklah mereka kembali faham kenapa Allah suruh kahwin cepat-cepat kalau dah tak mampu kawal nafsu, kenapa Allah tak suruh kumpul duit dan pada masa yang sama keluarlah berdua-dua selagi mana duit tu tak cukup? Renung-renungkan :))
4. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah--> yang ni bagi saya agak betul. Kalau dah ada kemudahan internet, jangan dipersiakan dengan membuka laman-laman sosial dan gosip artis sahaja. Kata nak kahwin, maknanya nak melangkah ke alam yang menuntut lebih banyak komitmen. Banyak ilmu kena timba, bukan sibuk menjaga dan menjaja cerita yang hanya menambahkan dosa. Renung-renungkan bersama :))
5. Kurangkan membeli gajet elektronik--> yang ni saya setuju 80%. Kenapa kurang 20% lagi? Selebihnya itu untuk mereka yang betul-betul memerlukan. Contohnya: kena beli Tab untuk dibawa ke mana-mana sahaja bagi urusan kerja. Itu boleh dimaafkan. Tapi kalau dah setiap kali model telefon pintar yang baru keluar di pasaran, setiap kali tu juga lah semua orang terbeliak mata tengok penampilan kita, maknanya kena tepuk sikit kepala tu [sendiri sahaja, jangan bagi orang lain ketuk pula]. 

Itu sahaja. Sekian, terima kasih :))


Friday, May 4, 2012

Hijau kuning

Tadaaaaa :))

Inilah tudung saji yang saya maksudkan dalam entri 'Satu untuk akak, satu untuk adik' terdahulu. 

Cantik kan? ^^, Kecil dan comel. Kalau nak tutup kuih kat atas meja kopi memang sangat lah menawan :)



Dua tudung saji kembar ^^,



Harapan saya moga tudung saji ini tidak 'disenarai hitam'
ekoran terdapatnya warna KUNING. ehee :p


p/s: Kasihnya ibu membawa ke syurga..


Thursday, May 3, 2012

Ratapan.

Perit dan pedih. Ramai yang membenci rasa itu. Bukankah ia juga ciptaanNya? Masakan Dia menciptakan sesetengah ciptaan hanya untuk tidak disukai dan dihina kehadirannya? Lantas bagaimana? 

Kembalilah menggagahkan kudrat yang sedia ada. Sudah tiada? Tipu! Ia ada, walau jauh ke dasar hati, selamlah semampu mungkin. Tak mampu? Bohong! Jasad masih bernyawa. Dia menghidupkan segolongan manusia dengan sikap tidak akan berputus asa. Siapa manusia itu? Itulah seorang Muslim. 

Jangan putus asa dengan rahmatNya. Walau diri sudah di tahap merangkak dan tak mampu berdiri untuk membuat keputusan, yakinlah pasti ada Tangan yang tersedia.. Perit dan pedih itu adalah tetamu. Bertandang untuk meninggalkan jiwa yang lebih gagah dan tegar. Muliakanlah; sebagaimana hak yang selalu diterima oleh si gembira dan riang ria.