Sudah agak lama tidak mencoretkan sesuatu di sini. Kekadang, sungguhpun masa itu mampu diluangkan, namun ada satu lagi elemen penting yang perlu ada. Kekuatan. Ya, kekuatan untuk menaip dan meluahkan segala yang terbuku di dada. Segala yang terbuku di dada? Oh kalau saya, tidak lah mampu untuk berkongsi semuanya di sini. Bukan semua masalah mampu diselesaikan dengan meluahkan kepada manusia kan? Dan tidak adil juga saya membenarkan insan-insan lain yang tak bersalah untuk sama-sama berkongsi semua stress itu. Ehee.. Stress? Tidaklah banyak. Sikit-sikit sahaja. Perencah untuk kehidupan di dunia ini :)
Pejam celik, dah setahun saya memulakan alam kerjaya secara formalnya. Hari saya mula bekerja di Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) jatuh pada hari yang sama dengan kelahiran buah hati akak yang kedua.
Ahmad Syafiq Rezuan :)
18 Julai 2011. Bersamaan juga dengan 16 Sya'ban 1432H. Maknanya, sebulan akak kena ganti puasa. Kesian.. kikiki [ops, tak baik!]. Moga Syafiq jadi anak dan adik yang baik. Moga Syafiq akan menjadi pengingat kepada kebaikan dan penegah kepada kemungkaran. Moga Syafiq akan sentiada doakan umi dan abahnya sepanjang hayatnya. Teruskan comel Syafiq, dan kurangkan kenakalan kamu terhadap Ciksu! ^^, [Syafiq suka main-main nak gigit muka Ciksu.. Huuuu]
Perkembangan Syafiq amat memberangsangkan. Dah dapat berjalan seawal 10 bulan, gigi dah tumbuh 7 batang, dah pandai masuk bilik air nak main air [ini bahaya! kena sentiasa pastikan pintu bilik air berkunci dari luar], dah pandai goyang-goyangkan kepala buat lawak, pendek kata dia dah mampu menghilangkan letih uminya seharian bekerja. Saya pula? Apa pencapaian saya selama setahun bekerja? 6 bulan di PAMB dan melewati 7 bulan di UM ini.
Dapat tambahkan duit simpanan sampai RM12K? *tidak* -_-
Dah boleh nak bawak ma pergi Haji/umrah? *belum mampu. isk* T.T
Dah dapat pasangan hidup? *errr belum juga* ;))
Saya cuma dapat pakwe baru yang berwarna putih sahaja. Dan hidup dengan penuh kesederhanaan sahaja. Sahaja? Bagi saya, saya dah sangat cukup berpuas hati. Dengan titik peluh hasil kudrat kurniaanNya :)) Masih belum pernah merasa dugaan kebuluran dan keputusan bekalan makanan. Nafas masih diberikan dengan percuma, sama juga dengan fizikal yang molek ini. Terima kasih sangat-sangat, Allah. Moga rezeki ini mampu mendekatkan lagi tautan hati ini dengan redhaMu. Dan moga saya mampu menggembirakan hati insan-insan yang telah banyak berkorban buat saya selama ini, melunaskan hasrat hati dengan izinMu dengan cara yang sebaik-baiknya.
p/s: Manusia tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Sentiasa mahukan lebih. Alirkanlah rasa itu ke tempat yang diredhai..
9 comments:
tilam syafiq sama dengan tilam zuhayr! heeee
waaahhh. really? mungkinkah dibeli di tempat yang sama? ;)
bila nak bwk akak naik pakwe baru berwarna putih?~
kak nadiy datang lah sini :)) kini bawak akak nak gi mane2 je. tapi kl nak bagi kini naik pakwe akak pun lagi besh!~ heee..
ala, minggu lepas br dtg KL..tak berani nak bwk pakwe gi KL. tak tau jalan+takut sbb org main cilok-cilok. hehe. pakai driver je gi sana. balik klate singgah la Ganu. nnt akak bwk gi jenjalan. dah expert skit tau jalan sini =P
beshnyeee dia ada driver!! heeee.. kini balik klate dop lalu ganu kak. tapi, akak ipar kini duk wakaf tapai tu je.. insyaAllah kl gi, kini rojer akak ek. and make sure akak dtg pick up kini dgn pakwe akak dehs ;))
beli kat giant..hehe. maila bbuke kat teratak kite nih =)
hahahaha mmg la driver. driver BAS!!
ooo ye ke.. wakaf tapai kat mana? akak gi visit KK situ sebulan skali. bereh.. kini nak gi jalan mana? ;)
Jelesnye ade pakwe baru.. putih pulak tu.. heee~~ Naseb bek sy pon ade makwe baru... Siap mekap kaler merah.. haha
Post a Comment