Monday, June 4, 2012

Alam praktikal :)

Adik-adik Dietetik di UIA Kuantan sedang bertungkus lumus menyudahkan saki-baki urusan yang belum selesai di sana. Dapat saya bayangkan kekalutan mereka. Doa dititipkan, moga putus asa itu takkan pernah singgah menjadi pilihan untuk mereka :) Saya pula? Masa untuk mengimbau alam klinikal yang agak lama ditinggalkan. Takkan dapat saya nafikan rasa rindu itu..

Semester I. Masa ni, agak terkena 'kejutan budaya' dibuatnya. Mula kenal 'alam hospital.' Bukan sahaja mengenal pesakit dan cuba memahami keadaan mereka, namun juga mengenal sistem hospital KKM, orang-orangnya [uhuuuu] dan ragam-ragam manusia. Alhamdulillah, teacher aka UIA dietitians sangat banyak membantu. Walau pada mulanya, saya rasa diri ni ibarat 'siput yang tak cukup vitamin' [dahla sedia lambat berjalan, badan tak normal macam siput-siput lain pula], namun akhirnya saya mampu berjalan ala-ala 'itik pulang petang' [laju lah sikit daripada siput kan]. Maka, inilah hasilnya:


First presentation 
Kes pertama yang dibentangkan. Boleh dikatakan, ini adalah masa untuk faham-sefaham-fahamnya macam mana nak pindahkan segala maklumat ke dalam bentuk ringkas. Simple and precise :)) Saya suka cara kami diasuh di UIA. Tak perlu nak sumbatkan setiap patah kata di situ. Kita berada di depan untuk memberi kefahaman kepada pendengar. Jadi, ceritalah dengan cara masing-masing, asalkan pendengar dapat menambah input.

Setelah diasuh dengan pelbagai ilmu, kami 'dilepaskan' untuk terbang ke serata alam. Dan alam pertama yang saya tuju adalah Hosp. Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu. Balik kampung. Yeay!


Inpatient case di HRPZ II

Di sini, kami kena bentangkan kedua-dua kes. Inpatient dan Outpatient. Sepatutnya UIA requirement tak memerlukan pembentangan kes Outpatient, tapi adab kita bertandang ke rumah orang, kena ikutlah cara tuan rumah kan? :)

Outpatient case di HRPZ II

Habis setengah sem berada di Kota Bharu, saya berpindah ke Kubang Kerian. Tempat saya dilahirkan! Serasa ala-ala sirih pulang ke gagang :)) Di HUSM pula, kami kena lalui 3 kali presentation. Memang setiap minggu sibuk mencari kes yang sesuai. Biasanya presentation kami ni dibuat pada hari CDE (continuous dietetics education) para dietitians.


Kes yang memerlukan banyak kaunseling


Kes melibatkan makcik tua yang terbakar badannya -_-


Kes yang saya pilih untuk dibentangkan di UIA :)


Seronok juga pabila mengingatkan saat-saat kalut itu. Sekarang memang seronok, masa tengah hadapi nak buat persediaan tu macam seorang ibu yang mempunyai anak kembar 4 rasanya [perbandingan sesuka hati], semua nak buat. Masa tengah buat slide presentation, berhenti kejap isi logbook. Lepas tu, sambung menghadap laptop, nak sambung buat slide, teringat case report pula. Tu tak termasuk teringatkan final draft thesis yang nak kena dihantar secepat mungkin, kalau tak kena potong markah. Dah jadi macam orang yang tak tetap pendirian. Tapi, akhirnya... Semua tu mampu diharungi oleh kami :) Alhamdulillah, Dia terlalu baik dalam memberi pertolongan :))

Ditegur, dimarah, itu semua asam-garam alam klinikal. Cuma satu tujuan yang pasti, mereka mahu mendidik. Kita dilahirkan dan dibesarkan dengan keadaan yang berbeza. Begitu juga cara ajaran yang seterusnya membentuk karakter yang sudah tentu tidak akan sama. Maka terimalah perbezaan itu dengan sikap berlapang dada. InsyaAllah, hati kita tidak akan bernanah tersiksa. Kesimpulannya, sayangi hati kita :))

p/s: Kelebihan seorang insan yang memegang gelaran pelajar--> kesalahan anda akan mudah dimaafkan.

2 comments:

Mohd. Ramadan Bin Ab.Hamid said...

Pengalaman mengajar erti kehidupan..

~candlesky~ said...

madan: yang semestinya tak semudah yang kita angankan :)