Thursday, August 30, 2012

Seorang isteri

Saya asyik bercerita tentang dugaan yang saya alami kepada Ma tersayang. Petang 28 Ramadhan. Buka puasa yang pertama kali bersama Ma. Nikmatnya tak dapat digambarkan. Seminggu saya memendam cerita itu. Tidak mahu mengkhabarkan melalui panggilan telefon. Bimbang Ma gusar keseorangan. Ma lemah semangat. Nanti terjelepuk keseorangan pula. Maka, terpaksalah saya menjadi ala-ala pelakon terkenal yang berbakat setiap kali menelefon Ma. Cuba menzahirkan keceriaan semampu mungkin. Bimbang terlepas rasa hati yang membuak-buak mahu meluahkan segalanya kepada Ma. 

Sedang asyik bercerita, mata saya terpaku pada kelopak mata Ma yang mula bergenang. 

"Adik ni badan je rupa adik. Perangai sebiji-sebiji memang macam arwah Ayah."

T.T

Seorang isteri lebih mengenali HEROnya yang satu.

Tuesday, August 28, 2012

Ambillah, walau sedikit.

Sesungguhnya tiada siapa dapat menduga bilakah dugaan akan hadir dalam hidupnya. Kalaupun kita bersedia untuk diduga, kita juga takkan mampu mengagak apakah bentuk dugaan yang akan menimpa kan? Apa pun, yang paling penting bagi saya, selain yakin bahawa setiap dugaan itu hadir bersama-sama hikmah yang penuh dengan rahsiaNya, perubahan perlu ada. Maksud saya, bukan hanya yakin yang Allah nak bagi sesuatu buat kita sahaja. Ada perkara lain yang perlu kita buat. Renung dan ambil pengajaran. Konsepnya ala-ala buat latihan yang sama untuk satu bab, tapi asyik duk ulang silap yang sama memang tak ada gunanya. Kalau minggu lepas kita buat latihan dan dapat markah 30/35, minggu ni buat sekali lagi latihan yang sama tapi masih tak bertambah walau satu pun markah tu, tak terasa sia-sia kah usaha kita pada minggu lepas? 

Bukankah hidup itu adalah pelajaran? Sebagai seorang pelajar, memang kita takkan lepas daripada buat salah. Tapi, sebagai seorang guru, sungguh luluh hatinya andai kesilapan yang sama diulang berkali-kali walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk pelajar itu faham kesilapannya dan mampu mengetahui apa yang perlu diperbaiki. Bukankah begitu? Kita dikurnia akal fikiran. Allah turunkan dugaan itu bersama-sama kasih sayangNya. Apalah salah untuk kita berfikir sejenak apa yang boleh diperbaiki bertitik-tolak daripada ujian itu. Sedikit perubahan mungkin mampu memberi sumbangan besar untuk hidup mendatang. Siapa tahu kan?

Maka, dengan ini saya mengingatkan diri ini agar tidak memandang remeh akan setiap dugaan yang hadir. Mungkin itu salah satu cara Allah mahu menegur hambaNya? Allah sangat baik kan :)) 


“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan ?” (Ar-Rahman)

Wednesday, August 15, 2012

Dirindui

*kelu*

Syawal menghampiri, sedang Ramadhan makin hampir untuk berlalu pergi. Terlalu banyak yang terbuku di hati. Tak terluah. Yang pasti, hanya Pemilik hati nurani ini mengerti segalanya. Namun yang pasti, hati ini makin sebak. Di saat seorang wanita yang masih menganggap dirinya seorang anak yang tidak punya apa-apa untuk diberi buat kedua ibu bapanya dihadiahkan dengan ujian daripada Penciptanya, seorang lelaki sesungguhnya amat dirindui. Rindu yang teramat...






*tak mampu meneruskan tulisan dengan lebih panjang* T.T